Merokok Dan Ke Kelab Malam Adalah Hak Peribadi – Dayana Roza
Pelakon Dayana Roza telah terpalit kontroversi apabila telah didakwa datang ke kelab malam dan turut dilihat merokok.
Melalui satu laporan Rotikaya, Dayana telah tampil membuat kenyataan.
Ini komennya:
“Mengenai perkara itu, lebih baik saya mendiamkan diri daripada terus memanjangkan isu tersebut kerana bimbang akan menjejaskan kerja. Bagi saya, perkara tersebut adalah hak peribadi, sementelah ia berlaku di luar waktu bekerja”
“Saya berasa terkejut apabila diberitahu perihal itu. Namun, biarpun terkejut saya tidak ingin membesarkan cerita dan biarlah perkara tersebut berlalu begitu sahaja dan fokus kepada kerja”
“Saya memahami kerana masyarakat akan mengambil tahu tentang apa yang dilakukan oleh seseorang artis itu biarpun baik mahupun buruk. Maksud saya mengenai hak peribadi itu adalah apabila sesetengah perkara saya boleh kongsikan dengan peminat. Bagaimanapun, selebihnya dijadikan hak privasi terutama berkaitan soal cinta mahupun perkara peribadi,”
Sumber: Rotikaya
0 comments:
Post a Comment