Amy Search Terpaksa Dedah Kisahnya Dengan Yazit


Amy Search Terpaksa Dedah Kisahnya Dengan Yazit


Ini satu pendedahan terbaru dari Amy Search tentang kisah Yazit dan terpaksa mendedahakan perkara ini kepada umum.

Amy ternyata mempunyai perselisihan dengan Yazit dari peringkat awal kemasukkannya di dalam kumpulan Search.

Kenapa Abaikan Yazit

“Saya ada jutaan ringgit. Ini apa kes? Saya kawan dia, tak akan nak buat dia begitu?

“Jangan cakap kami penipu, tidak pedulikan dia. Dia bukan hidup sebatang kara nak cakap begitu. Dia ada anak-anak yang sudah besar. Ada adik-beradik.

“Cakap macam tidak ada sesiapa, macam kawan-kawan saja yang ada,”

Kenapa Tak Lawat Yazit Di Hospital

“Saya ada gambar dengan dia di hospital. Saya tidak pernah keluarkan gambar itu kerana saya tidak mahu orang ramai tengok kawan saya dalam keadaan sakit.

“Isteri dia sakit kena batu karang di hospital, isteri saya dan mentua pergi melawat di hospital. Untuk elak bil RM20,000, dia dibawa dari Kuala Lumpur ke Melaka jam dua pagi,” 

Konsert Kebajikan buat Yazit

“Kenapa saya nak buat konsert kebajikan untuk dia? Setiap konsert dia dapat duit.

“Masa konsert di Istana Budaya empat malam, dia main empat lagu, dia di atas pentas setengah jam, saya dua jam setengah, saya nyanyi macam hendak mati.

“Dia dapat RM42,000 dengan duit T shirt RM7,000. Tidakkah dia kena bersyukur? Terima kasih kepada kawan. Kawan yang cari rezeki,” 

Yazit Memang Tak Suka Amy

“Dia tidak pernah setuju bila Hillary Ang hendak bawa saya masuk Search sejak hari pertama. Sejak itu saya tahu dia tidak suka saya.

“Selama perjuangan saya lapan tahun saman Sony, turun naik mahkamah, dia tidak pernah di situ. Dia sibuk mengata saya di belakang.

“Kita sudah 35 tahun. Umur saya sudah dekat 58. Kita tidak sepatutnya cakap begini.

“Kalau saya tidak sihat hari ini, katakanlah saya di hospital, dia dapat apa?” 

Sumber: themalaymailonline

0 comments:

Post a Comment