Bakal Isteri Beri Warning Awal Kepada Sharnaaz Ahmad

Bakal Isteri Beri Warning Awal Kepada Sharnaaz Ahmad


Bakal isteri, Nabila tidak membenarkan Sharnaaz Ahmad untuk melakonkan babak panas yang boleh menjejaskan rumah tangga mereka yang bakal dibina.

Nabila yang juga merupakan kakak kepada Neelofa berkata, Sharnaaz, patut lebih mengetahui batas-batas yang perlu dijaga sebagai seorang suami.

Ini komen Nabila:

"Jangan cari pasal, saya tidak benarkan kalau dia berlakon babak-babak panas seperti dalam filem Hollywood tu.

"Tapi di Malaysia sekarang ramai sudah pelakon wanita bertudung dan tidak perlu babak panas untuk menimbulkan rasa romantik. 


"Banyak sahaja drama yang mendapat perhatian tanpa melakukan adegan seperti itu.

"Pada saya dia sendiri sudah tahu batas-batas yang perlu dijaga olehnya selepas berkahwin nanti,"


Untuk pengetahuan, Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga pada Julai 2013, namun berpisah pada 2014.

Kakak kepada pelakon Neelofa itu ditemui pada majlis sidang media pengumuman perkahwinannya dengan aktor Sharnaaz Ahmad, di Club Hoiuse, Duta Tropica di sini pada Isnin.

Pasangan itu bakal mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 di kediaman wanita itu di Duta Tropika, di sini pada malam Jumaat.

Manakala majlis resepsi akan berlangsung pada 2 April di Kuala Lumpur dan 16 April di Pulau Pinang.

Sementara itu, Sharnaaz berkata, dia menerima tajaan 90 peratus pada majlis di kampung halamannya yang bakal berlangsung di G Hotel di Gurney Plaza, Pulau Pinang.

Tahniah buat pasangan ini. Semoga semuanya berjalan lancar.

0 comments:

Post a Comment