"Ada Bincang Hal Kahwin Dengan Adib Tetapi..." Ini Penjelasan Izara Aishah
Pelakon jelita Izara Aishah memberi penjelasan tentang status hubungannya dengan Adib, anak Dato K iaitu suami Siti Nurhaliza.
Izata mengatakan memang dia ada berbincang dengan Adib tentang hal ini.
Namun perbincangan masih belum lagi melibatkan keluarga, masih belum ada tarikh.
Ini komennya:
"Belum ada sebarang tarikh ditetapkan kerana keluarga kami belum berjumpa. Namun, saya dan Adib ada bercakap dan merancang mengenai perkara ini.
"Apabila sampai masanya nanti saya pasti akan maklumkan berita baik ini tetapi buat masa sekarang belum ada kata putus daripada pihak kami," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Izara, dia tidak terkejut dengan berita palsu mengatakan dia bakal menamatkan zaman bujangnya tahun ini.
"Sebenarnya berita ini bukanlah baru untuk saya kerana di awal perkenalan saya dan Adib, orang luar sudah mengharapkan kami mendirikan rumah tangga. Sepanjang tempoh empat tahun bercinta, kami sering diajukan soalan ini.
“Saya akui sedikit 'rimas' tetapi sebagai selebriti saya perlu menjelaskan perkara sebenar,"
Itulah penjelasan Izara Aishah
0 comments:
Post a Comment