"Suami Marah Jika Saya Keluar.." Juliana Evans Kini Diawasi Body Guard
Pelakon cantik Juliana Evans dan Tengku Sharuffuddin telah selamat diijabkabulkan di sebuah majlis tertutup pada 30 April lalu.
Selepas bergelar isteri, Juliana Evans akui mula melalui kehidupan yang berbeza.
Suaminya, Tengku Sharuffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj merupakan keturuan dari kerabat diraja Johor dan Selangor,
Daripada wanita yang selesa berdikari dan selalu melakukan kerja sendiri, Juliana akui agak janggal apabila kini dia diawasi oleh pengawal peribadi.
Juliana kini menetap bersama keluarga mertua di Shah Alam dan mengaku memasak dan menghidangkan sarapan pagi kepada suaminya walaupun ada pembantu rumah.
Tentang kerjayanya, Juliana Evans masih meneruskan bidang lakonan dan pengacaraan seperti biasa.
Ini komennya:
TENTANG BODYGUARD
"Pada mulanya saya tidak faham dan tidak suka ada orang ikut saya ke mana sahaja saya pergi, saya mahu bergerak bebas sendiri macam biasa.
"Tapi sejak berkahwin suami minta saya biasakan dengan perkara-perkara itu untuk keselamatan, dia marah jika saya keluar seorang diri,"
MASAK UNTUK SUAMI
"Di rumah memang ada pembantu, tapi saya sudah biasa sediakan semua barang keperluan sendiri dan masak sendiri. Alhamdulillah, setakat ini saya sudah sediakan sarapan untuk suami dan masakan makanan ikan bilis tumis.
"Suami saya seorang yang tidak cerewet, dia suka makan makanan pedas yang mudah-mudah sahaja,"
TENTANG KERJAYA
"Suami dan keluarga mertua saya tidak pernah menghalang untuk saya berada dalam industri. Malah mereka sangat menyokong apa yang saya lakukan sekarang,"
Juliana Evans bakal keluar dengan sebuah filem berjudul Bella & Jemie tidak lama lagi.
0 comments:
Post a Comment