Kalau Boleh Mahu Kahwin Tahun Ini - Neelofa
Neelofa merupakan artis paling popular tahun lepas.
Selain menjual tudung yang amat laris, Neelofa berjaya sebagai pengacara dan juga pelakon.
Malah lakonannya dengan Fattah Amin menjadi bualan ramai dan fenomena.
Sehingga ada mengatakan Neelofa dan Fattah Amin sedang bercinta.
Kisah mereka seterusnya mejadi buruan media.
Baru-baru ini mereka dikatakan telah 'berpisah' namun secara tiba tiba Fattah Amin hadir di meletop seperti hubungan mereka telah pulih.
Ramai yang tak tahu apa status hubungan mereka sebenarnya.
Yang terbaru apabila ditanya tentang bila nak kahwin, ini jawapan Neelofa
Kalau boleh saya mahu kahwin pada tahun ini atau paling tidak pun setahun dua lagi.
Saya tak mahu bercinta sangat yang penting dapat terus bernikah.
Lelaki yang saya mahukan sudah tentu lelaki yang baik.
Maksud baik di sini adalah lelaki yang mempunyai empat sikap yang saya inginkan iaitu jujur, bertanggungjawab, menghargai dan hormat saya.
Iyalah kalau dapat yang jujur tapi tak hormat orang tak hargai diri you dan tak bertanggujawab tak guna juga.
Jadi, si dia perlu ada semua karakter ini
Itulah komen dari Neelofa.
0 comments:
Post a Comment