Suami Sheila Rusly Mengamuk

Suami Sheila Rusly Mengamuk


Pengarah Jinggo yang juga merupakan suami kepada pelakon Sheila Rusly telah menulis status panas.

Status itu ditujukan kepada artis yang baru jadi hero sekali tetapi mempunyai attitude yang tidak disukainya.

Siapakah artis yang dimaksudkan tersebut?

Berikut status itu.

Assalamualaikum Malaya...

Good evening Malaysia... LU SAPER BRO?
Dengan @jannanick pon wa boleh bincang!
Dengan @saharulridzwan pon wa boleh bincang!
Dengan @zarazya pon wa boleh bincang!
Dengan @theidriskhan pon wa boleh bincang!
Dengan @dayanarozaa pon wa boleh bincang!
Dengan @rajaafiqqofficial pon wa boleh bincang!

LU SAPER BRO?

Baru dapat jadi hero sekali dah nak kerek!
Nak demand lu temgok la diri lu dulu bro! Definasi acting pon lu tak lepas!
Bagus ka acting lu bro!
Berapa Juta followers lu?
Sebelah ibu jari pon tak cecah dgn artis yg jauh lebih senior dari lu pon wa boleh bincang!

Lu SAPER BRO?

LU TUNGGU BILA SAMPAI MASA LU...MASA TU WA SAMPAI!



Melalui laporan MH Online, ada mengatakan bahawa artis yang dimaksudkan itu adalah pelakon baru yang baru nak meningkat naik dan sedang hangat bercinta.

Apabila ditanya kepada Sheila Rusly tentang hal itu, katanya, Jinggo tak maksudkan sesiapa tetapi kepada semua.

Agaknya Sheila tak mahu keruhkan lagi keadaan.

Lelaki Dedah KISAH SEBENAR Selamatkan Budak Malang Ditinggal Ibu Sendirian Di Rumah

Lelaki Dedah Pengalaman Selamatkan Budak Malang Ditinggal Ibu Sendirian Di Rumah



Berita penemuan kanak-kanak terbiar ditinggalkan oleh ibu sendiri berseorang di dalam rumah menjadi bualan ramai semalam.

Kisah berkenaan mendapat simpati ramai dan ada yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan tindakan ibu kanak-kanak 3 tahun itu.

Ibu kejam itu meninggalkan anaknya berseorangan kelaparan sebelum kelibatnya kanak-kanak itu disedari orang kampung selepas terdengar suara kanak-kanak menangis.

Ini kongsi salah seorang yang menyelamatkan bayi berkenaan iaitu Ketua Kampung Kg Parit Buluh bernama Mohd Dom yang berumur 57 tahun.

Beliau telah pergi ke rumah berkenaan selepas ada jirannya mengadu terdengar tangisan kanak-kanak membuatkan dia berasa curiga lalu membuat laporan di Balai Polis Air Kuning Selatan.

Ini kenyataannya:

"Saya panjat tingkap untuk masuk dan melihat budak itu terbaring atas lantai dalam keadaan tidak berbaju dan berseluar,”

"Bilik dalam keadaan yang kotor, budak tu dalam keadaan yang kotor"

"Budak itu ditemui dalam keadaan kelaparan dan kesejukan. Saya memberinya makan roti, pisang dan minuman. 

"Minum air milo dan roti, semuanya habis"

"Pegawai perubatan yang tiba membersihkan badannya sebelum dibawa ke Hospital Tampin untuk rawatan oleh ambulan"

"Kami tidak tahu kewujudan budak itu kerana ibunya tidak pernah membawanya keluar dari rumah,"

Menurutnya, kanak-kanak itu berada dalam sebuah bilik gelap selepas dia bersama anggota polis membuat pemeriksaan pada 12.45 tengah malam.

Difahamkan, ibu mangsa meninggalkan budak itu di rumah untuk pulang ke kampung di FELDA Jelai bersama dua lagi anak lelakinya berusia 13 dan 14 tahun, untuk menjaga ibu yang sakit.

Mangsa kini akan diserahkan kepada datuknya untuk jagaan sementara selepas keluar hospital.

