Neelofa Rimas, Pening Kepala Dengan Perangai Peminat Lofattah

Neelofa Pening Kepala Dengan Perangai Peminat Lofattah



Hubungan Neelofa dan juga Fattah Amin kini sudah berakhir. tahun lepas memang trending habis fenomena Lofattah ini.

Pasangan ini dikatakan bercinta ketika di set penggambaran drama Suri Hati Mr Pilot.

Walaupun hubungan cinta antara mereka sudah berakhir, namun peminat "Lofattah" seperti tak boleh move on lagi.

Ada diantara mereka ini yang masih mengharapkan Neelofa dan juga Fattah Amin kembali bersama.

Setelah hampir setengah tahun dikaitkan, Neelofa mula rimas dan pening kerana asyik dikaitkan dengan Fattah Amin.

Ini komennya:

“Tolong, jangan sebut pasal itu lagi. Meskipun saya sudah berkali-kali menjelaskan ia tiada apa-apa lagi, pun orang masih memperkatakan tentang hal itu. Sejujurnya saya memang sakit kepala dengan perkara itu”

“Setiap hari ada sahaja cerita baharu yang disampaikan oleh orang luar. Ini yang berlaku dan ia semakin teruk di media sosial. Saya cukup berharap, atas semangat Ramadhan, selepas ini tiada lagi kisah-kisah “begini” dibangkitkan,”


Memang akan peninglah kalau asyik dijadikan bahan jenaka dan diperli mengenai hal itu.

Kepada peminat Lofattah, diharapkan kalian dah boleh berhenti berharap dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Neelofa sendiri pun sudah rimas dikaitkan lagi jadi kenalah mive on.

Kini satu lagi fenomena cuba dibangkitkan iaitu "Fattzura" apabila drama Hero Seorang Cinderella mula di tayangkan.

FattZura adalah gabungan antara Fazura dan Fattah Amin.

Tahniah!! Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan Sebentar Tadi

Tahniah!! Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan Sebentar Tadi



Pelakon yang juga adik kepada Rozita Che Wan iaitu Ayu Raudhah selamat melahirkan anak ketiga sebentar tadi.

Sebelum ini kedua-dua anak Ayu dan Zaquan adalah lelaki. Kini pasangan ini dikurniakan dengan anak perempuan.

Perkara ini disahkan oleh suaminya, pemain bola sepak negara, Zaquan Adha di laman media sosial Instagram.

Ini tulis Zaquan di Instagram:

"Alhamdulillah dengan izin Allah,isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 10.52 am pagi td.. Syukur pada mu ya Allah

Ini gambar anaknya:


Semalam Zaquan ada memuatnaik isternya telah masuk ke hospital Prince Court.

Ini tulisnya:

"Muka dia ada sikit sudah takuttt..dont worry sayang i akan ada dengan u...ya Allah sesungguh sakit untuk melahirkan anak itu adalah perit maka aku sanggup jika sekiranye aku tanggung bersama sama sakit dengan nye..berilah kekuatan dan permudahkan lah untuk isteri ku melahirkan anak 

Di ruangan komen, para follower tidak putus-putus mengucapkan jutaan tahniah kepada pasangan ini.

Tahniah buat Ayu Raudhah dan Zaquan Adha.

Dipersoal Bergambar Depan Pagar Istana Ketika Terima Anugerah Datuk, Ini Reaksi Balas Boy Iman

Dipersoal Bergambar Depan Pagar Istana Ketika Terima Anugerah Datuk, Ini Reaksi Balas  Boy Iman



Selebriti yang bergelar usahawan, Boy Iman baru-baru ini menerima satu lagi anugerah yang membawa pangkat Datuk, kali ini dari pihak negeri Pahang.

Boy Iman menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP)pada 24 mei yang lalu.

Sebelum ini Boy Iman ada menerima anuegrah dari kerajaan Naning.

Ketika mendapat anugerah dari negeri Pahang, Boy Iman ada memuatnaik gambar kenang-kenangan di depan pagar Istana.

Gambar boleh lihat DISINI

Dan ramai mengatakan kenapa tiada gambar di dalam istana ketika istiadat seperti orang lain.

