Hafidz Roshdi Akhirnya Tampil Beri Kenyataan


Hafidz Roshdi Akhirnya Tampil Beri Kenyataan


Pelakon baru Hafidz Roshdi akhirnya tampil memebri kenyataan ekoran kisah perkahwinan dan juga isterinya menjadi viral baru-baru ini.

Pelakon utama drama Tundukkan Playboy Itu berkahwin minggu lalu pada usia yang muda iiatu 22 tahun. Tahniah diucapkan.

Hafidz Roshdi telah memuatnaik gambar isterinya menerusi laman Instagramnya yang memaklumkan dirinya kini sah bergelar suami kepada Nurul Shuhada yang juga berumur 22 tahun.

Menurut Hafidz, dia memilih Nurul sebagai isterinya kerana wanita itu dirasakan sempurna di matanya, memahami dan sentiasa ada ketika susah mahupun senang.


Hafidz mula berkenalan dengan isterinya semasa sama-sama menuntut di Malaysia Science University di Shah Alam, Selangor.

Namun gambar isterinya di IG itu ada yang memberi komen negatif kononnya tak sesuai dan tak sepadan dengan Hafidz. (BACA SINI).


Ini komennya:

PENYOKONG KUAT SEBELUM JADI ARTIS

“Sebelum menceburi bidang ini, dia sentiasa menyokong apa yang saya lakukan. Sehingga sekarang dia antara individu yang setia berada di belakang saya.

“Tidak kira dalam apa keadaan sekalipun sama ada ketika ketika bersedih, susah atau pun senang, dia pasti ada. Itu yang membuatkan saya yakin untuk terus bersamanya,” 

NAZAR UNTUK KAHWIN JIKA BERJAYA

“Perancangan untuk berkahwin ini adalah nazar saya kepada keluarga. Saya pernah memberitahu mereka, jika saya berjaya dalam bidang diceburi dan mendapatkan apa yang diingini, saya mahu berkahwin.

“Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan rezeki berpihak kepada saya. Selepas berbincang dengan keluarga, mereka tidak menghalang malah menyokong niat baik ini,” 

SUNGGUH-SUNGGUH CINTA SYUHADAH

“Saya jenis kalau bercinta memang bersungguh-sungguh. Kalau nak tahu, saya pernah jatuh sakit disebabkan putus cinta.

“Sejak itu, ayah selalu berpesan jika bercinta semula biarlah disertakan dengan niat yang betul iaitu bercinta kerana Allah. Pada masa sama, niat untuk dijadikan isteri dan bukannya sekadar suka-suka,” 

Tahniah kepada Hafidz Roshdi, ini memang cinta sejati. Memang hebat cintanya kepada si isteri. Semoga berbahagia selalu.

0 comments:

Post a Comment