8 Perkara Hebat Yang Ramai Tak Tahu Tentang Sultan Muhammad V, Yang Di-Pertuan Agong 15


8 Perkara Hebat Tentang Sultan Muhammad V, Yang Di-Pertuan Agong 15


Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V kini merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-15 setelah ditabalkan secara rasmi dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara semalam.

Sememangnya Sultan Muhammad V amat disayangi rakyat jelata.

Jom baca perkara-perkara hebat tentang Sultan Muhammad V.

1. Seorang Raja yang mesra rakyat & menjaga kebajikan rakyat

Seperti ungkapan “Raja dan rakyat berpisah tiada”, Sultan Muhammad V sentiasa bersama rakyat dengan memastikan kepentingan dan keperluan mereka terjaga.

Pernah dahulu, Baginda pernah menyamar sebagai orang biasa untuk membantu mangsa banjir di negerinya.

2. Sertai acara bersama-sama rakyat

Sebelum ini ada satu perogram walkathin di raja.

Sebenarnya, Baginda sendiri mencadangkan untuk mengadakan Program Walkathon D’Raja Kelantan setiap tahun.

Sultan Muhammad V bersama-sama rakyat akan berjalan sejauh tujuh kilometer di sekitar bandar Kota Bharu.

Setiap kali bulan Ramadhan, baginda sendiri akan duduk bersama-sama rakyat untuk berqiamullail pada 10 malam terakhir Ramadan.

3 Ilmu pengetahun yang luas, seperti ensiklopedia

Tengku Ibrahim Farihaddin menyifatkan sepupunya itu seorang yang sangat gemar membaca dan berpengetahuan tinggi dalam sesuatu perkara.

“Baginda seperti ensiklopedia kadang-kadang, kerana apa-apa perkara yang saya tidak tahu, saya akan bertanya kepada baginda dan baginda pasti akan dapat memberi jawapan kerana baginda seorang yang sangat gemar membaca dan selalu bertanya dengan pakar dalam pelbagai bidang.

“Jadi baginda seorang yang mempunyai ilmu pengetahun yang luas dan kami akan berbincang tentang sebarang topik.”

4. Gemar bersukan

Baginda gemar melakukan aktiviti bersukan sebagaimana yang dipraktikkan Nabi Muhammad SAW.

Antaranya memanah, menembak, lumba kuda, berenang, aktiviti lasak pacuan empat roda dan memancing.

5. Sayang haiwan

Jika seseorang itu sukakan haiwan, bermakna dia seorang yang penyanyang.

Semeamngnya Baginda seorang yang menyukai haiwan. Baginda turut memelihara pelbagai haiwan seperti kucing, kambing dan burung unta.

6. Sentiasa memuliakan ilmuan agama

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, baginda sering merujuk kepada beliau mengenai perkara-perkara yang berkaitan hukum-hakam Islam.

7. Bersifat terbuka & menerima pandangan orang lain

“Saya melihat, sepanjang saya menjadi mufti, tidak ada satu (perkara) yang apabila diberi pandangan, tidak diterima baginda,” kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

8. Baginda gemar mempelajari ilmu-ilmu Islam

“Sebagaimana umum mengetahui, usrah Diraja Kelantan memang gemar mempelajari ilmu-ilmu Islam, justeru baginda akan mengadakan kelas agama sekurang-kurangnya seminggu sekali antara waktu Maghrib dan Isyak di Istana Negeri di Kubang Kerian.

sumber: BERNAMA

0 comments:

Post a Comment