Bila Bergaduh Dan Suami Sedang Marah, Ini Yang Dato' Siti Nurhaliza Lakukan

Bila Bergaduh Dan Suami Sedang Marah, Ini Yang Dato' Siti Nurhaliza Lakukan



Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza kini dah berkahwin selama 10 tahun dengan Datuk Seri Khalid.

Baru-baru ini Datuk Siti kongsikan petua dan rahsia rumah tangganya.

Dalam rumah tangga, pasti adanya sedikit salah faham dan bagi Siti ketika inilah suami atau isteri hendaklah bertolak-ansur.

Kata Siti, dia dan suami akan selesaikan masalah secepat mungkin sebelum tidur.

Ini komen Siti Nurhaliza:

“Mungkin sebab cara kita orang, Allah hadirkan pasangan itu ada panas dan sejuk, bila suami marah saya pula kenalah berlembut dan tunggu masa yang sesuai. Jadi taklah dia meletup.

“Suami saya ini jenis yang tidak suka berpanjangan. Oleh itu kami akan selesaikan secepat mungkin sebelum tidur,”


Sementara itu, Siti Nurhaliza akui dia memang jenis yang jarang marah orang. Tetapi jika dia marah, makna iainya memang hal yang besar atau serius.

Ini komennya:

“Saya tak suka marah orang cuma tegas sahaja dan mestilah bersebab. Kalau saya marah maknanya saya serius, takkanlah nak marah tanpa sebab dan kerana hal kecil sahaja,” 


Tahniah kepada Siti dan Dato K kerana telah 10 tahun berkahwin. Semoga bahagia selalu.

Beri Harapan Palsu: Ini Komen Neelofa Tentang Hubungannya Dengan Fattah Amin

Beri Harapan Palsu: Ini Komen Neelofa Tentang Hubungannya Dengan Fattah Amin




Hubungan Neelofa dan Fattah Amin semakin hangat diperkatakan apabila dilihat bersama di dalam rancangan MeleTop.

Malah ramai mula mengatakan adakah mereka sudah berbaik semula setelah mengharungi pelbagai kontroversi sebelum ini.

Neelofa juga bakal berganding dengan Fattah Amin di dalam satu drama terbaru beberapa bulan lagi.

Dikatakan mereka hanya berganding di drama dan hanya memberi harapan palsu kepada peminat yang mengharapkan hubungan mereka lebih dari itu.

Ramai peminat mahu mereka berdua bersatu sebagai pasangan kekasih yang berakhir di jinjang pelamin.

Ini komen Neelofa:

"Disebabkan tawaran itu sudah lama dapat, saya kurang pasti sekiranya ada perubahan nanti,"

"Kami hanya menjalankan tugas sebagai pelakon. Saya tidak boleh mengawal andaian, impian serta angan-angan peminat yang mahukan kami ke jenjang pelamin kerana itu semua diciptakan mereka,"

"Hubungan saya dengan Fattah sekadar rakan sahaja dan saya hanya berjumpa dengan dia di acara yang memerlukan kami hadir bersama.

"Fattah seorang yang sangat berterus-terang mengenai perasaannya dan tidak adil apabila ada pihak menghukumnya,"


Tentang pergaduhan mereka ini jawapan Neelofa:

"Sebenarnya Fattah tersilap dengar soalan yang ditanyakan pihak media dan dia sudah meminta maaf kepada saya,"

Gambar Terkini Mengejutkan Akibat Terkena Sihir, Ini Komen Saharul Ridzwan

Gambar Terkini Mengejutkan Akibat Terkena Sihir, Ini Komen Saharul Ridzwan


Pelakon Saharul Ridzwan kini sedang bahagia bersama isterinya yang cantik jelita, Deena Amir.

Pasangan ini juga sedang menanti cahaya mata apabila isterinya disahkan hamil dan kini sudah masuk 5 bulan.