Berdasarkan rawatan awal, mangsa tidak mempunyai kecederaan fizikal, namun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memantaunya sehingga kes selesai.

Beliau yang ditemui selepas melawat mangsa berkata, ibu mangsa adalah penerima bantuan RM300 sebulan dan bantuan itu akan dipindahkan kepada datuk yang akan menjaga mangsa selepas ini.

Kes akan disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Anak Perempuan Shuib Dan Siti Sarah Dilarikan Di Pusat Beli Belah

Anak Perempuan Shuib Dan Siti Sarah Dilarikan Di Pusat Beli Belah


Kehilangan anak tersayang sememangnya pengalaman yang paling ditakuti oleh ibu bapa.


Itulah yang berlaku kepada pasangan selebriti Siti Sarah dan Shuib.

Penyanyi Siti Sarah dan suami Shuib melalui detik menakutkan dan getir.

Anak kedua mereka, Zakira Talita Zahra telah hilang di pusat membeli belah di Kuala Lumpur.

Kejadian cemas itu berlaku pada Selasa 3 Januari sewaktu mereka sekeluarga berjalan-jalan di Bukit Bintang.

Ketika itu, Sarah bersama suami, Shuib Sepahtu dan anak-anaknya.

Setelah beberapa minit dalam keadaan cemas mencari anaknya, akhirnya dia berjaya ditemui di monorel berdekatan mall berkenaan.

Apabila ditanya, anaknya itu mengatakan dia 'mengikut' seorang lelaki yang 'baik'.

Ini komennya: (Mangga Online)

“Masa itu Talita berada dengan saya yang tengah pilih-pilih baju di mall tersebut. Shuib pula dengan ahli keluarga lain di tingkat lain dalam mall yang sama.

“Tiba-tiba tak sampai lima saat, Talita hilang dari pandangan. Saya dan Shuib terus bergegas ke bahagian keselamatan mall untuk melihat CCTV arah mana anak berada.

“Namun, ada beberapa kamera CCTV tidak berfungsi baik dan kami tak dapat melihat dengan jelas siapa yang membawa lari anak.

“Allah sahaja tahu bagaimana perasaan saya ketika itu. Bagai nak gila rasanya… Nyawa macam nak hilang dah… muka rasa tiada darah dan kaki pula macam tak terasa bila berjalan.

“Kemudian abah (Raissuddin Hamzah) pergi ke monorel di depan mall dan bertanyakan pengawal di situ.

“Akhirnya, pengawal maklumkan ada seorang budak perempuan menangis ditemui depan monorel.

“Syukur sangat, walau sejam mencari akhirnya Talita berjaya ditemui. Bila ditanya, dia beritahu ikut orang lain yang baik.

“Saya dan suami tak dapat nak lihat jelas siapakah orang itu yang membawa lari anak kami?

“Selepas kami dapat tahu siapakah orang tersebut, kami mahu ambil tindakan selanjutnya,”


Siti Sarah juga telah meluahkan perasaannya di laman sosial Instagram dan menyatakan dia lebih tela mengikat aaknya dari diculik orang.

Ini perkongsian dari Siti Sarah di laman media IG:

Cinta hati ibu…
Semalam satu pengajaran dalam hidup saya ..
Zakira talita zahra hilang di sebuah komplax membeli belah d kuala lumpur!
Ianya hanya perlukan 5 saat untuk terjadi.. Salah ibu ya saya akui, patutnya ibu ikat anak ibu. Biarlah apa org nk ckp. Nk kta ikat kucing ke, ikat ke, janji ank ibu tak hilang.
Bila saya tnya Talita ckp “Talita ikut org baik”.
Walaupun sblm ni puas saya ingatkan anak2 supaya jgn ikut org yg tidak dikenali, tp mereka hanyalah anak kecil.
Siapalah saya utk beri peringatan, tp bermula dr kes inilah saya akan mngikat anak saya tanpa saya peduli apa org nk kata. Janji anak2 saya selamat. Kalau ada yg jual harness tu tolong bagi tau kat sini
Terima kasih kepada puan Aisyah stuff monorel yg manjaga Talita


Jadikan kisah ini sebagai teladan. Berhati-hati.

