(8 FOTO) Gambar Terkini Adira Yang Semakin Berseri Setelah Selesai Berpantang, Turun 25kg

(8 FOTO) Gambar Terkini Adira Setelah Berpantang, Turun 25kg



Penyanyi popular Adira telah selamat menimang anak sulung yang diberi nama Anggerik pada Mac lalu.

Kini setelah berpantang, Adira mendedahkan berat badannya turun sebanyak 25 kilogram.

Tambahnya, dia hanya berpantang dan tidak melakukan sebarang diet atau senaman tertentu untuk mengurangkan berat badannya.

Ini komen Adira:

"Semasa mengandung berat badan saya mencecah 74 kilogram dan Alhamdulillah selepas dua bulan bersalin kini hanya 49 kilogram sahaja.

"Jujurnya saya memang tak amalkan diet dan senaman yang ketat kerana bersalin secara pembedahan dan hanya berpantang biasa.


"Mungkin faktor saya menyusu badan menjadi antara faktor saya cepat kurus,"


"Walaupun berpantang dah habis tetapi saya tetap teruskan dengan tidak mengambil makanan berminyak dan minum air sejuk.

"Bukan kerana hendak kurus sangat tetapi lebih kepada ingin memastikan luka pembedahan saya benar-benar pulih,"


Adira kini berazam mahu mendapatkan kembali berat badannya sebelum hamil iaitu 42 kilogram.

Semoga Adira kembali dapat berat idaman dan bertambah semakin cantik berseri dan paling penting sihat selalu.

Jom layan gambar terkini Adira:










0 comments:

Post a Comment