Siti Nordiana Luah Rasa Terkilan Tentang Anaknya

Siti Nordiana Luah Rasa Terkilan Tentang Anaknya


Siti Nordiana meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat meluangkan masa bersama dengan anak yang tercinta.

Ini ekoran jadual kerjayanya yang terlalu padat setelah namanya meningkat naik melalui rancangan realiti Gegar Vaganza.

Tambahan pula drama terbaru lakonan setelah sekian lama mendapat sambutan yang amat baik dari para penonton.

Ini komennya:

“Alhamdulillah drama bersiri Dia Semanis Honey lakonan bersama Alif Satar mendapat sambutan memberangsangkan sekali gus membuatkan tawaran lain melimpah datang. Namun saya kasihan melihat Rayyan kerana masa bersamanya semakin terhad”

“Kadang kala dia sudah tidur menunggu saya pulang dari penggambaran. Selain itu, saya juga perlu memberikan tumpuan kepada bidang nyanyian. Jadual kerja padat adalah rezeki tetapi saya harus menyeimbangkan masa demi anak tercinta”

“Oleh itu, saya memilih watak bagi memastikan kebajikan Rayyan tidak terabai. Lagipun, anak lelaki saya sedang meningkat dewasa dan memerlukan perhatian,”


Nana pernah menyatakan bahawa dia teringin untuk mempunyai teman bergelar suami setelah laman bergelar ibu tunggal.

Sumber: BH

0 comments:

Post a Comment