TERKINI: Emma Maembong Dikejarkan Ke Hospital

Emma Maembong Dikejarkan Ke Hospital



Emma Maembong kini sedang terlantar dan dirawat di sebuah hosital.

Pelakon jelita ini terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami sakit perut yang keterlaluan.

Pada awalnya Emma dikatakan enggan mendapatkan rawatan kerana menganggap ianya sakit perut biasa.

Namun setelah mendapatkan rawatan Emma didapati mengalami jangkitan virus yang menyebabkan kesihatannya terganggu sejak pagi tadi.

Ini penjelasan dari pengurus Emma:

“Buat masa ini, Emma masih tidur selepas diberikan ubat. Doktor memang memintanya supaya tidak diganggu. Sekarang kesakitannya sudah berkurangan, cuma tidak boleh ada pelawat. 


"Kalau tengok keadaannya malam tadi, memang membimbangkan walaupun sebenarnya Emma tidak mahu dimasukkan ke hospital kerana komitmen kerja hari ini”

“Namun, dalam keadaan begini kesihatannya perlu menjadi keutamaan dan kami berterima kasih kerana pihak berkaitan pun memahami situasi ini. 


"Kami minta maaf kerana menyebabkan komitmen kerja tergendala. Saya sendiri tidak dimaklumkan berapa lama Emma akan ditahan di hospital,”

Sekeping gambar juga dimuat naik menunjukkan Emma sedang terlantar di katil hospital terbabit.

Semoga pelakon ini cepat sembuh.

Awie Dapat Anugerah Dari Sultan Pahang, Kini Bergelar "Datuk"

Awie Dapat Anugerah Dari Sultan Pahang, Kini Bergelar "Datuk"


Penyanyi popular, Awie telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, yang ke-86 bagi tahun 2017.

Awie berkata penghargaan yang diberikan adalah permulaan yang baik sempena menyambut tahun baru.

Ini juga rezeki selepas mendirikan rumah tangga pada hujung tahun lalu.

Ini komen Awie: (BH)

"Alhamdulillah. Hanya lafaz kesyukuran yang dapat saya ungkapkan ketika ini. Pada masa sama, tiada apa yang berubah, saya masih Awie yang sama dan mencari rezeki di atas pentas sebagai anak seni.

"Penghargaan yang diberikan ini bagaimanapun tentunya diharap dapat membuka lebaran lebih indah untuk tahun baharu memandangkan saya melalui pelbagai cabaran pada 2016.

"Bukan saja berperanan sebagai penyeri kepada keluarga, saya menganggap rezeki ini datang dengan berkat kehadiran isteri saya. Doakan yang baik-baik saja buat saya sekeluarga,"


Awie hadir bersama isteri barunya ke majlis tersebut.

Penyanyi ini telah berkahwin dengan Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin pada 7 Oktober lalu dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat.

Awie juga menambah dia diberikan penghargaan berganda apabila dipilih sebagai seorang daripada tokoh NGO Islam Kebangsaan oleh Tengku Mahkota Kelantan pada 14 Januari ini.

Baju Stacy Terlalu Sendat, Ini Respon Akim Setelah Teruk Dikecam

Baju Stacy Terlalu Sendat, Ini Respon Akim Setelah Teruk Dikecam



Penyanyi Stacy telah dikecam teruk dikecam kerana mengenakan baju yang ketat dan menampakkan tubuh badannya.

Suaminya, Akim juga turut terpalit apabila dikatakan tidak menjalan tugas mendidik Stacy sebagai pendatang baru umat Islam.

Gambar dan komen orang ramai boleh baca DISINI

Oleh kerana kes ini menajdi perhatian ramai, Akim telah tampil memberi komen.

Ini penjelasan Akim:

"Saya tidak menyangka pula gambar untuk mengucapkan tahun baharu dan penghargaan kepada peminat menjadi tempat bergaduh. 


"Tujuan utama ia dimuat naik kerana saya ingin menyambut 2017 dengan tangan terbuka dan aura positif

"Malah, saya juga jarang memuat naik gambar bersama keluarga, namun begini pula jadinya.


