Ini Komen Pengantin Perempuan 18 Tahun Apabila Perkahwinan Menjadi Viral


Ini Komen Mengejutkan Pengantin Perempuan Apabila Perkahwinan Menjadi Viral


Telah menjadi viral gambar seorang lelaki berumur 62 tahun bernikah dengan seorang perempuan muda baru berumur 18 tahun.

Gambar yang pada mulanya dimuat naik oleh Ustaz Saiful Bahri Mamat di laman Facebook tersebar luas sehingga ada mempersendakan pasangan itu.

Beberapa page dan komen yang diberi seperti mempersenda perkahwinan tersebut kerana jurang umur mereka yang besar.

Hilang sabar apabila kisahnya ditertawakan, pengantin perempuan, Nur Nasirah, isteri kepada Ismail Lambak, tampil memberi komen.

Ini komennya di laman Himpunan Cerita Lawak yang menjadikan kisahnya sebagai bahan lawak:

"Terima kasih banyaklah ye admin sebab hebohkan perkahwinan saya. Sebenarnya saya kasihan pada admin. Yelah kan, pasal orang muda seperti saya nikah dengan orang tua dijadikan bahan lawak. 

"Lawak sangat ke? Sebenarnya lawak atau nak jadi batak? Admin tak pernah ke dengar gosip orang muda kahwin dengan orang tua? Terima kasihlah buat saya jadi hotsuff sekejap. 

"By the way, banyaknya pahala awak kan sampai nak mencari dosa? Kalau saya cakap saya tak maafkan awak sebab awak heboh gambar ini, awak rasa okay tak? Okaylah kot kan? 

"Biasalah manusia ini, hal orang sedap saja kita gelak-gelakkan. Tetapi bila ada orang bercerita tentang hal kita, pandai pula nak melenting.

"Hina sangat ke muda kahwin dengan tua? Perkahwinan saya yang sah kot? Bukannya buncit dulu baru nak kahwin," 

Setelah lama berdiam diri akhirnya pengantin perempuan ini hilang sabar lalu tampil menegur tindakan sesetengah pihak itu yang memberi komen keterlaluan.

Ini Komen Jihan Apabila Ditanya Tentang Anak


Ini Komen Jihan Apabila Ditanya Tentang Anak


Jihan Raja Lawak baru sahaja bernikah dengan suaminya, Ungku Hariz dan majlis perkahwinan mereka berdua berlangsung dengan meriah.

Pasaangan ini semenangnya sudah kenal hati budi masing-masing apatah lagi telah bercinta selama hampir 9 tahun. Memang satu jangka masa yang agak lama.

Ini komen Jihan tentang perbezaan hubungan mereka berdua sebelum dan selepas kahwin:

Saya tidak mahu ambil ringan tentang perkara itu dan nasib baik juga sepanjang sembilan tahun kami bercinta ini dia sudah melatih saya untuk sentisa beritahu apa yang saya lakukan.

Bagi saya yang penting ialah komunikasi walaupun kami masing-masing sibuk dengan kerjaya. Namun saya tidak menafikan kata orang kehidupan berkahwin berbeza daripada bercinta dan saya harap kami dapat laluinya dengan baik.


Ini pula komen Jihan apabila ditanya tentang perancangan untuk mendapat anak:

Saya tidak ada rancangan untuk anak, tapi kalau boleh saya ingin cepat sebab umur saya bukan muda lagi.

Semoga berbahagia selalu Jihan dan Ungku Hariz. Pasangan yang sweet.


Gambar Kekasih Baru Maya Karin?

Gambar Kekasih Baru Maya Karin?


Maya Karin mencuri perhatian para peminatnya apabila memuatnaik gambar mesra dengan seorang lelaki ketika bercuti di luar negara baru-baru ini.

Di instagram, ramai follower yang bertanya kepada Maya karin siapakah gerangan lelaki berkenaan, adakah kekasih baru Maya Karin?

Namun, Maya Karin hanya memberikan komen balas dengan menggunakan emoticon "senyum" dan "love" sahaja. Rileks dan selamber je Maya Karin layan soalan dari para peminat.

