Yusry KRU Cerita Keadaan Terkini Lisa Surihani
Yusry Abdul Halim berkongsi cerita dan pengalaman bersama isterinya yang kini sedang hamil anak kedua mereka.
Yusry memberitahu isterinya pelakon jelita Lisa Surihani lebih tenang melalui pengalaman mengandung anak keduanya yang kini sudah pun memasuki 6 bulan.
Pengalaman kehamilan pertama sebelum ini banyak membantu isterinya untuk lebih tenang dan menikmati detik-detik indah sebelum bersalin.
Ini kenyataan Yusry:
"Alhamdulillah kandungan Lisa sudah pun memasuki bulan keenam dan setakat ini semuanya berjalan lancar dan lebih mudah.
"Lisa lebih tenang dengan kandungan kedua ini mungkin kerana sudah ada pengalaman dengan anak pertama sebelum ini,"
"Imbasan jantina sudah pun dibuat tetapi biarlah ia menjadi rahsia terlebih dahulu buat masa ini,"
Lisa dan Yusry berkahwin pada 23 Februari 2012 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan Yahaira Leanne yang lahir pada 15 September 2015.
Pasangan itu dijangka menimang cahaya mata kedua pada April depan.
0 comments:
Post a Comment