Ini Perubahan Paling Ketara Kepada Shaheizy Sam Setelah Dapat Anak Pertama.. Apa Kes??

Ini Perubahan Ketara Kepada Shaheizy Sam Setelah Dapat Anak Pertama


Shaheizy Sam baru sahaja menimag cahaya mata pertamanya apabila Syatilla melvin selamat melahirkan bayi lelaki.

Selepas menjadi bapa, Sam akui kehidupannya telah berubah.

Menurut Sam, dia kini lebih banyak ingin menghabiskan masa untuk bersama keluarga terutama anaknya selepas habis waktu bekerja.

Dia seperti 'angau' untuk menjumpa dengan anaknya.


Ini komennya:

"Alhamdulillah kehidupan saya kini telah berubah kerana sebelum ini cuma berdua bersama isteri namun sekarang ini kami telah bertiga.

"Tidak dinafikan banyak perkara baru yang saya telah pelajari dan perkara itu membuatkan saya menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.

"Saya juga jadi seperti angau selepas mendapat anak ini kerana bila habis waktu kerja saya akan terus pulang awal untuk melihat anak di rumah.

"Perkara ini juga memotivasikan saya untuk bekerja lebih keras kerana saya ingin memberi kehidupan yang sempurna kepada keluarga pada masa depan,"

"Alhamdulillah bayi saya tidak banyak ragam dan dia akan berjaga pada waktu pagi untuk menyusu namun dia tidak akan menangis dan akan termenung sahaja,"


Tahniah buat Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin yang kini bergelar ibu bapa. Semoga bahagia selalu.

Digelar "Kayu Paling Popular", Akhirnya Ini Respon Balas Fattah Amin

Digelar "Kayu Paling Popular" Akhirnya Ini Respon Balas Fattah Amin


Pelakon Fattah Amin telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) baru baru ini.

Walaupun begitu popular, masih ada pihak yang menggelarkannya sebagai pelakon 'kayu'.

Oleh kerana dia menang di ABPBH, ada pihak yang menggelarkannya sebagai "Kayu Paling Popular".

Paling lawak adalah apabila ada pula yang rajin menaip perkataan Kayu Paling Popular di Google sehingga wajah Fattah tepapar di situ.

Apabila keadaan ini berlaku, Fattah Amin telah memebri respon:

Ini komennya:

"Saya ada cakap kayu pun boleh popular ketika menerima trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) baru-baru ini. 

"Agaknya ada penonton salah faham dan menjadikan perkara itu serius.

"Sebenarnya, ucapan kemenangan yang terkandung perkataan kayu di atas pentas ABPBH 30 adalah kerana sewaktu awal kemunculan saya di persada lakonan, ramai yang memberi kritikan mengatakan saya kayu. 

"Bila gelaran 'kayu paling popular' viral, saya hanya tergelak kerana saya rasakan perkara tersebut lucu dan kelakar. Saya langsung tidak terasa hati atas gelaran tersebut," 

"Saya langsung tidak berasa terkilan malah tergelak besar apabila pencarian itu menjadi viral di media sosial,”

Fattah Amin memang tidak cepat melatah dengan perkara berkenaan

Selepas fenomena Lofattah, Fattah Amin akan berganding dengan pelakon popular Fazura pula dan digelar "FattZura"

Ini Kenyataan Balas Erra Fazira Apabila Shahir Akui Sedia Nikahinya

Ini Kenyataan Balas Erra Fazira Apabila Shahir Akui Sedia Nikahinya




Baru baru ini penyanyi Shahir ada memberitahu telah sedia menikahi kekasih hati, Erra Fazira.

Baca kenyataan terbaru Shahir itu (DI SINI)

Kini ramai ingin mengetahui pendapat Erra Fazira sendiri tentang hal ini.

Apabila ditanya tentang perkahwinan, ternyata Erra tiada jawapan untuk mengesahkan hal tersebut.

Bagi Erra, dia hanya menikut flow sahaja.

Ini komennya:

“Dalam fasa sekarang, saya lebih terbuka dan senang dengan mengambil keputusan just go with the flow. Sebab bagi saya, soal jodoh adalah urusanNya. Kalau nak tunggu jodoh tu datang bergolek, kita pun tak tahu bila”

“Macam yang saya cakap tadi, itu bukan urusan kita pun. Jadi apa yang boleh saya katakan pada masa sekarang ialah, saya tidak mencari. Biarlah saya fokus dengan apa yang dilakukan sekarang. Kalau ada jodoh, adalah. Saya positif saja,”


Masuk kali ini sudah banyak kali pasangan Erra Fazira dan Shahir membuat kenyataan yang masih belum ada kepastian.