" Peminat bertelingkah mengenai baju yang dipakai Stacy kerana menampakkan bentuk tubuh. Sebenarnya baju itu selesa digayakan oleh ibu yang sarat mengandung sepertinya,”

Akim dan Stacy kini sedang menunggu kelahiran anak pertama mereka.

"Hodoh, Memalukan Dan Tak Berguna.." Gadis Ini Teruk Dikecam Netizen

"Hodoh, Memalukan Dan Tak Berguna.." Gadis Ini Teruk Dikecam Netizen



Seorang gadis remaja yang baru berumur 18 tahun bernama Nuriz kini mencuri perhatian para netizen.

Gadis ini popular dengan caranya miming lagu dan menjadi viral di laman media Instagram.

Nuriz mengatakan dia memang suka membuat video begitu terutama apabila mendengar lagu.

Dia mula buat video seperti itu bermula tahun ini dan terus mendapat lebih 100k followers dalam masa dua minggu.

Nuriz juga akui memang ada yang 'bash' dirinya setelah video itu tersebar.

Katanya ada yang mengatakan perkara itu memalukan.

Jom baca komen orang ramai tentang video gadis ini:










Inilah Gambar Kontroversi Stacy Yang Dikecam Teruk Orang Ramai

Inilah Gambar Kontroversi Stacy Yang Dikecam Teruk Orang Ramai


Pasangan selebriti Akim dan Stacy kini sedang berdebar kerana menunggu kelahiran anak kandung pertama mereka.

Stacy kini sedang sarat mengandung setelah bernikah dengan Akim.

Akim telah berkongsi gambar isterinya itu bersama anak angkat mereka.

Namun gambar itu mendaoat kritikan dan juga kecaman dari orang ramai.

Ini kerana cara pemakaian Stacy yang dikatakan terlalu ketat dan terdedah.

Ini gambarnya:


Pelbagai komen negatif diterima dari para netizen yang mengaggap pakaian itu tidak sesuai.

Ada juga yang tidak menyalahkan Stacy kerana baru memeluk agama Islam dan mahu AKim lebih mendidik isterinya itu.

Ini antara komennya:











(7 FOTO) Inilah Koleksi Gambar Coco Sebelum Menjadi Popular Yang Mengejutkan Ramai

(7 FOTO) Inilah Koleksi Gambar Coco Sebelum Menjadi Popular Yang Mengejutkan Ramai


Kini nama King Coco sering menjadi bualan ramai.

Coco mula popular dengan video pelatnya yang tersebar secara meluas. Ramai yang mempertikaikan pelatnya itu.

Kini Coco semakin popular setelah berkahwin sebagai isteri kedua. Memang teruk wanita ini dikecam orang ramai.

Gambar perkahwinan Coco boleh dilihat DI SINI.

Ramai yang tertanya-tanya betulkah Coco ni mix mat salleh. Ini kerana video bapanya menikahkan dirinya hanya menggunakan bahasa biasa sahaja.

Malah beberapa keping gambar Coco juga telah tersebar.

Ini foto Coco sebelum popular:








Ini Confession Kisah Benar Paling Best Setakat Ini, Membuatkan Ramai Pembaca Menangis

Ini Confession Paling Best Setakat Ini, Membuatkan Ramai Pembaca Menangis



Hidup ini memang banyak dugaan. Buat yang miskin dan buat yang kaya, sememangnya kehidupan kita sering diuji.

Mealui laman portal confession IIUM, satu kisah benar telah membuatkan ramai yang sayu membacanya.

Ia mencerita pengalaman seorang kakak dan adiknya menjalani kehidupan penuh ranjau.

Jom baca:

Terima kasih admin kalau cerita aku ni berjaya disiarkan. Sebenarnya cerita yang aku nak kongsi ini, tak ada apa-apa pon. Biasa-biasa sahaja. Tetapi cukup terkesan bagi aku bila aku tengok dekat FB dan TV harini penuh bercerita pasal hantar anak ke sekolah. Aku pon ada kisah jugak pasal hantar orang ke sekolah,tapi bukan anak, tapi adik lelaki aku, Ijat. Maaf cerita ni agak panjang. Mohon bertabah.

