Syanie Akhirnya Akui Dah Bercerai
Pelakon Syanie akhirnya mengesahkan telah ebrcerai dengan bekas suami, Nadi Putera dalam satu leporan dari Sinar Harian.
Jelasnya, dia mengambil sikap berdiam diri mengenai kisah perceraian atas dasar hormat kepada bekas ibu mertua yang meminta agar kisah perkahwinannya tidak dihebohkan walaupun selama ini ramai pihak menuding jari menyalahkan dirinya.
Katanya, hubungannya dengan keluarga bekas mertua masih baik dan sehingga kini mereka masih berhubung.
Ini komennya:
"Punca sebenar perceraian biarlah kami sahaja yang tahu. Cukuplah sekadar saya beritahu kami berpisah kerana sikap dia yang tidak menghargai saya sebagai isteri. Tahap kesabaran ada batasnya,"
"Apabila sampai satu masa saya sudah tidak dapat menahan sabar lagi, maka inilah sahaja keputusan dan jalan terbaik untuk kami,"
“Sebab itulah saya mengambil keputusan berdiam diri, namun lain pula ceritanya apabila bekas suami bertindak membuka akaun Facebook baru dengan status ‘single’, yang menyebabkan ramai pihak mula mencanang kisah rumahtangga kami.
“Saya tak kisah pun, tapi kalau dia sendiri tak tahu nak jaga maruah diri, buat apa saya berdiam lagi, sebab itulah sekarang ini saya bersuara dan memberi penjelasan,"
Syanie, 42 tahun berkahwin dengan Nadi Putera, 30 tahun pada 2014 di Langkawi, Kedah.
0 comments:
Post a Comment