TAKZIAH: Jue Aziz Disahkan Keguguran
Pelakon Jue Aziz akui telah menerima berita yang menyedihkan apabila mengalami keguguran ketika usia kandungan yang masih baru.
Jue mula menyedari keguguran tersebut selepas diberitahu oleh seorang tukang urut yang bertanya tentang kandungannya.
Ini komen Jue:
"Saya keguguran tiga bulan lalu dan perkara itu disedari oleh orang yang mengurut saya kerana dia bertanya sama ada saya pernah keguguran atau tidak.
"Saya akui ada berlaku pendarahan dan saya sangkakan ia hanya ketulan darah haid sahaja dan tidak pun ke klinik namun ia adalah keguguran awal kandungannya,"
"Sudah tentu saya rasa sangat sedih bila dapat tahu saya sudah keguguran tapi nak buat macam mana terpaksa reda kerana ia adalah ujian daripada Allah.
"Saya akan terus berusaha untuk itu dan saya harap dapat mengandung sekali lagi dalam masa terdekat. Saya juga elakkan diri daripada rasa tertekan dan terlalu aktif,"
Untuk pengetahuan, Jue telah berkahwin dengan pemuzik Indonesia bernama Bayu pada tahun 2014 dan mengambil seorang anak angkat iaitu Dawrish Naufal yang kini berusia 4 tahun.
Sumber: mStar
0 comments:
Post a Comment