14 Koleksi Gambar Che Ta, Zain Dan Aaisyah Dhia Rana Di Mekah

14 Koleksi Gambar Che Ta, Zain Dan Aaisyah Dhia Rana Di Mekah


Pasangan popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin kini sedang menunaikan umrah di Mekah bersama anak perempuan mereka iaitu Aaisyah Dhia Rana.

Memang jelas kecomelan wajah Aaisyah Dhia Rana yang memakai tudung ketika berada di sana. Ramai yang terpesona.

Zain Saidin dan Che Ta telah berkongsi gambar sekitar perjalanan mereka menunaikan umrah.

Jom layan















Kisah Disebalik Watak "Mak Yam" Yang Dibawa Oleh Achey


Kisah Disebalik Watak "Mak Yam" Yang Dibawa Oleh Achey


Di pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2016, Achey telah membawa watak Mak Yam yang diambil dari filem Polis Evo. Dalam filem Polis Evo, watak Mak Yam dibawa oleh pelakon Amerul Affendi.

Ada juga gosip mengatakan, Achey berselisih faham dengan pengarah filem Polis Evo, Ghaz Abu Bakar kerana Achey pernah menolak untuk melakonkan watak Mat Yam didalam filem.

Terdapat juga dakwaan kononnya Achey sebenarnya digugurkan daripada filem Polis Evo kerana masalah disiplin.

Kerana pelbagai spekulasi yang timbul, Achey telah tampil dan menceritakan perkara sebenar.

Ini komen Achey:

Tidak timbul soal tidak berdisiplin di set penggambaran atau sebagainya. Sebenarnya semasa penggambaran diadakan, berlaku banjir besar di Terengganu sehingga menyebabkan penggambaran terpaksa diadakan semula di ibu negara.

Cuma hasilnya kurang memuaskan dan penggambaran seterusnya terpaksa dipinda ke tarikh lain. Saya bagaimanapun tidak dapat turut serta kerana terikat dengan komitment lain pada waktu itu.

Saya cuba bincang dengan Ghaz tetapi tidak dapat menemui tarikh yang sesuai. Saya juga sudah meminta maaf kepadanya. Jadi tidak timbul isu lain melainkan semata-mata  kerana pertindihan jadual.

Walaubagaimanapun, Achey tidak terkilan kerana tidak dapat menjayakan watak Mat Yam dalam Polis Evo yang meletup letup di panggung wayang. Namun wataknya di pentas MLM itu memang hebat juga.

"Pakailah tudung, dosa tau..." - Artis Popular Ditegur Anak Sendiri


"Pakailah tudung, dosa tau..." - Artis Popular Ditegur Anak Sendiri




Pelakon Zarina Zainuddin pernah mencuri tumpuan ramai apabila dikatakan membuka tudung untuk terus berlakon drama.

Zarina telah berkahwin dengan ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dan dikurniakan empat cahaya mata lelaki.

Anak bongsu kepada Zarina pernah menegur ibunya itu kerana tidak memakai tudung malah tidak mahu Zarina menghantarnya ke sekolah.

Ini komennya:

“Sebelum ini saya cuba-cuba pakai tudung, ikut karakter di dalam drama. Anak ketiga dan keempat selalu marah saya begini,  kenapa ibu tak pakai tudung? Pakailah tudung, dosa tau…

“Sampaikan anak bongsu tak kasi saya hantar berhampiran sekolah sebab katanya malu saya tak pakai tudung. Saya terdiam, tak terkata.

“Saya jelaskan pada anak-anak, ibu berlakon dan belum masanya lagi ibu pakai tudung. Anak-anak cakap, tak berlakon pun ibu masih boleh buat bisnes.

“Bagi saya hidayah itu milik Allah. Saya sentiasa berdoa mana tahu suatu hari nanti hati saya benar-benar terbuka untuk berhijab.

“Yang penting Allah tahu niat saya dalam lakonan yang merupakan rezeki saya dan keluarga. Manusia-manusia lain nak cakap apa pun, saya tak kisah,” 

Sumber: Mangga


Gambar Kereta Mewah Milik Zukiee

Gambar Kereta Mewah Milik Selebriti Sosial Media, Zukiee


Kini siapa yang tak kenal dengan Zukiee. Videonya ternyata berjaya menggeletek ramai orang di laman instagram sekaligus menjadikannya popular.

Video Zukiee memang kreatif dan lain dari yang lain, menggunakan suara kartun serta selalunya ending partnya berakhir dengan Zukie kena pukul.

Zukiee kini telahpun mengembang bakatnya apabila mendapat tunjuk ajar dari Dato Aliff Syukri Terlajak Laris. Hasil tunjuk ajar dari Dato Aliff Syukri, kini Zukiee berjaya dalam bidang pengiklanan.