Ada juga yang mengatakan itu adalah adiknya tetapi beberapa portal mengatakan adik Maya karin mempunyai tahi lalat di pipi dan di dalam gambar ini lelaki itu tiada tahi lalat.

Kita tunggu je lah ye, buat masa sekarang masih rahsia...hehe.





Komen Pedas Mufti Perlis, Dr MAZA Bidas Raja Bomoh

Komen Pedas Mufti Perlis, Dr Maza Bidas Raja Bomoh


Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Mohd Zain kembali menjadi tumpuan apabila membuat ritual untuk mengurangkan cuaca panas yang sedang melanda negara Malaysia ketika ini.


Dalam ritual terbabit, Raja Bomoh bersama beberapa pengikutnya telah mengangkat buah tembikai dan membalingnya ke lantai sehingga pecah.

Video ritual itu boleh ditonton DISINI

Ritual yang dilakukan oleh Raja Bomoh ini dikatakan kononnya petua petua orang "tua-tua" untuk menyejukkan cuaca yang panas.

Namun mufti Perlis, Dr MAZA telah menonton ritual ini dan terus membidas Raja Bomoh.

Ini komen Dr MAZA:

Kepada non-muslim yang melihat video ini, harap anda tidak mengaitkan perbuatan mereka ini dengan Islam. Di samping ayat-ayat al-Quran yang dibaca secara tidak betul sebutannya, tahayul (superstition) yang seperti ini tidak pernah diiktiraf oleh Islam. Agama Islam tidak membenarkan penganutnya melakukan perbuatan bodoh dan sia-sia. Apatahlagi disertakan dengan pembaziran seperti ini. Buah untuk dimakan bukan untuk di bazirkan secara sia-sia.

Koleksi Gambar Anak Perempuan Shah Jaszle

Koleksi Gambar Anak Perempuan Shah Jaszle


Pelakon popular Shah Jaszle kini telahpun bergelar bapa apabila isterinya Hanis Husna telah selamat melahirkan bayi perempuan.

Dikatakan nama anak pertama Shah Jaszle ini ialah Alana, namun tidak diketahui tarikh lahir sebenar bayi yang comel ini.

Shah Jaszle juga telah membuat produk kesihatan multivitamin dengan menggunakan nama anaknya iaitu "Alana White Vit-C".

Jom lihat wajah anak Shah Jaszle yang comel ini:






Ini Komen Balas Faye Kusairi Apabila Dikatakan Punca Perceraian Elly Mazlein


Ini Komen Balas Faye Kusairi Apabila Dikatakan Punca Perceraian Elly Mazlein


Pelakon Faye Kusairi kini tampil memberi komen yang mengatakan dirinya menjadi punca perceraian antara Elly Mazlein dan bekas suaminya iaitu pengarah, Azmi Hatta.

Faye berkata perkara itu amat mengarut dan agak terkilan apabila namanya terpalit sebagai pihak ketiga dalam kemelut hubungan dua selebriti terbabit.

Apatah lagi, Faye Kusairi memberitahu dirinya tidak begitu rapat dengan pasangan itu.

Ini komen Faye:

"Apabila membaca gosip berkenaan, saya faham masyarakat ingin tahu punca perpisahan Azmi dan Elly. Tetapi, adalah tidak adil apabila saya dipalit sama sebagai orang ketiga."

"Ini fitnah dan saya berasa terluka dengan tuduhan tidak masuk akal itu. "

"Begitupun, tidak perlulah saya melatah atau memberi komen panjang-lebar. Yang penting perceraian Azmi dan Elly berlaku bukan kerana saya. Jika hendak diketahui puncanya, kenalah tanya mereka," 


"Apabila gosip ini muncul, ia membuatkan saya sedikit terganggu. Perkara ini tidak betul, jadi saya ambil pendekatan untuk bertenang saja,"


Menerusi laporan sebuah akhbar, Faye dikatakan menjalinkan hubungan dengan Azmi dan perkara itu di ketahui oleh Elly.

Faye Kusairi juga didakwa bercerita kepada beberapa pekerja belakang tabir dengan mengatakan Azmi dan Elly kononnya sudah bercerai pada Disember tahun lalu.

