Lara Alana Cipta Rekod
Anak kepada pasangan popular, Awal Ashaari dan Scha Alyahya iaitu Lara Alana telah mencipta rekod yang tersendiri.
Selain bayi pertama di Malaysia yang berjaya mengumpul pengikut 1.7 juta di laman sosial Instagram miliknya, Lara Alana juga dinobatkan sebagai Personaliti Media Sosial Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-29 (ABPBH29) baru-baru ini.
Populariti bayi ini bakal diteruskan menerusi program realiti pertama Lara yang bakal menemui penonton pada Ogos ini di saluran Astro Ria menerusi program 13 episod.
Ia sekali gus menjadikan Lara sebagai kanak-kanak pertama di Malaysia yang mempunyai program realiti. Rekod yang amat hebat!
Scha Alyahya memberitahu tawaran daripada Astro diterima sejak Januari lalu, mengambil masa bagi menyatakan persetujuan.
Ini komen Scha:
“Working title program ini adalah Lara Alana Show. Ia 100 peratus memaparkan kehidupan harian Lara. Selain itu, saya dan suami akan berkongsi bagaimana membesarkannya.
“Kami juga menyelitkan beberapa panduan dan informasi berguna untuk ibu bapa berkenaan penjagaan anak. Pendek kata, program ini bukan sekadar hiburan,”
“Saya sedar Lara ada peminat dan penggemar tersendiri. Ia boleh dilihat di laman Instagram miliknya. Jadi, dengan adanya program ini nanti peminat Lara yang tidak ada akaun Instagram boleh menyaksikannya di kaca TV.
“Banyak perkara yang akan dikongsi. Kiranya, tidak perlu lagi nak bergaduh sesama sendiri di ruangan komen,”
“Sebelum saya dan suami berkahwin, Astro ada menerbitkan program realiti mengenai hubungan kami sehinggalah bergelar suami isteri. Malah, ketika bersalin pun mereka ada buat program Pureen Cak Cak Schawal.
“Kini, apabila Lara hampir mencecah usia dua tahun, dia pula ada program realiti sendiri. Kiranya, dia meneruskan apa yang pernah diberikan kepada kami sebelum ini,”
“Program ini memaparkan aktiviti seharian Lara seperti ke sekolah, bermain dan bercuti. Kami juga sekali lagi akan ke Jepun bagi meninjau tadika terbesar di sana.
“Memandangkan dia masih kecil, jadi ia mengambil sedikit masa. Penggambaran bergantung kepada ‘mood’ Lara,”
Tahniah Lara Alana, memang hebat.
She too cute
ReplyDeletesbb anak artis je famous . cuba budak2 yg kat tepi jalan tu ada korang kira rekod dia kutip sampahh . pala butoh
ReplyDeleteWarisi hidung mak ayah...
ReplyDeleteWarisi hidung nak ayah
ReplyDeleteWarisi hidung mak ayah...
ReplyDelete