Dahulu Zukiee hanya mendapat gaji rm800 sebulan namun kini Zukiee mampu membeli kereta mewah berjenama Mazda RX8.

Jom lihat gambar keretanya:




Jejai Tegur Pelakon Aedy Ashraf Sebab Rapat Dengan Fasha Sandha


Jejai Tegur Pelakon Aedy Ashraf Sebab Rapat Dengan Fasha Sandha


Pelakon filem Tentang Bulan iaitu Aedy Ashraf ternyata terkejut dengan perkara yang berlaku antara dia dan juga Jejai.

Pelakon yang kini berumur 23 tahun itu mendakwa ditegur oleh Jejai yang merupakan bekas suami Fasha Sandha disebabkan keakraban antara dua pelakon itu.


Dikatakan Jejai memberi amaran sewaktu melihat Aedy, Fasha dan juga beberapa kenalan lain sedang berbual  sesama mereka.


Ini komennya:

Saya tidak pasti kenapa Jejai menegur saya begitu. 

Mungkin kerana dia nampak saya akrab dengan Fasha. Sebenarnya, saya dan Fasha rapat. Kami saling mengenali sejak lebih lima tahun lalu. Selepas lama tidak berjumpa, kebetulan kami berlakon bersama dalam bersiri Lara Aishah

Ia mungkin hanya salah faham. Saya enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu

Jelas Aedy, hubungan dia dan Fasha Sandha tidak lebih daripada seorang kawan malah, Aedy menganggap Fasha seperti kakak kandungnya sendiri.

Bagi Aedy, itu hanya salah faham sahaja dan enggan mengulas dengan lebih lanjut.

Cerai Bukan Petanda Hidup Musnah - Elly Mazlein


Cerai Bukan Petanda Hidup Musnah - Elly Mazlein


Elly Mazlein menjadi bualan hangat apabila bercerai pada hujung tahun yang lalu. Malah menjadi sedikit kontroversi dengan pelakon Faye yang dikaitkan dengan bekas suaminya.

Kini penyanyi dan pelakon wanita ini juga sudah lama meninggalkan kisah lama dan membuka lembaran baru kehidupan.

Ini komennya:

“Saya pasrah dengan takdir. Yang terjadi dalam hidup saya selama ini adalah bahagian saya. Saya reda dan tidak pernah menyesal. Malah pada saat saya dan dia (Azmi) bukan lagi pasangan suami isteri sejak Oktober tahun lalu, saya tidak pernah terlintas untuk meratapi nasib diri”

“Sebaliknya saya menganggap keadaan yang sedang dijalani ini adalah petanda buat saya untuk menjadi wanita yang lebih matang. Perceraian dengan bekas suami bukan petanda kehidupan saya musnah. Sebaliknya adalah harapan buat saya untuk menjadi wanita lebih dewasa,” 

Elly kini perlu berkorban dan sentiasa berfikiran positif untuk memastikan dirinya sentiasa di landasan yang sebenar apatah lagi dengan kehadiran anaknya yang pertama.

Amy Search Terpaksa Dedah Kisahnya Dengan Yazit


Amy Search Terpaksa Dedah Kisahnya Dengan Yazit


Ini satu pendedahan terbaru dari Amy Search tentang kisah Yazit dan terpaksa mendedahakan perkara ini kepada umum.

Amy ternyata mempunyai perselisihan dengan Yazit dari peringkat awal kemasukkannya di dalam kumpulan Search.

Kenapa Abaikan Yazit

“Saya ada jutaan ringgit. Ini apa kes? Saya kawan dia, tak akan nak buat dia begitu?

“Jangan cakap kami penipu, tidak pedulikan dia. Dia bukan hidup sebatang kara nak cakap begitu. Dia ada anak-anak yang sudah besar. Ada adik-beradik.

“Cakap macam tidak ada sesiapa, macam kawan-kawan saja yang ada,”

Kenapa Tak Lawat Yazit Di Hospital

“Saya ada gambar dengan dia di hospital. Saya tidak pernah keluarkan gambar itu kerana saya tidak mahu orang ramai tengok kawan saya dalam keadaan sakit.

“Isteri dia sakit kena batu karang di hospital, isteri saya dan mentua pergi melawat di hospital. Untuk elak bil RM20,000, dia dibawa dari Kuala Lumpur ke Melaka jam dua pagi,” 

Konsert Kebajikan buat Yazit

“Kenapa saya nak buat konsert kebajikan untuk dia? Setiap konsert dia dapat duit.

“Masa konsert di Istana Budaya empat malam, dia main empat lagu, dia di atas pentas setengah jam, saya dua jam setengah, saya nyanyi macam hendak mati.