Kemudian, Elly dikhabarkan tidak boleh memaafkan Azmi dan akibatnya, mereka memutuskan untuk bercerai.

Bagi Faye, dia berharap gosip seperti itu tidak akan diperkatakan lagi kerana ia secara tidak langsung menjejaskan nama baiknya.

Sumber: Berita Harian

Azrul Cham Dikecam Kerana Komen Panas Tentang TMJ Dan Dato Vida

Azrul Cham Dikecam Kerana Komen Panas Tentang TMJ Dan Dato Vida


Pelawak dari kumpulan Cham iaitu Azrul Raja Lawak telah dikecam hebat oleh orang ramai ekoran kenyataannya yang agak panas.

Kenyataan yang dibuat oleh Azrul adalah tentang TMJ dan Dato Vida apabila pelawak ini membezakan TMJ dan Dato Vida ketika menjelajah Sepanyol baru-baru ini.


Kebanyakkan yang menghentam dan menyatakan ketidak puashati ialah penyokong bola sepak tempatan yang menghargai usaha murni TMJ dan juga Dato Vida.

Jom baca komen panas dari orang ramai:




Bekas Suami Elly Mazlein Jawab Punca Penceraian Disebabkan Faye Kusairi


Bekas Suami Elly Mazlein Jawab Punca Penceraian Disebabkan Faye Kusairi


Azmi Hatta menegaskan punca penceraian dengan Elly Mazlein bukanlah disebabkan orang ketiga iaitu pelakon Faye Kusairi.

Azmi yang merupakan pengarah drama berkata tuduhan mengaitkan pelakon wanita itu adalah sangat tidak berasas.

Ini komen Azmi:

FAYE TIADA KENA MENGENA

"Saya terkilan dengan tuduhan mengaitkan nama orang ketiga iaitu Faye Kusairi dalam hal rumah tangga kami, Faye tiada kena mengena dengan hubungan kami, apatah lagi sebagai punca perpisahan kami.

"Saya akui Faye pernah berlakon dengan saya tapi dalam masa penggambaran itu saya nikah dengan Elly.

"Adakah saya ini jenis lelaki yang teramat jahat permainkan perempuan lain dalam masa yang sama semua orang tahu saya sedang mendirikan rumah tangga? Saya ada akal yang waras untuk berfikir, "

TUDUHAN ELLY KASAR

Azmi berkata demikian ketika diminta mengulas tentang laporan ruangan pojok akhbar mingguan bahawa perpisahannya dengan pelakon Elly Mazlein disebabkan orang ketiga iaitu Faye Kusairi.

Azmi berkata, dia juga menganggap kenyataan bekas isterinya itu yang menuduh dia cuba bermain kayu tiga sebagai terlalu kasar.

"Kenyataannya dalam akhbar hari ini (Ahad) terlalu kasar buat saya, adakah disebabkan saya lelaki membuatkan persepsi menjadi berat sebelah, apa salah saya dan orang tidak tahu perkara sebenar.

"Saya bertanya kepada Elly kenapa dia mahu kaitkan Faye yang tidak bersalah? Saya juga simpati dengan nasib Faye kerana menjadi bahan untuk menjatuhkan maruah saya," ujarnya.

PUNCA PERPISAHAN

Tentang penceraiannya Azmi berkata, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyelamatkan rumah tangga tersebut tetapi gagal.

Katanya, talak telah dijatuhkan dihadapan hakim di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 15 Oktober 2015.

"Kami berpisah selepas mendapat khidmat nasihat beberapa pihak dan talak dijatuhkan di hadapan hakim ketika usia kandungan Elly berusia 10 bulan.

"Secara warasnya memang saya tidak mahu berpisah dan saya bukan lelaki yang kejam untuk ceraikan dia pada waktu dia sedang hamil. Namun jodoh itu kuasa Allah, tempoh edah yang ditetapkan bagi wanita hamil ialah hingga dia selamat bersalin.

"Dalam tempoh edah itu saya masih menjalankan tanggunjawab untuk menjaga dia dan kandungan dengan baik,"

YAKIN DI PIHAK YANG BENAR

Azmi berkata, perpisahan yang berlaku pada usia perkahwinan yang belum setahun itu sangat berat untuk diterimanya.

