Makin Panas, Tan Sri Annuar Musa Tampil Beri Respon Balas Dakwaan TMJ


Tan Sri Annuar Musa Tampil Jawab Dakwaan TMJ


Bekas presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa telah tampil memberi kenyataan tentang pendedahan yang dibuat oleh TMJ.


Menerusi bukti oleh TM, Mara dan UniKL dikatakan memberi tajaan kepada pasukan Kelantan TRW.



Ini jawapan dari Tan Sri Annuar Musa tentang hal ini:

"Ia satu penghormatan kepada MARA daripada TRW. UniKL pula sebuah syarikat swasta, ia tidak pernah menaja atau memberi biasiswa kepada pelajarnya. jadi tidak timbul ia menggunakan dana biasiswa.

"Sebagai syarikat swasta ia mempunyai polisi sendiri terutama dalam soal penjenamaan, promosi, pemasaran dan mereka mempunyai bajet khusus untuk itu,"

"Perlukah saya balas hujah-hujah bodoh?"

"Saya berikan fakta ini untuk anda semua termasuk rakan-rakan media. Saya beri fakta ini untuk anda supaya boleh menyemak sumber dan petikan anda.

"Saya tidak berminat untuk melibatkan diri atau terjebak dalam polemik dengan mana-mana individu secara langsung atau tit for tat (balas membalas) kerana biasanya mereka itu kawan-kawan belaka.

"Sebagai kawan kita kenal sesama kita, kalau kawan silap kita tak usah panjang-panjang. Kita maafkan sajalah," katanya sambil menjelaskan beliau sedang memancing di Tasik Kenyir bersama mahasiswa yang mahu memulakan perniagaan.

"Salah seorang dari mereka (mahasiswa) berkata kepada saya, 'pesan pada ikan jangan banyak membuka mulut, kerana ikan yang banyak membuka mulut biasanya mudah terkena pancing'.

"Jadi kawan-kawan media, teruskan membuat catatan dan awas, jangan tersalah pendrive anda. Tolong dapatkan fakta yang betul,"


Itulah kenyataan balas Annuar Musa

0 comments:

Post a Comment