“Dia dapat RM42,000 dengan duit T shirt RM7,000. Tidakkah dia kena bersyukur? Terima kasih kepada kawan. Kawan yang cari rezeki,” 

Yazit Memang Tak Suka Amy

“Dia tidak pernah setuju bila Hillary Ang hendak bawa saya masuk Search sejak hari pertama. Sejak itu saya tahu dia tidak suka saya.

“Selama perjuangan saya lapan tahun saman Sony, turun naik mahkamah, dia tidak pernah di situ. Dia sibuk mengata saya di belakang.

“Kita sudah 35 tahun. Umur saya sudah dekat 58. Kita tidak sepatutnya cakap begini.

“Kalau saya tidak sihat hari ini, katakanlah saya di hospital, dia dapat apa?” 

Sumber: themalaymailonline

Pembunuhan Kejam: Polis Dedah SMS, Perbualan Telefon

Pembunuhan Kejam: Polis Dedah SMS, Perbualan Telefon


Kini sedang kecoh tentang kes pembunuhan kejam seorang gadis Indonesia bernama Eno Farihah yang dikatakan amat kejam dengan menggunakan cangkul.

Menurut laporan, pembunuh Eno Farihah, Rahmat Alim berkenalan dengan Eno selama sekitar 1 bulan.

Mulanya mereka bertemu di depan asrama saat korban pulang kerja, lalu saling bertukar nombor handphone.

Eno juga waktu itu baru sahaja putus dengan kekasihnya yang bernama Iwa

Ini pendedahan perbualan SMS antara pembunuh dan juga mangsa seperti yang didedahkan pihak polis:

"Rahmat Alim pada Kamis (12/5) siang itu dia baru selesai mengikuti Ujian Akhir Nasional (UAN). Lalu dia SMS-an dengan korban,"

"Rahmat Alim siangnya SMS korban 'Teh, nanti malam ada aktiviti gak?' Kemudian dijawab oleh korban 'Emang kenapa kalo gak ada aktiviti?',"

Ibarat gayung bersambut, Rahmat Alim kemudian membalas dengan mengirimkan pesan berbunyi "kalo enggak ada aktiviti kita ketemuan".

"Di mana maunya?," balas Eno kepada Rahmat Alim seperti dituturkan kembali oleh Handik.

Rahmat Alim kemudian menjawab Eno untuk bertemu di rumah korban. "Kemudian korban membalas lagi 'emang enggak takut nanti ketahuan sama temen rumah yang lain' dan dijawab Rahmat Alim 'yaah itu mah gampang, nanti aja dipikirknnya',"


Eno pun membalas untuk terakhir kalinya dengan kata-kata "nanti pintu pager gak dikunci", yang kemudian dibalas lagi untuk yang terakhir oleh Rahmat Alim dengan kata-kata "OK. Bye."


Itu merupakan perbualan terakhir antara mangsa dengan pembunuhnya yang dikatakan kekasihnya yang baru sahaja berumur 16 tahun.

Sumber: Detik.com

Gambar Anak Perempuan Dira Abu Zahar

Gambar Anak Perempuan Dira Abu Zahar


Dira Abu Zahar merupakan pelakon dan pengarah di Malaysia. Dira juga merupakan anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Seri Abu Zahar.

Baru-baru ini Dira Abu Zahar membuat keputusan yang mengejutkan apabila umum undur diri dari industri seni (BACA SINI)

Untuk pengetahuan, Dira Abu Zahar mempunyai anak perempuan yang comel. Namanya Anggun dan kini berumur 8 tahun.

Anggun merupakan anak Zira bersama bekas suami yang pertama.

Jom lihat gambar Anggun, anak Dira Abu Zahar






p/s: kalau ada blogger copy paste aje, curi gambar ini tanpa kredit, maka haramlah ia! Buat la sendiri pemalas!!

Kumpulan Search Batal Kerjasama, Mungkin Saman Penaja


Kumpulan Search Batal Kerjasama, Mungkin Saman Penaja


Gara-gara salah faham tentang aspek kewangan menjelang konsert yang dijadual pada 30 Ogos ini, Search dikatakan mengalami kerugian sekaligus bertindak untuk batalkan kerjasama dengan pihak penganjur atau penaja.

Dikatakan Search mengarahkan peguam mereka mempertimbangkan apa saja pilihan undang-undang yang ada bagi membersihkan nama baik serta menebus 'kerugian' dialami.

Antara kerugian itu ialah hubungan yang rosak antara ahli kumpulan, serta kemudaratan daripada konflik sedang dialami.

Peguam Search, Yusmadi Yusoff berkata dia sudah mendapat arahan daripada anak guamnya untuk meneliti perkara berkenaan.

