Inilah Ganjaran Mewah Kepada Faiz Subri Setelah Menang Anugerah Puskas

Inilah Ganjaran Mewah Kepada Faiz Subri Setelah Menang Anugerah Puskas



Faiz Subri kini telah selamat tibda di tanah air setelah menrangkul anugerah Puskas gol tercantik 2016.

Ramai tertanya-tanya apa yang bakal diterimanya hasil kemenangan tersebut. Sebelum ini TMJ telah memperkenankan sumbangan RM15 Ribu kepada Faiz Subri.

Kini pemain Pulau Pinang ini telah menerima insentif berjumlah RM150,000 sumbangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

KBS menerusi Menterinya, Khairy Jamaluddin menyerahkan cek bernilai RM100,000 manakala FAM mengumumkan pemberian RM50,000 kepada Faiz pada sidang media sempena menyambut ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang Rabu.


Ini komen KJ:

"KBS telah menyerahkan cek bernilai RM100,000 kepada Faiz,"

Pada masa sama, Timbalan Presiden FAM, Datuk Afandi Hamzah turut berkata menerusi perbincangan bersama Exco FAM, badan induk bola sepak negara itu bersetuju memberikan insentif RM50,000 sebagai menghargai sumbangan Faiz dalam mengharumkan nama negara.

Faiz berkata beliau bersyukur dan berterima kasih kepada KBS dan FAM di atas pemberian insentif tersebut.

0 comments:

Post a Comment