Untuk pengetahuan, Erra Fazira sebelum ini pernah bernikah dengan Yusry KRU namun perkahwinan mereka tidak bertahan lama.

Apapun ramai yang ternanti untuk Erra Fazira naik pelamin lagi. 

Semoga dipermudahkan urusan dan sukses selalu uat Erra.

BIKIN PANAS: Wanita Ini Persoal Pelakon Kanak-Kanak Mia Sara Bertudung Pada Umur 11 Tahun

BIKIN PANAS: Wanita Ini Persoal Pelakon Kanak-Kanak Mia Sara Bertudung Pada Umur 11 Tahun


Ramai yang mengenali pelakon cilik Mia Sara, antara pelakon kanak-kanak paling popular di Malaysia.

Sememangnya Mia Sara amat comel ketika berlakon dan pernah menjadi fenomena satu masa dulu.

Kini Mia Sara semakin membesar dan telah berumur 11 tahun.

Walaupun baru berumur 11 tahun, Mia telah membuat keputusan yang amat hebat iaitu memakai tudung.

Kemudian Mia Sara telah membuat tudung jenamanya sendiri khas buat kanak-kanak seusia dengannya.

Namun ada seorang wanita telah mempertikaikan keputusan Mia Sara untuk memakai tudung.

Kata wanita bernama Azira ini, Mia Sara masih kecil berumur 11 tahun, sepatutnya pergi bermain dari memikir perkara seperti bertudung.

Komen Azira ini telah dikecam orang ramai. Apatah lagi sepatutnya kanak-kanak digalakkan membiasakan diri emmakia tudung untuk menutup aurat.

Jom baca komen dari orang ramai:




Bercinta Sampai Sanggup Belakangi Keluarga, Elizabeth Tan Akui Kekasihnya Berlaku Curang

Sampai Sanggup Belakangi Keluarga, Elizabeth Tan Akui Kekasihnya Berlaku Curang



Elizabeth Tan merupakan seornag penyanyi yang cantik jelita.

Mesra dengan panggilan Lizzie, penyanyi ini akui telah putus cinta dengan seorang ahli perniagaan.

Tambahnya lagi, punca dia dan kekasih putusa cinta adalah kerana kehadiran orang ketiga.

Elizabeth Tan telah bertindak mengakhiri hubungan itu selepas mendapat tahu teman lelakinya itu berlaku curang dan mempunyai hubungan dengan orang lain.

Seorang pelakon yang juga rakan Elizabeth Tan dikatakan sebagai punca keretakan hubungan cinta Lizzie.

Ini komennya:

"Memang benar kami berpisah kerana kehadiran orang ketiga apabila dia mempunyai hubungan dengan bekas teman wanitanya.

"Percintaan kami selama empat bulan itu berakhir dengan perpisahan sejak bulan lalu,"



Yang lebih memilukan, Elizabeth Tan akui sepanjang bercinta dengan ahli perniagaan itu, dia sanggup membelakangkan keluarganya.

Baginya, perkara itu telah menjadi pengajaran berharga buatnya agar lebih berhati-hati dalam percintaan.


Ini komennya:

"Kerana dia saya sanggup mengenepikan keluarga tetapi ini adalah pengajaran buat saya dan syukur hubungan dengan keluarga pun kembali pulih.

"Apa yang saya lalui banyak mematangkan diri saya dan lebih baik saya tahu mengenainya sekarang daripada kemudian hari,"


Semoga Elizabeth Tan dapat mencari teman lelaki yang secocok.

Gambar "Comolot" Eina Azman Dan Suami, Dato Paduka Kaiser Jadi Tumpuan, Dikecam Orang Ramai

Gambar "Comolot" Eina Azman Dan Suami, Dato Paduka Kaiser Jadi Tumpuan, Dikecam Orang Ramai


Eina Azman dan suami Dato Paduka Kaiser Gurmeet sememangnya dikenali sebagai pasangan yang amat romantik.

Pasangan ini telah mempunyai sepasang anak kembar yang amat comel.