Search telah menghantar notis untuk membatalkan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani kumpulan berkenaan dengan syarikat Afjets Sdn Bhd.

Ini komen peguam:

"Buat masa ini Search kelihatan seperti pihak paling rugi dan ia berlaku pada waktu mereka sepatutnya menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada peminat sempena 35 tahun penubuhan kumpulan berkenaan.

"Saya sedang meneliti aspek perundangan yang boleh diambil terhadap penaja berkenaan,"

"Isunya ialah tindakan pihak penaja memberi kenyataan mengelirukan sehingga menjejas nama baik Search.

"Mereka juga gagal menjalankan tanggungjawab sebagai penaja seperti terkandung dalam MoU,"


Vokalis Search, Amy, berkata pihaknya berasa tawar hati dengan sikap tidak profesional ditunjuk Ketua Pegawai Eksekutif Afjets Amrul Nizar Anuar dalam pertikaian dengan Yazid.


Ini komen Amy Search:

"Kami sebulat suara mengambil keputusan menarik diri daripada kerjasama itu dengan perasaan kecewa.

"Kolaborasi ini dipandang lebih memudaratkan nama baik Search dan (dibuat selepas) mengambil kira implikasi buruk yang timbul,"



Sumber: MalaysiaKini

Kenyataan Anzalna Belum Sedia Bertudung Dikecam Orang Ramai

Kenyataan Anzalna Belum Sedia Bertudung Dikecam Orang Ramai


Anzalna kini menceburi bidang perniagaan tudung yang diberi nama Anzel Scarf. Namun Anzalna kini masih lagi belum berhijab sepenuhnya.

Pelakon ini menyatakan dia akan memakai tudung apabila sudah bersedia nanti.

Ini komennya:

“Saya memang ada hasrat nak bertudung, bila memasuki perniagaan hijab ini perasaan itu semakin kuat. Tapi kalau boleh saya tidak mahu terpaksa untuk berubah, dan kalau boleh jika sudah pakai tudung tidak mahu buka lagi. Insya-Allah masanya akan tiba, namun saya tidak mahu menetapkan sasaran bila untuk berubah,”

Namun ternyata kenyataan Anzalna ini telah dikritik oleh orang ramai. Ini antara komen balas dari orang ramai kepada Anzalna

Jom Baca:






Fiza Elite Dedah Identiti Teman Lelakinya

 Akhirnya Fiza Elite Dedah Identiti Teman Lelakinya


Penyanyi dan pelakon Fiza Elite atau Fiza Halim kini telah tampil memberi kenyataan ekoran gosip terbaru yang melanda dirinya.

Dikatakan dia kini hendak kahwin baru setelah bercerai dengan penyanyi Adam AF.

Namun Fiza telah menafikannya namun akui kini sedang dilamun cinta. Akhirnya kini dia lebih terbuka untuk bercerita tentang kekasihnya

Ini komennya:

Saya tak nafikan, gambar lelaki dengan muka ‘bertutup’ tu, memang dialah orangnya. Dia teman lelaki saya sekarang.  Dia pilot, umur pun memang muda berbanding saya.

Dia baru 30 tahun, saya sudah hendak mahu 35 tahun. Kadang-kadang rasa juga yang saya ni sudah tua berbanding dia. Tetapi, apa boleh buat, bila hati sudah suka.

Salahkah kalau saya mahu memulakan hubungan yang baharu? Kami mula kenal selepas saya habis idah pada Disember lalu. Saya dan Adam bercerai pada September, taklah baru pun.

Salahkah saya untuk punya seorang lelaki dalam hidup, setelah apa yang berlaku sebelum ini? Sebagai manusia biasa, semua orang perlukan kasih sayang dan perhatian. Saya pun macam itu juga. Jangan hendak pandang buruk sebab semua manusia sama saja.


Semoga Fiza Elite berbahagia selalu.

Gambar Terkini Fazura Tanpa Solekan

Gambar Terkini Fazura Tanpa Solekan


Fazura merupakan pelakon popular di Malaysia. Antara filem lakonannya ialah Gol & Gincu, Pisau Cukur, Manisnya Cinta Di Cappadoccia dan banyak lagi.

Selain itu, Fazura juga ada rancangan realiti tv sendiri yang berjudul Facing Up To Fazura yang kini dah masuk ke musim kedua.

yang bestnya, Fazura juga kini dah cebri bidang nyanyian dan lagu yang betul betul naik ialah lagu Hancur Aku - Estranged feat fazura.

Fazura sememangnya seorang yang cantik dan dengan solekan minima atau tanpa solekan ternyata dia kelihatan amat jelita.

Jom lihat wajahnya tanpa solekan