Adi Putra Terkejut Dengan Tindakan Isteri Keduanya
Isteri kedua Adi Putra telah membuat kejutan dengan memberi kenyataan kepada pihak media tentang isu perkahwinannya.
Baca komen isteri kedua Adi DI SINI.
Adi Putra sebelum ini enggan membuka mulut mengenai isu pergolakan rumah tangga dengan isteri keduanya.
Ternyata Adi Putra terkejut dengan tindakan isteri mudanya yang dipercayai membelakangi beliau apabila dikatakan mengadakan pertemuan bersama media.
Adi berkata, dia sendiri tidak mengetahui mengenai pertemuan Shahida dengan wartawan sebuah akhbar memandangkan temu bual itu diatur tanpa pengetahuannya.
Untuk pengetahuan, Adi berkahwin dengan Shahida pada bulan Jun yang lalu.
Sebelum ini Adi berkahwin dengan isteri pertama iaitu Aida pada 4 April 2006.
Pasangan ini tidak mendapat cahaya mata kerana Aida sering keguguran namun mereka mempunyai seorang anak angkat perempuan berusia empat tahun.
0 comments:
Post a Comment