Baru-baru ini, melalui laman instagram, Eina Azman mencuri tumpuan ramai.

Ini apabila pelakon ini memuatnaik gambar terlajak mesra bersama suaminya.

Ada yang memuji mereka berdua ini amat romantik dan ada yang menulis emoticon 'love'

Walaupun hubungan mereka sah, namun ramai yang menasihatinya bahawa perbuatan menunjukkan kemesraan seperti itu tidak elok untuk tatapan umum.

Apatah lagi Eina Azman merupakan selebriti popular dan gambarnya sering menjadi tumpuan umum termasuk remaja dan kanak-kanak.

Jika perkara dan gambar seperti ini dimuatnaik, mungkin ianya akan menjadi ikutan.

Jom lihat gambarnya dan juga komen dari orang ramai:







Minggu Depan Follow Up Dengan Doktor Untuk Pengesahan - Fizo Omar Tentang Kehamilan Mawar

Minggu Depan Follow Up Dengan Doktor Untuk Pengesahan - Fizo Omar Tentang Kehamilan Mawar


Setelah empat tahun mendirikan rumah tangga,pasangan suami isteri popular, Fizo Omar dan pemilik tduung Fareeda, Mawar masih belum dikurniakan cahaya mata.

Namun yang terbaru, ada desas desu mengatakan isteri Fizo ini kini sudah berbadan dua.

Perkara ini cepat tersebar dan Fizo akhirnya memberi komen tentang isu kehamilan isteruiny.


Ini komennya:

"Cepat betul tau ye! Apa yang boleh saya katakan, selagi belum bertemu doktor, saya tidak berani nak sahkan perkara ini secara rasmi.

"Memang saya ada syak ke arah itu setelah memerhati status haid isteri kebelakangan ini, tapi itulah... saya tak boleh nak pandai-pandai selagi belum berjumpa doktor,"

"InsyaAllah dalam minggu depan kami akan follow up dengan doktor.

"Seandainya ada khabar gembira, nanti saya maklumkan. Doakan yang baik-baik," 


Semoga impian mereka berdua untuk menimang cahaya mata termakbul. Memang ramai peminat yang tak sabar meengetahui tentang perkara ini.

Untuk pengetahuan, Fizo Omar  berkahwin dengan Mawar Abdul Karim pada 10 November 2013.

.........

Popular actor-turned-businessman Fizo Omar is an example of a really hardworking person, dabbling between his acting career alongside his new found passion in the business industry. 

However, He is not quitting as an actor. He said it never crossed his mind even once. He love this industry so much, it is his passion.

Fazura Akhirnya Akui Sebenarnya Merupakan Seorang Artis Sendu

Fazura Akui Salah Seorang Artis Sendu



Walaupun baru memenangi pelakon filem paling popular baru-baru ini, Fazura akui tidak pernah menganggap dirinya popular.

Fazura sednri mengaku sendu dan masih mempunyai banyak kekurangan pada dirinya.

Ini komen pelakon berumur 33 tahun ini:

"Sejujurnya saya tidak pernah meletakkan diri saya sebagai seorang selebriti popular.

"Saya mengakui masih banyak kekurangan dan perkara yang perlu saya pelajari untuk memperbaiki kelemahan diri dalam bidang lakonan dan nyanyian.

"Saya juga merupakan seorang artis yang sendu-sendu saja kerana selepas selesai kerja saya akan habiskan banyak masa di rumah.

"Apa yang penting saya akan melakukan yang terbaik dalam apa jua perkara yang dilakukan dan bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berlakon," 


Selepas ini, Fazura bakal tampil besama Fattah Amin dalam drama Hero Seorang Cinderalla yang sedang disiarkan di Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam.

Selain Fazura, pelakon lain yang turut membintangi drama bersiri ini ialah Fattah Amin, Uqasha Senrose dan Zizie Izette.

TAHNIAH!! Pelakon Sharifah Sakinah Selamat Lahirkan Anak Perempuan

TAHNIAH!! Pelakon Sharifah Sakinah Selamat Lahirkan Anak Perempuan



Pelakon Sharifah Sakinah akhirnya selamat melahirkan anak pertamanya.

Perkara ini disahkan oleh kakak kepada Sharifah Sakinah iaitu Sharifah Shahirah.

