Sindir Shila Amzah, Ini Respon Balas Ayda Jebat

Sindir Shila Amzah, Ini Respon Balas Ayda Jebat


Ayda Jebat tampil memberi respon ekoran dakwaan dia menyindir dan menyinggung hati Shila Amzah.

Ini kerana Ayda telah memuatnaik video Sharnaaz (bekas kekasih Shila) miming lagu Shila Amzah dan Aliff Satar iaitu Selamanya Cinta.

Video itu dimuatnaik di laman IG milik Ayda Jebat.

Shila Amzah dikatakan kurang senang dengan tidnakan Ayda Jebat itu kerana mengaitkannya dengan Sharnaaz.

Baca komen Shila Amzah DISINI

Ini komen Ayda:

"Lagu itu ada dalam streaming muzik saya dan secara gurauan saya merakam wajah Sharnaaz ketika lagu itu keluar dan memuat naik di ‘Instastory’ dalam Instagram.

"Tiada niat untuk sindir mana-mana pihak, sebagai anak seni saya sentiasa menyokong karya artis-artis tempatan. Namun saya minta maaf kalau ada pihak yang tersinggung,"

"Saya faham dia kata ini kali kedua saya buat begitu, pertama itu adalah dalam babak drama Awak Sangat Nakal, saya ada menyanyikan lagu dia dan ia hanya untuk memberi sedikit komedi dalam babak itu.

"Cuma saya kesal, dia menganggap perkara itu terlalu serius dan pihaknya ada menghubungi saya semata-mata meminta saya memadamkan video berkenaan dari Instagram,"

Itu penjelasan Ayda tentang hal berkenaan.

0 comments:

Post a Comment