Jangan Kaitkan Saya Dengan Qi Razali Lagi - Nelydia Senrose
Sebelum ini, pelakon jelita Nelydia Senrose akui sudah putus cinta dengan pelakon Qi Razali.
Namun, baru-baru ini ada beberapa pihak mengatakan mereka berdua sudah kembali bercinta.
Ini menyebabkan ada peminat Nelydia ingin mengetahui kebenaran disebalik khabar angin tersebut.
Akhirnya Nelydia tampil menceritakan hal sebenar.
Menurut Nelydia, dia dan Qi sememangnya sudah putus cinta dan cerita mereka kembali bersama adalah tidak betul..
Mereka berdua masih mengekalkan hubungan baik hanya sebagai teman tanpa ada perasaan cinta.
Ini komennya:
Kami sudah putus! Muktamad. Tidak perlu lagi mencanang cerita yang tidak benar.
Sejujurnya, antara kami sudah tiada apa-apa. Walaupun hubungan kami masih baik tapi itu hanyalah sebagai teman semata-mata.
Saya belajar daripada pengalaman untuk tidak mahu lagi mencanang tentang kisah cinta.
Saya lebih suka mendiamkan diri. Jadi mungkin bila tiada kata putus daripada mulut kami berdua, orang mula mencetuskan spekulasi sendiri.
Apa yang pasti, saya dan si dia sudah tiada apa-apa.
Itulah penjelasan dari tuan punya badan.
0 comments:
Post a Comment