Ini jawapan dari Datuk Boy Iman:

"Saya ada membawa jurukamera namun dia tidak dibenarkan mengambil gambar saya di dalam istana kerana pihak istana sudah ada jurukamera yang ditetapkan pihak berkenaan.

“Tidak salah jika saya mengambil peluang bergambar di hadapan pagar Istana Pahang di ibu negara menggunakan jurukamera yang saya bawa sendiri sebagai kenangan.”

"Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Saya ada juga muat naik beberapa gambar ketika menerima darjah itu dalam istana yang diberikan oleh jurukamera istana yang sah di Instagram menggunakan nama ‘boyiman_dbiriansjeneral’ tetapi mengapa gambar di depan pagar itu juga yang menjadi bualan pengguna laman sosial itu.

"Ini adalah tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab apabila cuba menjadikan gambar berkenaan tular di laman sosial.

"Apa yang berlaku ini saya anggap sebagai perkara positif selain berterima kasih kepada pihak berkenaan kerana membantu saya mendapatkan publisiti terutama untuk menjadikan perniagaan yang saya lakukan sekarang ini lebih maju,"

"Sempena Ramadan, bulan baik ini tidak baik kalau kita nak marah-marah orang. Saya bukan tidak ambil peduli sebaliknya saya nak ucap alhamdulillah saja apa yang berlaku.

"Puasa bukan saja menuntut untuk kita menahan lapar tetapi juga perbuatan dan percakapan. Saya bersyukur dan berharap semoga semua terus menyokong saya,"


Boy Iman pernah menjadi viral kerana menerima menerima ijazah doktor falsafah (PhD) yang membawa gelaran Dr.

Sumber: Harian Metro

Kalau Curang, Biarlah Wanita Lebih Cantik Dari Isteri - Shukri Yahaya

Kalau Curang, Biarlah Wanita Lebih Cantik Dari Isteri - Shukri Yahaya



Pelakon Shukri Yahaya telah membuat kenyataan apabila namanya dikaitkan oleh seorang wanita bernama Sarah Danielle kononnya cuba menggodanya dengan ayat-ayat tidak senonoh.

Kata Shukri Yahaya kepada wartawan Utusan, jika dia betullah curang, lebih baik cari wanita yang lebih cantik dari isterinya iaitu Tya Adnan.

Gambar Sarah Danielle boleh dilihat DISINI.

Ini komen dari Shukri Yahaya:

“Kalau betullah saya nak curang, biarlah wanita itu lebih cantik daripada isteri saya.

“Terus terang saya katakan, saya tak faham kenapa wanita itu sengaja nak memburukkan nama saya. Mungkin dia nak popular dengan cepat jadi dia sengaja gunakan nama saya.

“Saya tak tahu nak cakap apa sebab masih lagi terkejut dengan berita palsu”


Sementaar itu, Shukri Yahaya tidak mengambil tindakan seperti menyaman atau buat rport polis kerana baginya ianya hanyalag perkara kecil.

Namun, jika perkara ini berterusan dan melibatkan keluarganya, barulah Shukri Yahaya akan mengambil tindakan tegas.

Ini komennya:

“Saya kalau boleh memang tak nak ambil tahu pun benda-benda macam ini sebab lelaki itu bukan saya. Zaman sekarang ini orang boleh gunakan nama dan gambar saya untuk dijadikan bahan fitnah.

“Saya hanya akan ambil tindakan jika ia membabitkan keluarga saya dan berlebih-lebihan. Saya anggap ini adalah dugaan untuk saya di bulan puasa dan mendapat pahala lebih besar buat saya,”


Itulah kenyataan dari Shukri Yahaya.

Sumber: Utusan

Respon Balas Dari Sufian Suhaimi Dan Elfira Loy Tentang Isu Goda Isteri Orang

Respon Balas Dari Sufian Suhaimi Dan Elfira Loy Tentang Isu Goda Isteri Orang


Hari ni industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita tentang perbualan penyanyi baru Sufian Suhaimi yang dikatakan menggoda seorang wanita berstatus isteri orang.

Lebih mengejutkan, pendedahan itu disertakan dengan beberapa bukti seperti video call yang menampakkan wajah Sufian Suhaimi.

Baca kisah pendedahan perbualan ini DISINI.

RESPON SUFIAN SUHAIMI

Apabila kisah ini menjadi viral di laman media sosial, Sufian Suhaimi telah memberi respon balas di laman Twitter miliknya.

