Ini Punca Sebenar Mengapa Faiz Subri Berucap Dalam Bahasa Inggeris Dan Tidak Pakai Baju Melayu
Tahniah buat anak Malaysia, Faiz Subri yang mencatat sejarah memenangi anugerah Puskas di Switzerland semalam.
Kejayaan ini sememangnya membanggakan kita semua sebagai rakyat Malaysia.
Gol pemain Pulau Pinang ini kini dinobatkan sebagai gol tercantik pada tahun 2016 di dunia.
Sebelum ini dikatakan Faiz akan menghadiri ke majlis ini dengan memakai baju Melayu dan jika menang dia akan berucap dalam Bahasa Melayu sahaja.
Tetapi semalam Faiz tampil memakai baju formal.
Malah Faiz telah berucap dalam Bahasa Inggeris walaupun pada mulanya kelihatan dia amat gementar.
Ini jawapannya:
1) Mengapa Tak Pakai Baju Melayu?
Faiz Subri tidak memakai baju melayu adalah kerana cuaca di negara berkenaan amat sejuk.Di Switzerland suhu mencecah -5 darjah selsius. Oleh itu baju melayu yang nipis teramatlah sejuk dan tak sesuai.
Ini komennya:
“Keadaan di sini memang sejuk, memang saya akan pakai baju kot bukan pakai baju Melayu, tidak kena (sesuai), terlalu sejuk,”
2) Mengapa Berucap Dalam Bahasa Inggeris?
Ketika menang Faiz tampil di atas pentas dan berucap dalam bahasa Inggeris bukannya dalam bahasa Melayu.Katanya, dia tidak dibenarkan berucap dalam bahasa Melayu di majlis berkenaan.
Ini komennya:
"Di atas pentas cuma bagi masa 30 saat untuk berucap, mereka tak benarkan saya berucap dalam Bahasa Malaysia. Memang saya rasa 'ketaq' (gementar) sebab ini kali pertama saya berucap di pentas besar,"
Apapun tahniah Faiz Subri!!!!
0 comments:
Post a Comment