(Terkejut) Ini Respon Adam AF Apabila Bekas isteri, Fiza Elite Bakal Berkahwin


(Terkejut) Ini Respon Adam AF Apabila Bekas isteri, Fiza Elite Bakal Berkahwin


Penyanyi Adam AF merupakan bekas suami kepada Fiza Elite dan mereka berdua mencuri tumpuan apabila pernah bercerai dan merujuk semula namun bercerai sekali lagi.


Menerusi beberapa keping gambar di laman instagram, Fiza menunjukkan seperti sedang mengenali hati budi seseorang dan ada yang mengatakan mungkin Fiza akan berkahwin sekali lagi dengan lelaki lain.

Adam ternyata terkejut dengan perkara tersebut.


TERKEJUT

“Saya terkejut sebab tidak tahu mengenainya tetapi gembira dengan berita tersebut. Kalau dia sudah berjumpa dengan jodohnya, alhamdulillah. Sebab semua jodoh di tangan Allah. Allah yang tentukan. Dia juga sudah berusaha ke arah itu,” 

TENTANG BAKAL SUAMI FIZA

“Pada saya, ia sesuatu yang sensitif untuk dikomen. Saya tidak mahu komen kerana kita tidak tahu situasi sebenar. Cuma sebagai kawan dan bekas suami, saya doakan yang terbaik untuk dia. Saya memang berharap dia dapat seseorang yang boleh menjaganya dengan baik,” 

REDHA

“Dia wanita pertama dalam hidup saya, jadi ada memori indah yang sukar untuk dilupakan tetapi saya reda dengan apa yang terjadi,” 

Sumber: Kosmo!


0 comments:

Post a Comment