Reaksi Balas Mira Filzah Tentang Surat PU Rahmat


Reaksi Balas Mira Filzah Tentang Surat PU Rahmat


Telah menjadi viral satu nukilan dari Pencetus Ummah Rahmat yang mengirim surat dan telah menggunakan nama Mira Filzah.

Baca surat buat Mira Filzah dari PU Rahmat DI SINI.

Ini pula reaksi dari Mira Filzah atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman. Baginya itu bukanlah surat cinta untuk memikatnya.

Jom baca komen Mira Filzah:

“Sebenarnya surat terbuka PU Rahmat itu tidak dihantar kepada saya secara langsung. Saya mendapat tahu apabila surat terbuka itu mula tersebar luas di laman sosial.

“Saya rasa itu bukanlah cara luahan cinta PU Rahmat kepada saya. Sebenarnya tujuan PU Rahmat adalah untuk mewar-warkan ataupun mengajak orang ramai bagi membantu kebajikan di Syria, tapi cara dia menggunakan nama saya mungkin dengan cara itu orang akan lebih tertarik untun baca dan share. 

Bukan tujuan untuk memikat, surat itu adalah bertujuan untuk sama-sama membantu ke arah kebajikan.

“Perasaan saya sebenarnya bila baca balik, surat itu lebih kepada mengajak orang ramai untuk membuat kebajikan di negara Syria. 

Jika saya diberikan peluang dan kesempatan untuk terlibat sama seperti yang dinyatakan dalam surat berkenaan, saya memang mahu. Tapi saya masih di bawah tanggungjajwab ibu dan bapa, masih lagi muda, tambah lagi saya ini perempuan. Jadi pergerakkan agak terbatas. 

Apa yang saya boleh lakukan sekarang ini antaranya seperti menderma dan buat kebajikan lain di sini,” 

Sumber; Media Hiburan


0 comments:

Post a Comment