Awie Wings Tegur Amy Search


Awie Wings Tegur Amy Search


Awie dari kumpulan Wings telah menasihati Amy Search setelah kisah mengenai pergaduhan dengan Yazit menjadi tumpuan umum.

Bagi Awie, Amy perlu memberi lebih perhatian kepada rakan sekumpulannya Yazit Ahmad yang sakit bertahun-tahun.

Awie berkata tidak wajar Amy Search mengabaikan Yazit, pemain dram kumpulan Search.

Ini komen Awie:

“Kalau saya dalam kumpulan itu, saya akan korbankan sedikit masa untuk menolong. Ini saham akhirat kita. Fikir dekat situ saja.

“Tidak guna kita cerita pasal tahfiz dan jubah tetapi soal akhirat dibuat main macam ini,” 

“Mereka perlu ambil iktibar dan muhasabah diri kerana sahabat saya (Yazit) sakit, jadi tolak ke tepi soal ego,” 

“Kita perlu tolong kerana ini membawa kepada saham akhirat. Kalau kawan kita yang sedang sakit ini, kita nak kenakan dia lagi, ini bukan kawan.

“Tidak kira siapa salah sekarang ini. Yazit sakit, bila dia sakit, dia perlukan wang. Mata pencariannya hanya bermain muzik,”

Sumber: MMO


0 comments:

Post a Comment