Aku ada 7 adik beradik. Aku yang kedua (kakngah). Atas aku Abanglong, tua setahun dari aku, tapi takdir Allah Abanglong tak boleh menguruskan diri sendiri sejak dia kena demam panas ketika umur 7 tahun. Bawah aku ada lima orang lagi termasuk Ijat. Dalam banyak-banyak adik beradik, aku paling rapat dengan Ijat. Beza umur aku dengan Ijat dua tahun je. Jadinya, selain abanglong, Ijat lah kawan sepermainan aku waktu kecik-kecik. Adik-adik yang lain jauh sikit jarak umur dengan kami.

Kehidupan keluarga kami pada awalnya tidaklah sesusah mana sekadar cukup-cukup sahaja. Yelah, ayah aku sorang je yang bekerja nak menyara lapan orang termasuk ibu. Dengan anak yang masih kecik-kecik, perit jugak lah ayah aku mengerah keringat beliau yang bekerja sebagai pembuat batu nisan. Haaa, scary tak kerja bapak aku? Kalau kau datang rumah aku, penuh batu nisan beraneka bentuk tersusun di halaman rumah aku. Kau cakap je, nak batu sungai, batu tak sungai, semua ada. Tapi tulah, kalau aku fikir-fikir balik, berdosa tak agak-agaknya aku doakan ramai orang meninggal setiap hari, dengan harapan nanti banyak tempahan batu nisan ayah aku. Tapi seriously, aku selalu doa macam tu waktu kecik-kecik. Sebab nanti kalau banyak tempahan, bolehlah kami makan sedap-sedap sikit. Tapi aku tak bagitahu pun aku doa macam tu kat orang lain sebab aku takut nanti orang marah pastu cakap aku jahat pulak. Hahaha

Back to the story, macam orang selalu cakap tu, langit tak selalu cerah blablabla. Hujung tahun 2003, waktu umur aku 14 tahun ayah tiba-tiba kena mild stroke. Hampir separuh badan ayah lemah especially tangan. Kiranya sumber pendapatan kami terhenti secara tiba-tiba. Dengan keadaan ayah yang perlukan rawatan yang agak mahal, duit saving ayah yang ayah kumpul untuk anak-anak terpaksa kami gunakan. Dengan ubat-ubatannya, hantar fisoterapi, hantar berurut secara tradisonal lagi. Makin lama, duit ayah makin surut, makin susah dan mencabar hidup kami waktu tu. Tapi, Alhamdulillah, walaupun adik aku kecik-kecik, tapi semuanya seakan faham keadaan kami yang tiba-tiba berubah.

Nak dijadikan cerita, hujung tahun tu jugak Ijat dapat keputusan UPSR yang sangat membanggakan. Mana tak bangga Ijat sorang je dapat 5A dalam sekolah tu. Maka excitedlah para guru memohon sekolah SBP/MRSM untuk Ijat. Kami sebenarnya memang nak Ijat masuk sekolah asrama penuh, tetapi dengan keadaan keluarga kami yang sedang dilanda ujian tu, kami buntu. Ijat pon faham dan tak berharap pon. Lagipon dia tahu, kudrat dia sebagai anak lelaki amat diperlukan untuk bantu ayah. Tapi,bila ayah tahu Ijat nak sekolah dekat area rumah je, ayah terus marah. Ayah cakap takpe, jangan sebab ayah, Ijat tak dapat capai impian Ijat nak jadi doktor. Ijat diam.