Isterinya ada juga mengidam, ini komen Saharul:

“Isteri ada juga alahan apabila dia minta lepok durian. Saya pula nak makan ikan patin,” 

Sementara itu, yang terbaru, gambar Saharul Ridzwan yang kelihatan amat kurus telah mengejutkan ramai terutama para peminat.

Ini sehinggakan ada ura-ura mengatakan dia terkena sihir buatan orang yang dengki sehingga jadi kurus.

Malah Saharul ada juga memuatnaik status tentang sihir.

Ini statusnya:



Apabila ditanya adakah dia terkena buatan orang sampai kurus? Ini jawapannya:

"Tak adalah benda-benda macam itu minta dijauhkan, kadang-kadang bila selalu sangat bercakap itu akan jadi satu doa."

"Jadi bagi saya apa yang terjadi adalah dugaan Allah dan maknanya kita perlu dekatkan diri pada Allah"

"Saya ada diet sikit dari 85kg ke 77kg dan sebab kurang rehat,"


Saharul Ridzwan menafikan dia terkena sihir dan harap perkara itu dijauhkan darinya.


Baru Beberapa Hari Kahwin, Mia Ahmad Beri Komen Yang Buat Ramai Tepuk Dahi

Baru Beberapa Hari Kahwin, Mia Ahmad Beri Komen Yang Buat Ramai Tepuk Dahi


Pelakon Mia Ahmad baru berkahwin dengan pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi Roslan pada 13 Januari lalu.

Kini Mia Ahmad mengikut suaminya untuk tinggal di Johor.

Pelakon Hati Perempuan ini akui sedang berusaha menyesuaikan diri sebagai isteri kepada Izham.

Yang kelakarnya, dia akui terlupa sudah berkahwin malah ada perasaan takut-takut untuk berpegangan tangan dengan suaminya.

Ramai yang tepuk dahi mendengar Mia boleh terlupa dan takut takut jadi isteri Izham haha.

Ini kenyataannya, jom baca:

LUPA DAH KAHWIN

“Sampai sekarang saya masih tidak percaya sudah berkahwin. Itu yang kadang-kadang saya tersilap membahasakan dia (Izham) adalah bakal suami dengan peminat di Instagram, sedangkan sudah menjadi suami.

“Paling lucu, bila keluar dengan dia di tempat umum saya masih takut-takut untuk pegang tangan dia, bahkan apabila masuk ke dalam rumah berdua juga perasaan takut itu tiba-tiba datang menerpa,” ujarnya sambil ketawa manja.

RINDU KELUARGA, KAWAN

“Sebelum ini bukan tidak biasa berjauhan dengan keluarga, cuma bila sudah menjadi isteri orang, perasaan rindu terhadap keluarga dan kawan-kawan itu tiba-tiba datang. Lagi-lagi kalau Izham sibuk berlatih sementara saya seorang diri di rumah.

“Ada juga berkawan dengan isteri kawan Izham di Johor, cuma saya tidak mahu sentiasa menganggunya. Jadi, saya cuba sibuk-sibukkan diri mengemas rumah sementara masih bercuti dalam bidang lakonan,”

MASAK KEPADA SUAMI

“Sebelum berkahwin, apabila lihat dia ambil lauk penuh satu pinggan di kedai makan, hati saya mula mendesis dia jenis suka makanan yang mewah dengan lauk. Sedangkan saya hanya boleh masak menu-menu mudah. Mujur dia okey dengan hidangan saya selepas berkahwin,” 

Semoga Mia Ahmad dan Izham Tarmizi bahagia selalu.

Isu Tuntut Cerai, Hanez Suraya Muatnaik Gambar Cium Suami, Tampil Beri Komen Balas

Isu Tuntut Cerai, Hanez Suraya Muatnaik Gambar Cium Suami, Tampil Beri Komen Balas


Pelakon Hanez Suraya sekali lagi mencuri perhatian ramai tentang perkahwinannya.

Dikatakan dia telah menuntut cerai dari suami iaitu Romie Razin.

Apabila ditanya oleh orang ramai dan juga pihak media, dia hanya mengambil sikap berdiam diri.

Hari ini Hanez Suraya membuat komen tentang hal ini.

Jom baca:

Assalammualaikum.. 

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kpd semua pihak sekiranya saya mengambil langkah utk berdiam.. 

Bukan berdiam bermaksud saya mengiyakan atau menafikan cuma mengambil masa utk mencari ruang utk tenang..

Tiada apa yg saya ingin jelaskan di atas apa yg terjadi.. Sememangnya kami hanya manusia biasa yg tidak lari dr melakukan kesilapan.. 


Cuma apa yg penting antara saya dan suami saya kami masih bahagia bersama dan tidak ada apa2 yg berlaku..

Alhamdulillah rumahtangga kami masih kekal..

Apa yg terjadi biarlah kami berdua selesaikan dan tidak perlu ada spekulasi2 yg menjadi tokok tambah dr pihak2 tertentu..

Syukur Alhamdulillah suami saya sentiasa tenang di atas apa yg berlaku ini..

Terima Kasih di atas sokongan2 kuat dr pihak keluarga, rakan2 rapat, media dan fans di luar sana yg sentiasa memberi semangat dan mendoakan yg baik2 utk kami..

Doakan yang baik-baik sahaja..


Hanez Suraya juga memuatnaik gambar dirinya bersama suami.



Aiman Tino Terima Mesej Peribadi Melampau Dari Gadis-Gadis

Aiman Tino Terima Mesej Melampau, Dikejar Gadis-Gadis



Aiman Tino yang kini berumur 18 tahun merupakan penyanyi baru yang sedang meningkat naik.

Setelah popular, dia mengakui hampir setiap minit menerima mesej daripada peminat di laman sosial Instagram, terutamanya di kalangan gadis.

Kerana terlalu banyak mesej, Aiman memberitahu beliau cuba melayan peminatnya sedaya mungkin.

Ada juga di kalangan pengikut beliau yang meminta nombor telefon peribadinya.

Ditanya apakah dirinya turut menerima mesej berbaur lamaran daripada peminat, Aiman memintas dengan menyatakan belum masanya beliau memikirkan soal berkenaan.

Ini komen Aiman Tino:


MESEJ MELAMPAU

"Kalau mereka bertanyakan soalan yang dilihat 'berlebihan', memang saya takkan membalasnya, malah saya abaikan saja mesej sebegitu. 


"Namun, jika ada mesej patut saya balas, termasuk yang bertanyakan mengenai perkembangan atau aktiviti seni, saya akan berbuat demikian,"

SOAL CINTA, GADIS 'MELAMAR'

 "Jauh lagi perjalanan saya sebelum memikirkan untuk bercinta atau berkahwin. Jadi, saya memang tidak pernah terfikir atau terlalu mengambil pusing soalan sebegitu,"


TENTANG AJL31

"Pada usia semuda ini, masih jauh lagi perjalanan saya. Saya anggap diri cukup bertuah dapat sama-sama bersaing di pentas AJL31 ini. Saya juga berharap bakat baharu seperti saya akan terus mewarnai persada seni, termasuk di AJL,"



Semoga Aiman sentiasa maju jaya.

"Kena Kurus, Badan Cantik...Aeril Setiap Hari Jumpa Wanita Cantik, Takutlah" - Wawa Zainal

"Kena Kurus, Badan Cantik...Aeril Setiap Hari Jumpa Wanita Cantik, Takutlah" - Wawa Zainal


Pelakon jelita Wawa Zainal mengatakan dia akan menjaga badannya kerana suaminya sering berjumpa dengan wanita cantik.

Dia mahu sentiasa kurus dan mempunyai badan yang cantik demi Aeril Zafrel.

Ini komennya:

"Memang saya nak kurus sebab sebagai selebriti kita kena jaga penampilan. Aeril setiap hari jumpa perempuan cantik, takutlah.

"Jadi, saya kena pasang badan untuk kekal cantik. Tapi sebenarnya, saya tidak cemburu pun”

"Mungkin saya kurang tidur sebab terlalu sibuk dengan kerjaya seni dan juga perniagaan. Anak-anak pun semakin lasak, jadi banyak bergerak,” 

Sebelum ini, Aeril Zafrel pernah diganggu wanita yang ingin menjadi isteri kedua.

(TERKINI) Aliff Syukri Menangis, Mohon Maaf Kepada Peniaga Kopiah

(TERKINI) Aliff Syukri Menangis, Mohon Maaf Kepada Peniaga Kopiah



Ekoran isu tuduhan menganiaya dan menfitnah peniaga kopiah, jutawan kosmetik Aliff Syukri terlajak laris tampil membuat kenyataan.

Baca kisah kontroversi itu DISINI. 

Aliff Syukri dilihat menangis sambil memohon maaf secara terbuka kepada semua yang terasa termasuk peniaga kopiah terbabit.

Ini komennya:

Assalamualaikum. Saya mengambil kesempatan ini, untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atas apa yang telah terjadi.

Terutama sekali kepada Saudara penjual Kopiah yang tersinggung dengan kenyataan saya dalam rancangan tersebut.

Saya juga ingin mengucap berbanyak-banyak terima kasih kepada anda semua atas teguran yang membina.


Saya ambil ini sebagai pengajaran untuk diri saya.


Saya juga berharap agar anda semua terus menyokong saya kerjaya saya dan menyokong program ini. Sekali lagi saya ingin memohon maaf pada semua yg terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Yang baik itu datang daripada Allah, dan yang kekurangan itu datang dari diri saya sendiri.

Saya amat hargai sokongan moral anda semua.


Terima kasih. Salam sayang dari #ohabangkosmetik sory saya lambat respon saya tak perasan jadi viral 


Ini videonya:

Difitnah, Kena Aniaya Dengan Dato Aliff Syukri, Peniaga Kopiah Tampil Dedah Perkara Sebenar

Difitnah, Kena Aniaya Dengan Dato Aliff Syukri, Peniaga Kopiah Tampil Dedah Perkara Sebenar


Seorang peniaga kopiah kecewa dengan sikap Aliff Syukri yang dikatakan menfitnah dirinya dan juga menganiayanya.

Aliff Syukri yang tampil menerusi rancangan realiti tentang dirinya, telah membuat prank terhadap peniaga terbabit.

Aliff Syukri berlakon sebagai orang tua peminta sedekah yang kemudian cuba mencuri kopiah dari peniaga terbabit.

Namun, Aliff Syukri menyelar peniaga terbabit kerana kononnya melayannnya dengan buruk.

Ekoran itu peniaga terbabit tampil menjelaskan perkara sebenar.

Katanya, Aliff telah menfitnahnya dengan melemparkan tuduhan yang tidak benar.

Dia sebagai peniaga hanya mempertahankan barangannya dari dicuri. Malah dia ada menderma kopiah dan wang kepada 'pak cik tua' laknan Aliff syukri terbabit.

Ini penjelasannya:



Hanez Suraya Teruk Dikecam Orang Ramai Setelah Fail Perceraian

Hanez Suraya Teruk Dikecam Orang Ramai Setelah Fail Perceraian 


Pelakon Hanez Suraya sekali mencuri perhatian ramai apabila dia menfailkan perceraian dari suaminya Romie.

Baca kisah Hanez failkan percerain DI SINI.

Ekoran kes berkenaan, orang ramai dilihat memberi komen mengkritik dan mengecam tindakan pelakon ini.

Ada yang mengatakan ini semua kifarah dari perbuatannya dulu.

Ini antara komennya:

"Rampas kebahagian orang lain lagi, tak berkat tau.."

"Habis madu sepah dibuang.."

"Kifarah dari perbuatannya.."







Untuk pengetahuan, pasanagn ini berkahwin setelah pelbagai kontroversi melanda mereka ekoran perceraian Romie dengan isteri pertama bernama Liyana Manan.

Ini Punca Sebenar Dato Seri Vida Mengamuk, Bengang Dengan Penganjur AJL31

Ini Punca Sebenar Dato Seri Vida Mengamuk, Bengang Dengan Penganjur AJL31


Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Dato Seri Vida merupakan bekas penaja utama rancangan AJL namun dia tidak menaja AJL pada tahun ini.

Jutawan kosmetik ini meluahkan rasa bengang terhadap pihak penganjur acara terbabit yang tidak menjemput beliau ke AJL.

Malah yang membuat dia bengang dan kecewa adalah alasan yang diberikan iaitu tiket telah habis.

Ini komen Datro Seri Vida:

"Sebagai bekas penaja, saya sepatutnya diberikan ruang untuk turut menghadiri ke AJL31 walaupun bukan sebagai penaja utama. 

"Kehadiran saya juga merupakan salah satu bentuk sokongan kepada industri hiburan tanah air kita"

"Lagipun sebelum ini saya sudah banyak membantu merancakan semula industri dengan menaja pelbagai program hiburan,”

"Sayang.. Setelah 2 tahun taja AJL... ... TAK ADE SEAT UNTUK SAYA....? Sayang rasa macam mana?.."

"Sebesar-besar PWTC tapi tiada seat untuk saya.."

Terkilan dengan tindakan penganjur AJL, DS Vida menyifatkan ianya sebagai tindakan tidak profesional memandangkan beliau merupakan bekas penaja utama acara itu.

Pertandingan nyanyian yang berprestij itu disiarkan secara langsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

SAH !! Akhirnya Pelakon Hanez Suraya Fail Perceraian

SAH !! Akhirnya Pelakon Hanez Suraya Fail Perceraian 


Pelakon jelita Hanez Suraya telah memfailkan perceraian di Mahkamah terhadap suaminya Romie Razin Adilha hari ini.

Menerusi laporan Berita Harian, Hanez bagaimanapun tidak hadir di mahkamah, sebaliknya hanya diwakili peguamnya.

Sebelum ini, berita pergolakan rumah tangga pelakon jelita itu mula bertebaran beberapa bulan lalu namun tiada komen dari pelakon itu.

Pasangan yang berkahwin pada 25 Mac 2015 itu dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya yang kini baru berumur setahun.

Hanez ketika ini masih gagal dihubungi dan tidak membalas pesanan WhatsApp yang dihantar bagi mendapatkan penjelasannya berhubung perkara terbabit.


Nama Di Mahkamah: Hanez Suraya Dan Suami, Romie Bakal Bercerai?

Hanez Suraya, Romie Bakal Bercerai?


Nama pelakon Hanez Suraya dan suami, Romie Razin Adilha didakwa tersenarai dalam kes Mal yang terdapat di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.

Ini sememangnya satu kejutan yang tak disangka-sangka terutama para pemintanya.

Apatah lagi keluarga ini dilihat sentiasa ceria dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka, Putri Aleesya.

Perkara ini mula bertebaran dan jadi bualan di forum Cari, dan menurut laman web Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, kes Mal merangkumi beberapa perkara dalam kekeluargaan Islam termasuklah tentang pembubaran keluarga.

Sebelum ini, Hanez pernah digosipkan mempunyai masalah rumahtanggan namun enggan mengulas dakwaan bahawa rumah tangga mereka bermasalah kepada Harian Metro.

Untuk pengetahuan, Hanez dan suami, Romie diijabkabul pada Mac 2015. perkahwinan mereka menjadi bualan ramai dan penuh kontroversi kerana Hanez dituduh menjadi orang ketiga.

Namun sehingga kini, Hanez masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara berkenaan.

Kita tunggu kenyataan dari Hanez nanti.