Jangan Melampau Nak Paksa Chong Wei, Nicol David

Jangan Melampau Nak Paksa Chong Wei, Nicol David


Orang ramai diharapkan akan menghormati keputusan dua jaguh sukan negara yang bergelar legenda dalam sukan masing-masing.

Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David kini dikatakan mungkin akan memutuskan untuk bersara dalam tempoh terdekat.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata orang ramai harus menghirmati hak mereka untuk bersara.

Apa yang penting, dua sukan berkenaan iaitu badminton dan skuasy perlu mempunyai pengganti setanding Lee Chong Wei dan Nicol David.


Ini komen KJ:

"Saya sendiri berbincang dengan mereka berkenaan masa depan mereka, dan saya sendiri memaklumkan bahawa segala institusi sukan yang ada di negara ini akan menyokong sehingga mereka rasa mereka hendak bersara," 

"Keputusan (bersara) itu hak mereka, jadi kalau Chong Wei rasa Kejohanan Dunia di Glasgow pada (Ogos) tahun ini adalah kejohanan terakhir, kita harus menghormati keputusan beliau,"

KJ berkata Nicol, 33, telah menyatakan kepadanya masih mahu beraksi sekurang-kurangnya lima tahun akan datang dan Chong Wei, 34, turut menyatakan hasrat untuk beraksi sekurang-kurangnya satu tahun lagi.

Sekiranya mereka berdua ingin bersara, biarlah. Jangan melampau nak paksanya terus berjuang, mereka dah cukup berjasa pada negara!!

0 comments:

Post a Comment