Nak dekat bukak sekolah awal tahun 2004, Ijat berjaya ditawarkan masuk ke Tingakatan 1 di SBP dalam negeri Selangor. Cikgu sekolah Ijat yang bagitahu. Kami semua happy. Tapi Ijat tak. Ijat diam. Aku dengan ibu lah yang terlebih excited. Tunggu punya tunggu surat tawaran, maka sampailah surat tawaran ke rumah kami. Baru aku tahu, boleh tahan mahal ye yuran nak masuk sekolah budak pandai-pandai ni. Hahaha.Yuran makan, yuran asrama,yuran kelab persatuan semua telah disenaraikan secara detail. Ibu dengan aku dah termenung. Ijat diam. Aku tahu Ijat teringin sangat-sangat nak pergi SBP, tapi dia tak berani nak cakap. Masa untuk mendaftar tak kurang dua minggu dari tarikh dapat surat tawaran. Ijat masih macam tu, senyap sepi. Ijat banyak habiskan masa bersendirian sampai kadang kadang aku pon tak tahu dia pergi mana. Tahu-tahu dah lesap. Nanti petang baru nampak muka. Lama-lama aku pelik, mana perginya budak Ijat ni. Jengjengjeng.

Satu hari aku pon nekad nak intip Ijat buat apa kalau dia tak ada kat rumah. Aku intip punya intip, sampailah membawa aku ke satu stor ayah kat belakang rumah. Dalam stor tu, aku nampak baldi dah retak sikit tak bertangkai, hanger tak sama warna dan size, kasut sukan tapak ternganga. Awalnya, aku tak faham, tapi bila Ijat cakap “Ijat tengah kumpul barang nak masuk asrama ni kakngah. Ni semua Ijat kutip kat tempat sampah belakang lombong tu” Allahuakbar, menitik-nitik air mata aku. “Kakngah jangan risau, tadi Ijat nampak ada orang buang beg troli yang ada roda besar tau (luggage), tapi ijat tak check lagi roda dia boleh pakai ke tak. Ijat malu sebab pakcik yang buang beg tu cam tengok-tengok Ijat. Esok kakngah teman Ijat ye ambik beg roda tu”. Waktu tu, aku macam nak meraung dah. Tapi tengok mata Ijat yang bersinar-sinar excited tunjuk hasil tangkapan dan persiapan dia nak ke SBP, aku tahan.

Malam tu, aku tarik ibu ke stor tanpa pengetahuan Ijat. Kami menangis bersama-sama malam tu.Sedih yang tak tahu nak cakap. Sampai sekarang, even saat aku tulis cerita ni, aku nangis, sedih woii. Esoknya, pagi-pagi lagi aku dengan Ijat dah menapak ke “shopping mall’ kitorang takut orang lain nampak kitorang sebat luggage tu. Check punya check, roda ok, penarik pon ok,Cuma koyak sikit kain luggage tu. Tapi masih boleh dibaiki. Aku jahit yang koyak-koyak tu, pastu aku cover dengan perca-perca bentuk bunga biar nampak berseni sikit. Sebak aku tengok muka Ijat yang senyum melebar macam nak koyak mulut dia, punya happy ada beg roda.

Hari untuk mendaftar pon tiba. Haritu, aku je yang teman Ijat pergi ke sekolah tu menaiki bas sebab ibu nak kena uruskan ayah dan adik beradik. Dalam 2 jam perjalanan, sampailah kami ke stesen bas, lepastu naik prebet sapu untuk ke sekolah baru IJat. Dengan semangat penuh di dada, Ijat tarik luggage dia, aku tukang bawak baldi yang aku dah hias cantik-cantik area retak tu. Dalam baldi, ada biskut kering dengan Milo aku tapau dari rumah untuk bekalan Ijat kalau lapar di asrama. Sabun mandi, shampoo pon bawak yang ada kat rumah je. Sampai je dewan sekolah, penuh budak-budak nak mendaftar dah ni. Semua kemas-kemas belaka, ahli kelaurga pon macam satu kampong datang nak menghantar. Aku dengan Ijat masih cool. Pendaftaran kami smooth je.Sebab kitorang bawak duit cukup la untuk bayar semua tu.

