Ini Respon Balas Aliff Syukri Terhadap Teguran Nik Abduh

Ini Respon Balas Aliff Syukri Terhadap Teguran Nik Abduh



Sebelum ini Nik Abduh ada menegur iklan dari Aliff Syukri yang dikatakan tidak ikut syariat kerana menggunakan wanita tidak menutup aurat.

Nik Abduh telah menegurnya secara terbuka di laman FB dan mendapat perhatian banyak pihak.

Kini Aliff Syukri tampil memberi respon kepada Nik Abduh.

Ramai yang ingat Aliff Syukri akan mohon maaf dan ambil ihktibar.

Aliff Syukri menerima teguran tetapi dia melahirkan rasa terkilannya.

Jom baca:

Saya sedia terima teguran tapi…

Agak terkejut juga saya bila timbul isu berkenaan iklan yang dikeluarkan untuk akhbar Lebih- lebih lagi perkara tersebut ditegur secara terbuka oleh Tuan Nik Mohamad Abduh di laman Facebook beliau. .

Pertama sekali, saya amat berterima kasih di atas teguran yang diberikan kerana teguran tersebut amat berilmiah dan siapalah saya untuk menandingi ilmu agama yang ada pada beliau. 


Saya akui saya memang tidak ada masalah di atas nasihat yang telah diberikan cuma saya agak terkilan apabila mendapat beberapa respon dan persepsi negatif daripada masyarakat umumnya.

Apapun terima kasih atas teguran beliau dan juga semua yang memberi nasihat,Insya Allah mudahan Allah memberkati anda semua di atas nasihat2 yg baik. 


Hadis dari Imam Syafie ada mengatakan "Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi- sembunyi, maka dia benar- benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak, dia sebenarnya sedang menghinamu".

Urusan keberkatan rezeki itu milik Allah dan dengan rezeki dari D'herbs, serba sedikit dapat membantu sesama ummah.


Sumber: IG Aliff Syukri

0 comments:

Post a Comment