Ini komennya:

"(Bayi) dilahirkan sekitar 9 pagi tadi, 3.1 kilogram, bayi perempuan rasanya nama Anais Adha."

"Dilahirkan menerusi kaedah pembedahan, dia tiada rasa sakit kerana sudah ‘overdue’ lebih dua minggu. Jenuh menunggu masa untuk bersalin"

 "Alhamdulillah, mak dan ayah dapat cucu ke-17. Mak ayah Aliff pula menyambut cucu yang pertama"

Tahniah diucapkan kepada pelakon ini.

Untuk pengetahuan, Sharifah Sakinah ebrnikah dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada tahun 2015.



 ...........................

Simple Tips:

Your baby needs to see a doctor if:

- High temperature
- No bowel output or no urine for more than 24 hours.
- Excessive crying
- Does not want to drink milk, poor feeding
- Very weak, no response 
- Difficulty to breath

Komen Gatal Gadis-Gadis Di Gambar Zul Ariffin Bukti Ramai Merenyam

Komen Gatal Gadis-Gadis Di Gambar Zul Ariffin Bukti Ramai Merenyam



Pelakon kacak Zul Ariffin ada memuatnaik gambar terkini beliau di laman media sosial instagram miliknya.

Ada satu gambar menunjukkan Zul Ariffin memakai seluar pendek sahaja berposing di sebelah kereta.

Gambar itu ternyata mencuri tumpuan ramai.

Dan yang paling banyak komen sudah tentu peminat perempuan terutama gadis-gadis.

Banyak komen gadis-gadis ini yang dilihat seperti 'gatal' dan merenyam.

Ada yang kata bergetar tulang rusuk, ada yang puji, ada yang ajak dating, macam macam lagi.

Ini ternyata membutikan bukan lelaki sahaja yang merenyam apabila melihat foto wanita cantik.

Sebenarnya kedua-duanya laki perempuan sama sahaja. Ianya bergantung kepada individu terbabit, bukannya terletak pada gender.

Ada juga komen yang menghentam 'komen gatal' gadis ini apatah lagi yang bertudung.

Jom baca komen-komen dari gadis-gadis ini.












(3 FOTO) Baju Raya "Terlajak Sendat" Dikecam Teruk

Baju Raya "Sendat" Dikecam Teruk 


Semalam tersebar satu video di laman media Facebook menunjukkan seorang gadis memakai baju raya yang amat ketat.

Video tersebut terus menjadi viral dan menjadi bualan ramai.

Video berdurasi beberapa saat itu menunjukkan seorang gadis memperagakan baju raya berwarna biru yang amat sendat.

Rata-rata netizen kurang bersetuju baju raya sendat itu dipakai ketika hari raya.

Sememangnya baju itu menampakkan bentuk tubuh badan dan tidak sesuai buat mereka yang bertudung dan mahu menutup aurat.

Ada juga yang perli, baju raya itu sukar untuk berjalan dan boleh membuat si pemakai terjatuh kerana kain yang terlalu ketat.

Jom baca komen dari orang ramai:







Ini Nasihat Siti Nurhaliza Kepada Artis Yang Menang Anugerah Bintang Popular

Ini Nasihat Siti Nurhaliza Kepada Artis Yang Menang Anugerah Bintang Popular



Di Malaysia hanya ada seorang artis yang pernah menang anugerah utama "Bintang Paling Popular" sebanyak 7 Kali.

Artis tersebut tidak lain tidak bukan ialah Datuk Siti Nurhaliza, penyanyi bersuara lunak.

Juara AF, Mawi dan pelakon hebat, Shaheizy Sam merupakan artis kedua terbanyak pernah menang "Bintang Paling Popular" iaitu sebanyak 3 kali.

Datuk Siti Nurhaliza telah memebri respon tentang majlis anugerah ABPBH yang berlangsung beberap minggu yang lalu.

Siti mengucapkan tahniah kepada semua pemenang trofi Anugerah Bintang Popular BH dan telah memberi nasihat kepada semua pemenang.

Ini nasihat dari Siti Nurhaliza:

"Kepada pemenang ABPBH 3.0, tahniah saya ucapkan. Adik -adik (merujuk kepada pemenang) sedang melalui fasa yang saya panggil sebagai 'tanggungjawab'.

"Bukan mudah melalui fasa itu tetapi dengan kesabaran yang tinggi, usaha tanpa jemu dan jati diri yang baik... insyaAllah ia boleh ditempuhi sebaik mungkin.