Tapi, sampai je koperasi, tetiba ada satu borang lagi nak kena isi dan bayar. Terbeliak mata aku, RM50 lagi koperasi mintak. Aku dah cuak, nak nego pon aku tak tahu. Lainlah kalau dah cakap awal-awal macam dalam surat tawaran tu. Duit aku pon cukup-cukup untuk naik bas balik rumah je ni. Ijat tarik aku ketepi, “kakngah, kita balik je la, Ijat macam rasa nak sekolah kat rumah je lah”. Aku senyap.Ijat diam. Yelah,umur aku pon 15 tahun time tu, mana pandai nak bincang-bincang dengan sesiapa kat situ. Aku ingat lepas hantar Ijat, balik la. Aku pergi tandas, aku menangis. Aku tak tahu nak buat apa. Sampailah ada seorang makcik ni tegur aku kenapa. Aku pon cerita la. Lepas je cerita, terus dia bawak aku pergi jumpa pengetua sekolah, pengetua sekolah pulak bawak aku jumpa wartawan Utusan Malaysia yang kebetulan tengah ambik-ambik gambar pasal hari pendaftaran kat sekolah baru Ijat. Tak memasal aku dengan Ijat kena interview dengan wartawan. Luggage dan baldi Ijat pon wartawan tu ambil gambar. Tak sampai setengah jam, pengetua pon datang pulang balik duit yuran yang kami dah bayar. Dia cakap, semua yuran Ijat ditanggung oleh zakat sekolah mulai hari itu sampai tamat sekolah. Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Menangis la aku dengan Ijat berpeluk-pelukan depan ramai orang tu. Esoknya, muka Ijat dengan aku terpampang dalam Utusan Malaysia. Kahkahkah. Seminggu jugaklah rumah aku didatangi tetamu yang datang dari merata tempat.Semuanya nak membantu. Terima kasih Allah.

Alhamdulillah, dah 12 tahun kisah ni terjadi. Ijat pon dah nak dekat final year medic kat Ireland. Semoga Ijat dapat habiskan pengajian dia dengan cemerlang dan menjadi doctor yang ikhlas membantu pesakit kerana Allah. Kakngah sayang sangat kat Ijat. Aku nak ambik kesempatan ni nak ucap terima kasih kepada sesiapa yang pernah membantu Ijat dan kami sekeluarga sehingga Ijat mampu dan hampir capai impian dia nak jadi doctor.

– Kakngah

Ini Respon Balas King Coco Setelah Dikecam Kerana Berkahwin Dengan Suami Orang

Ini Respon Balas King Coco Setelah Dikecam Kerana Berkahwin Dengan Suami Orang


King Coco akhirnya tampil memberi respon tentang perkahwinannya.

Coco mengatakan dia okay menjadi isteri kedua pada usia muda malah tidak kisah orang nak kata apa tentang dirinya.

Coco kini isteri kedua kepada lelaki bernama Kapten Azrin Anas sebagai isteri kedua selepas mereka diijabkabulkan pada Ahad lalu.

Katanya, dia tidak dapat menghalang netizen untuk mengecamnya


Ini kenyataan Coco: (Metro)

"Keluarga saya seperti netizen lain, ada antara mereka turut memberi komen di laman sosial apabila saya dihina. Bagaimanapun, mereka semakin memahami dan tidak lagi membalas apa-apa kenyataan di media sosial.

"Hal ini kerana kami sekeluarga tidak mahu mengeruhkan keadaan. Saya dan suami sudah selamat bernikah manakala isteri pertama suami menerima saya sebagai madunya


"Dulu ada yang mahu simbah asid, kini selepas berkahwin ramai yang sudah memberi nasihat dan kata-kata positif. 


"Saya berterima kasih kerana memberi komen yang baik mengenai keputusan untuk berkahwin di usia muda ini.

“Selepas menjadi isteri orang, sudah semestinya saya mahu menjadi lebih baik,”


Itulah komen dari Coco.

Akhirnya, Pengantin Baru Kahwin, King Coco MENGAMUK Sakan!!

Pengantin Baru, King Coco Mengamuk!!


Wanita yang popular dengan pelat orang putih iaitu King Coco baru sahaja berkahwin.

Gambar perkahwinannya boleh dilihat DI SINI.

Perkahwinannya boleh dikatakan mencuri perhatian ramai kerana dia berkahwin dengan suami orang bernama Kapten Azrin.

Memang viral habis kisah perkahwinannya itu.

Okey beralih kepada isu hari ini, King Coco telah memuatnaik video terbarunya selepas berkahwin.

