Pemain Gitar Search, Nasir Beri Kenyataan


Pemain Gitar Search, Nasir Beri Kenyataan


Pemain gitar kumpulan rock Search, Nasir Daud menganggap Yazit tidak berfikir dengan waras ketika melakukan dakwaan tersebut.

Sebagai kawan paling baik dengan Yazit, Nasir akui sendirinya amat terkilan kerana tindakan Yazit itu berniat menghancurkan kumpulan yang mereka bina bersama sejak 35 tahun lalu.


Dedah Nasir lagi, setiap konsert yang dijayakan akan dibahagikan sama rata dan 20 peratus bahagiannya pada setiap konsert akan dibayar kepada pemuzik yang menjadi pengganti dia sebagai drummer.


Ini komen Nasir:

"Saya adalah kawan baik dia sebelum kami tubuhkan Search lagi dan saya sungguh tidak sangka sikap dia makin menjadi-jadi sehingga sanggup menuduh kami yang bukan-bukan.

"Saya orang yang hantar duit-duit bayaran kepada dia dan bagaimana boleh dia tuduh kami lupakan dia?" soalnya.

"Saya tidak tahu apa yang dia mahukan lagi, mungkin dia mahu musnahkan kumpulan yang kita bina bersama. Contohnya konsert di Istana Budaya dahulu kami beri pada dia RM47,000 walaupun dia hanya main empat lagu sahaja.

"Patut dia bersyukur kami yang sihat ini masih bekerja dan rezeki yang kami dapat kami kongsi bersama," 

Untuk pengetahuan selain Yazit, kumpulan legenda rock Search dianggotai oleh Amy, Nasir, Nordin dan juga Kit.

0 comments:

Post a Comment