Ini komen dari Sufian Suhaimi:

"Salam. Saya tak ada WC (WeChat) dan Bigo. Tutup salam. Zaman sekarang semua orang boleh buat fake accaunt.

"Dan dah ramai orang tanya saya ada Bigo ke sebab ramai selalu chat dengan 'saya' dekat Bigo termasuk Bob Yusuf. Impressive




Tentang gambarnya sedang buat video call, Sufian Suhaimi mengatakan gambar itu diambil dari Instagram Live miliknya.

Ini komennya:

"Prolly a screenshot from my IG live.


RESPON ELFIRA LOY

Sementara itu, teman rapat Sufian Suhaimi iaitu Elfira Loya juga ada membuat kenyataan apabila perkara ini menjadi viral.

Elfira mengatakan zaman sekarang memang mudah untuk dapat follower dengan cara buat cerita viral.

Ini komen Elfira Loy:


(Mengejutkan) Che Ta Mengamuk, Penyanyi Baru Cuba Menggodanya, Panggilnya Sayang?

Rozita Che Wan Mengamuk, Penyanyi Baru Cuba Menggodanya


Selebriti popular Rozita Che Wan atau Che ta mengamuk di laman sosial apabila seorang penyanyi baru bernama Della Dellon cuba menggodanya.

Lebih menambah geram, Della Dellon sebenarnya seorang wanita dan dikatakan memanggil dengan gelaran sayang.

Ternyata Che Ta amat berang dengan hal ni dan memuatnaik status yang menjadi tumpuan ramai di laman Instagram miliknya.

Kata Che ta ini merupakan jalan terakhir untuk menghentikan gangguan dari Della Dellon.

Ini kenyataan Che ta:

Allah dah bagi kau jadi pompuan kau nak jadi jantan !!!
Dah jadi jantan , kau kacau bini orang!!!!
Kau nak jadi apa sebenaqnya?????
Jadi syaiton ka????? 


Kau dok bersayang- sayang dengan bini orang, muntah la dik!!!!
Bulan- bulan posa ni muhasabah la diri !!!!.
Nak jadi apa pun tak kisah la, jangan kacau hidup orang lain!!!
Ini sebenarnya jalan terakhir yang saya terpaksa ambik diatas kedegilan kau!!!


Pujuk tak makan saman, marah pun kau tak heran, ini ja makan kau bila aku terpaksa up gambaq muka ala-ala jantan kau dik!.
DELLADELLON



Status ini mendapat tumpuan ramai para follower.

Della Dellon meruapakan penyanyi baru yang popular menerusi lagu Persia.

Dia merupakan seorang wanita ayng membawa imej berambut pendek.

P/s: Tunggu penjelasan kisah sebenar dari Che Da dan juga Della Bellon nanti

Selepas Shukri Yahaya, Penyanyi Sufian Suhaimi Didakwa Menggatal Dengan Isteri Orang

Selepas Shukri Yahaya, Penyanyi Sufian Suhaimi Didakwa Menggatal Dengan Isteri Orang


Sebelum ini pelakon Shukri Yahaya dikatakan menggatal dengan seorang gadis bernama Sarah Danielle.

Memang cantik Sarah Danielle ni, gambar hot Sarah boleh lihat (DISINI)

Selepas pelakon Shukri Yahaya, kini seorang pengguna twitter mendedahkan seorang wanita sudah bergelar isteri telah digoda oleh Sufian Suhaimi.

Pendedahan ini dibuat oleh seorang lelaki yang juga suami kepada wanita berkenaan.

Pada mula, dikatakan Sufian telah menulis mesej kepada wanita berkenaan melalui aplikasi Bigo.

Kemudian wanita berkenaan ingatkan ianya hanyalah fake akaun.

Namun selepas beberapa kali berbalas mesej, untuk membuktikan akaun itu milik Sufian Suhaimi, video call telah dibuat.

Alangkah terkejut pasangan suami isteri ini apabila memang wajah Sufian Suhaimi yang keluar.

Memang banyak ayat menggoda antara wanita itu dengan akaun yang dikatakan Sufian Suhaimi itu.

Ini pendedahan dari si suami wanita berkenaan.