King Coco dilihat sedang marah dan mengamuk kerana ada pihak cuba membuat account Ig menggunakan namanya.

Dia dengan lantang telah menekankan bahawa dia hanya mempunyai satu akaun IG sahaja.

Coco juga telah menjelaskan dia tiada akaun twitter ataupun facebook dan lain lain sosial media.

Ini antara komennya:

"Saya tiada akaun backup instagram
Saya tiada akaun twitter dan facebook
Jangan tambahkan lagi minyak
Jangan lagi keruhkan keadaan
Sorang Coco cukuplah kat Malaysia ni .."

Video Coco mengamuk itu boleh di tonton DI SINI

Ini Luahan Netizen Yang Kecam King Coco Setelah Berkahwin Lelaki Orang, Ramai Kesian Isteri Pertama

Ini Luahan Orang Ramai Yang Mengecam King Coco Setelah Berkahwin Lelaki Orang


‘King Coco’ popular dengan video cakap pelat yang dikatakan orang ramai adalah dibuat-buat.

Kini wanita ini akhirnya teklah bernikah dengan seorang lelaki berstatus suami orang.

Maka King Coco kini merupakan isteri kedua kepada Captain Azrin.

Pernikahan ‘King Coco’ dengan suami telah berlangsung di Hampshire Place, Ampang.

Koleksi gambar sekitar perniakhan King Coco boleh lihat DISINI.

Ini komen orang ramai:






Sheka Zulaikha: OMG i can’t believe, apa perasaan 1st wife dia yang masih pregnant?

Fatin Aqila :Berlambak dh jantan mcm capt azrin ni…berlambak jugak betina perampas mcm coco ni. Ada je alasan diorang nk kawin, elak maksiat la, itu la, ini la. Yg benarnya, dedua gatal, and selfish. Tak fikir perasan org yg diorang khianat. Semoga aku tak rampas sesiapa punya laki.

Yuliza Khaidir si isteri pertama mnderita diatas kbhagian kalian…so sad..brtabah laa sis,rmai yg kt luar sana mndoakn semoga sis tbah n kuat mnghadapi ujian allah s.w.t..🙂

Mohd Saiful Azlan: Kesiannya wife dia yang sedang pregnant tu. Sepatutnya kau bagi la kasih sayang sepenuhnya pada wife yangg pregnant anak kau tu! Ni kau sakitkan hati dia. Memang la kau mampu tapi fikirlah perasaan wife kau! Kalau amik 2nd wife yang elok perangai xpe gak! Eh jap. Ayah coco xpelat pon. Nama pon Ismail je. Aku igt nama Alexander ke ape.

Orizwana Zulhaimi: Tahniahlah. Moga ko xslmt hidup rampas laki orang. ko xpkr ke ank dlm pert mak die mcm ne?

Nurul Nadia: bnyknya komen negetif. Anggap jala tu jdoh dy..tu hal diorg..yg smua nk mngata tu knapa..bia jela dh jdoh dy kwen ngan laki org.

Shashawany Zulkefly: Elok je ayah dia speaking melayu. Hhehehehehe ape ponn bgus la da kawin. One day kalau si captain tu nk kawin satu lagi jgn meroyan lak.ehhehe

Nurhanie Zainal: X nk la kutuk ape2. Nanti berbalik dkt kite plk….cume…..terpikir ape perasan wife die yg tgh mngandung??…Allahu….semoga wife die tabah hadapi smua nie…kifarah ade…one day die akn kne mcm ni jugak.

Nur Hafizah: Jangan lah kita tahu menghentam dia terus menerus, jangan lah kita menghina dia terus menerus, apa yang terjadi semua pasti ada hikmahnya… meskipun memang dia yang bersalah… mungkin kita tak tahu perubahan yang akan datang nanti… semoga isteri pertamanya sentiasa bertabah.. siapa tahu perancangan Allah itu adalah yang terhebat sebenarnya.. tiada siapa tahu…

Lan Apex: Laa Ismail jee pn nama bapak dia aku ingattkn roberto carlos ke ape acah mix!! Ayyoooo!