Nad Zainal Percaya Suami Tak Songlap Duitnya

Nad Zainal Percaya Suami Tak Songlap Duitnya



Nad Zainal telah berkahwin dengan seorang jejaka bernama Faliq dan kini mempunyai seorang anak hasil perkahwinan mereka.

Sebagai suami, Faliq kini juga merupakan pengurus bagi kerjaya lakonan Nad Zainal.

Bagi Nad, ini memudahkannya dan sekaligus membuatkan kerjayanya lebih tersusun malah tidak ada rahsia yang perlu disembunyikan mereka.

Nad juga akui mempercayai suaminya itu seratus peratus tanpa perlu takut dianiaya.

Ini komen Nad:

“Lagipun, Faliq bekerja dalam indsutri yang sama. Kebanyakan penerbit dan produksi yang menghubungi adalah kawan kami. Jadi urusan lebih mudah. Bagi saya, tidak wujud isu tak percaya”

“Sampai di rumah pun kami berbincang urusan kerja. Bagi kami, soal kerja boleh dibincag di mana-mana. Saya tak perlu bimbang soal bayaran yang diminta. Takkanlah suami sendiri nak aniaya saya,”


Selain menyatakan bahawa Faliq merupakan seorang yang jujur, suaminya itu dalam masa turut menasihatkan agar Nad memilih karya yang mahu dilakonkannya dan bukanlah sekadar tangkap muat.

0 comments:

Post a Comment