"Takhta kemenangan bukan pengukur kita ini hebat, tetapi lebih kepada bagaimana kita menjalankan tanggungjawab dengan baik. 


"Tanggungjawab itu merujuk kepada diri sendiri, orang sekeliling, bidang seni, tanah air, masyarakat dan peminat.

"Selamat mengharungi (cabaran) dan semoga maju jaya,"


Itulah nasihat dari Siti Nurhaliza, ianya berkenaan tanggungjawab apabila memenangi anugerah bintang popular.

Siti Nurhaliza juga ada membuat persembahan pada malam itu.

Pasangan Pelakon Azrel Ismail Dan Kakak Ruhainies, Risteena Munim Disaman RM1.5 Juta

Pasangan Pelakon Azrel Ismail Dan Kakak Ruhainies, Risteena Munim Disaman RM1.5 Juta


Azrel Ismail dan Risteena Munim yang merupakan kakak kepada Ruhainies bakal berdepan tuntutan saman RM1.5 juta.

Perkara ini berlaku selepas pasangan pelakon itu didakwa melanggar kontrak perjanjian menerusi drama "Yes Sir Nak Pergi Mana".

Wakil peguam JNI Creative Sdn Bhd berkata, tuntutan itu dikeluarkan selepas kedua-dua pelakon itu enggan menyelesaikan penggambaran sebuah drama yang berbaki 17 episod lagi sehingga menyebabkan produksi mengalami kerugian.

Selain itu kedua-dua pelakon itu juga didakwa telah mengeluarkan kenyataan tidak benar kepada pihak media.

Notis saman sudah pun dihantar kepada kedua-dua pelakon itu.

Ini komen peguam syarikat filem berkenaan:

"Menerusi tuntutan ini pihak produksi menuntut kembali sebanyak 30 peratus bayaran daripada keseluruhan kontrak termasuk jumlah yang telah dibelanjakan syarikat untuk menghasilkan drama itu.

"Selain itu dalam tuntutan sama pihak produksi turut menuntut jumlah sepatutnya diterima syarikat sekiranya drama ini berjaya disiapkan.

"Menerusi tuntutan sama pihak produksi menuntut supaya mereka menjelaskan mengenai kenyataan yang mereka keluarkan kepada pihak media berhubung dakwaan tidak menerima baki bayaran,"


Untuk pengetahuan, pada 17 April lalu, Azrel Ismail bersama beberapa pelakon dan kru produksi drama itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

Dia mendakwa pihak JNI Creative Sdn Bhd gagal melunaskan bayaran kedua sebanyak 20 peratus.

Ini komen wakil produksi tentang bayaran:

"Berdasarkan kontrak mereka akan dibayar sebanyak empat peringkat iaitu 30 peratus, 20 peratus selepas siap episod ke-15 dan 30 peratus lagi selepas siap 30 episod drama itu.

"Manakala baki 15 peratus akan dibayar selepas majlis sidang media pelancaran drama itu nanti.

"Dalam kes ini hanya 13 episod telah siap dan mereka tuntut bayaran walupun dalam kontrak sudah dinyatakan dengan jelas mengenai perkara itu,"

"Kami terkejut kerana sepatutnya perbincangan diadakan mengenai hal itu pada 18 April lalu tetapi Azrel tiba-tiba memberi kenyataan kepada media pada hari sebelumnya dengan menuduh kami enggan bayar dan dia buat laporan polis,"

"Tuntutan ini kami buat semata-mata untuk mendapatkan kembali hak kami selain membersihkan nama syarikat.

"Tetapi itu tidak bererti langsung tiada jalan untuk menyelesaikan masalah sebaliknya pintu perbincangan masih dibuka.

"Perkara ini tidak akan terjadi jika Azrel datang pada pertemuan yang telah ditetapkan dan bukannya bercakap kepada media," 


Tambah wakil pihak produksi ini, Azrel ada menghubungi untuk mendapatkan bayaran kerana memberitahu sudah kehabisan wang dan pihak produksi bersetuju untuk berbincang. 


Pihak produksi terbuka untuk menyelesaikan masalah itu menerusi perbincangan di antara kedua-dua belah pihak.

Malah katanya, mereka sedia untuk menarik balik tuntutan itu sekiranya mencapai persetujuan bersama.