Digelar "Kayu Paling Popular", Akhirnya Ini Respon Balas Fattah Amin

Digelar "Kayu Paling Popular" Akhirnya Ini Respon Balas Fattah Amin


Pelakon Fattah Amin telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) baru baru ini.

Walaupun begitu popular, masih ada pihak yang menggelarkannya sebagai pelakon 'kayu'.

Oleh kerana dia menang di ABPBH, ada pihak yang menggelarkannya sebagai "Kayu Paling Popular".

Paling lawak adalah apabila ada pula yang rajin menaip perkataan Kayu Paling Popular di Google sehingga wajah Fattah tepapar di situ.

Apabila keadaan ini berlaku, Fattah Amin telah memebri respon:

Ini komennya:

"Saya ada cakap kayu pun boleh popular ketika menerima trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) baru-baru ini. 

"Agaknya ada penonton salah faham dan menjadikan perkara itu serius.

"Sebenarnya, ucapan kemenangan yang terkandung perkataan kayu di atas pentas ABPBH 30 adalah kerana sewaktu awal kemunculan saya di persada lakonan, ramai yang memberi kritikan mengatakan saya kayu. 

"Bila gelaran 'kayu paling popular' viral, saya hanya tergelak kerana saya rasakan perkara tersebut lucu dan kelakar. Saya langsung tidak terasa hati atas gelaran tersebut," 

"Saya langsung tidak berasa terkilan malah tergelak besar apabila pencarian itu menjadi viral di media sosial,”

Fattah Amin memang tidak cepat melatah dengan perkara berkenaan

Selepas fenomena Lofattah, Fattah Amin akan berganding dengan pelakon popular Fazura pula dan digelar "FattZura"

0 comments:

Post a Comment