Perjuangannya selama ini mempertahankan hubungan cinta dan melalui pelbagai pahit maung selama tempoh percintaan tidak mampu dipertahankan lagi.

"Saya ralat, begitu juga keluarga saya kerana tidak sempat pun sambut ulang tahun perkahwinan lagi kami sudah berpisah.

"Saya juga terkilan ramai pihak menunding jari kepada saya sebagai orang yang dipersalahkan dalam perpisahan ini. Hanya Allah yang lebih mengetahui tentang ini dan saya yakin berada di pihak yang benar,"

Pasangan ini berkahwin pada 9 November 2014 pada satu majlis yang diadakan di Surau As Sakinah, bersebelahan kubur ibu Elly di Puchong, dekat sini.

Elly selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.5 kilogram di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.

Komen Jihan Raja Lawak Setelah Bergelar Isteri


Komen Jihan Raja Lawak Setelah Bergelar Isteri


Dengan sekali lafaz, Jihan Muse selamat bergelar isteri kepada pelakon Ungku Hariz kira-kira pukul 3 petang Ahad.

Majlis pernikahan mereka berdua telah dihadiri seramai hampir 300 jemputan yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat pengantin sahaja.

- Gambar sekitar majlis pernikahan Jihan (KLIK SINI)
- Gambar suami Jihan, Ungku Hariz (KLIK SINI)

Jihan telah menzahirkan rasa syukur kerana hubungan yang terjalin selama 9 tahun itu berakhir ke jinjang pelamin.

Ini komen Jihan Muse:

“Saya bersyukur dan gembira kerana semuanya berjalan dengan lancar walaupun persiapan dilakukan pada saat-saat akhir kerana kesibukan kami berdua dengan komitmen kerja.

“Saya berharap perkahwinan akan berkekalan ke akhir hayat kami dan diberkati. Walau kami sudah lama berkawan masih banyak lagi perkara yang perlu kami pelajari selepas berkahwin,” 

Majlis resepsi Jihan dan Ungku Hariz akan diadakan pada 27 Mac ini di Menara Naza TTDI, Shah Alam dengan tema klasik.


27 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Pelawak Jihan Muse Dan Ungku Hariz


27 Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Pelawak Jihan Muse Dan Ungku Hariz


Pelawak dan pengacara popular Jihan Muse kini telah selamat bergelar isteri kepada pelakon Ungku Hariz harini.

Hanya dengan sekali lafaz, pasangan ini selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis pernikahan ringkas di Laman Kayangan, Shah Alam Selangor.

Pasangan sama cantik sama padan ini telah dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Musa Abdul Aziz bersaksikan Pendaftar Kanan Perkahwinan Daerah Petaling, Muhamad Sujak Muhamad Dasuki, bapa Ungku Hariz Ungku Mohamed Fadli, adik-beradik dan keluarga terdekat.

Pengantin perempuan menerima RM 300 sebagai mas kahwin dan saling berbalas lima dulang hantaran. Bagaimanapun, pasangan pengantin merahsiakan jumlah wang hantaran.

Sementara itu, majlis resepsi pasangan yang bertemakan klasik rekaan busana dari Man Kajang dan solekan, Deqsha akan diadakan pada 27 Mac ini di Menara NAZA TTDI, Shah Alam.

Jom layan gambar sekitar majlis pernikahan pasangan pengantin  baru ini:




























Gambar Anak Shahrol Shiro Curi Perhatian

Gambar Anak Shahrol Shiro Curi Perhatian


Pelawak Shahrol Shiro kini telah selamat diijabkabulkan dengan isterinya bernama Anna Danisha. Majlis pernikahan dibuat pada hari Jumaat manakala majlis resepsi diadakan pada hari Sabtu.

Sepanjang majlis berlangsung, Shahrol membawa sekali anak lelakinya hasi perkahwinan terdahulu. Anak lelakinya itu bernama Adam.

Telatah dan kemunculan Adam di majlis itu telah mencuri perhatian orang ramai yang sememangnya jarang melihat anak Shahrol Shiro itu.

Jom lihat wajah anak Shahrol Shiro: