Ini Punca Sebenar Dato Seri Vida Mengamuk, Bengang Dengan Penganjur AJL31

Ini Punca Sebenar Dato Seri Vida Mengamuk, Bengang Dengan Penganjur AJL31


Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Dato Seri Vida merupakan bekas penaja utama rancangan AJL namun dia tidak menaja AJL pada tahun ini.

Jutawan kosmetik ini meluahkan rasa bengang terhadap pihak penganjur acara terbabit yang tidak menjemput beliau ke AJL.

Malah yang membuat dia bengang dan kecewa adalah alasan yang diberikan iaitu tiket telah habis.

Ini komen Datro Seri Vida:

"Sebagai bekas penaja, saya sepatutnya diberikan ruang untuk turut menghadiri ke AJL31 walaupun bukan sebagai penaja utama. 

"Kehadiran saya juga merupakan salah satu bentuk sokongan kepada industri hiburan tanah air kita"

"Lagipun sebelum ini saya sudah banyak membantu merancakan semula industri dengan menaja pelbagai program hiburan,”

"Sayang.. Setelah 2 tahun taja AJL... ... TAK ADE SEAT UNTUK SAYA....? Sayang rasa macam mana?.."

"Sebesar-besar PWTC tapi tiada seat untuk saya.."

Terkilan dengan tindakan penganjur AJL, DS Vida menyifatkan ianya sebagai tindakan tidak profesional memandangkan beliau merupakan bekas penaja utama acara itu.

Pertandingan nyanyian yang berprestij itu disiarkan secara langsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

0 comments:

Post a Comment