20 Koleksi Gambar Inilah Wajah Gadis Yang Dakwa Digoda Shukri Yahaya..Memang Cun Dan Hot

20 Koleksi Gambar Inilah Wajah Gadis Yang Dakwa Digoda Shukri Yahaya..Memang Cun Dan Hot



Memang agak kecoh apabila seorang gadis membuat pendedahan tentang pelakon Shukri Yahaya.

Dikatakan pelakon Shukri Yahaya itu cuba menggodanya melalui beberapa perbualan di aplikasi telefon.

Pendedahan perbualan ini dibuat oleh gadis bernama Sarah Danielle melalui laman instagram miliknya.

Beberapa gambar perbualan antara mereka berdua menjadi viral dan tumpuan ramai kerana jelas agak tidak senonoh perbuatan itu.

Shukri Yahaya telah tampil menjawab isu ini dan telah menafikan lelaki berkenaan adalah dirinya.

Gadis itu bagaimanapun menegaskan lelaki berkenaan adalah Shukri Yahaya dan mula berkenalan di Perak.

Sarah Danielle sememangnya seroang gadis yang cun dan jelita. Dikatakan dia juga merupakan model sambilan.

Nak lihat gambar gadis ini? Ini wajahnya.




















Ini Ucapan Sayu Dari Melly Goeslow Apabila Jupe Meninggal Dunia

Ini Ucapan Sayu Dari Melly Goeslow Apabila Jupe Meninggal Dunia



Hari ini selebriti popular Indonesia Julia Perez diumumkan telah meninggal dunia.

Julia Perez atau lebih mesra disapa Jupe meninggal dunia akibat penyakit barah serviks yang dihidapinya sejak beberapa tahun yang lalu.

Penyakit barahnya itu telah merebak dan disahkan sudah peringkat 4 iaitu tahap paling kritikal.

Baca pengumuman tersebut DISINI.

Rakan artis di Indonesia turut bersedih apabila mendengar pemergian Julia Perez.

Antara artis pertama yang mengucapkan ucapan selamat tinggal buat Jupe adalah penyanyi popular Melly Goeslow.

Ucapan dari Melly Goeslow itu antara yang terawal dibuat tentang pemergian Jupe.

Ini ucapannya:

"Innalillahi wainailaihi rojiun. Selamat jalan Jupe, Allah telah mengakhiri segala rasa sakitmu, Insya Allah Dia tempatkan kamu di SurganNya. Mengampuni semua kesalahan dan dosa.

"Terimakasih sudah melukiskan karya dan kenangan indah utk industri seni tanah air, keceriaanmu akan menjadi kenangan tak terlupakan bagi keluarga, sahabat dan seluruh pencintamu


"Mohon keihlasannya utk membacakan Alfatehah untuk almarhumah Jupe




Ramai peminat yang bersedih dengan pemergian Julia Perez.

takziah buat keluarga dan mari doakan buat Julia Perez.

Julia Perez Disahkan Meninggal Dunia Sebentar Tadi

Julia Perez Akhirnya Disahkan Meninggal Dunia


Selebriti popular Indonesia Julia Perez ataupun Jupe akhirnya disahkan meninggal dunia menurut laporan Kompas.com.

Menurut laporan itu, berita ini diperoleh dan disahkan sendiri oleh managernya iaitu Mario Markoneng.

Mario saat dihubungi oleh wartawan berkata: "Ia benar meninggal,"

Sementara itu adik kepada Julia Perez turut menulis ucapan selamat tinggal kepada Julia Perez di laman sosial.

Ini tulis adik tentang berita pemergian Jupe:

"Innalilahiwainailahirojiun 

"Telah berpulang kakak kami tercinta Julia Perez Minta doanya ya semua, terima kasih semua atas supportnya selama ini. I LOVE YOU YULI 

Di laman sosial, ramai artis mula mengucapkan takziah dan ucapan sedih apabila Julia Perez meninggal dunia.

Jupe bertarung dengan penyakit cancer cervix tahap empat sejak 2 tahun yang lalu.

Khamis yang lalu, Julia Perez menjalani pembedahan terakhirnya.

Julia Perez meninggal dunia pada umur 36 tahun (10 Jun 2017)di Rumah Sakit Cipto Mangunkusum.

Salam takziah buat keluarga Julia Perez.