Respon Ayda Jebat Kalah Di ABPBH, Neelofa Pula Akui Ada "Drama" Terus Pulang Awal

Respon Ayda Jebat Kalah Di ABPBH, Neelofa Pula Akui Ada "Drama" Terus Pulang Awal



Kali ini dua artis popular Malaysia, Ayda Jebat dan Neelofa tampil berbicara tentang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH3.0).

AYDA JEBAT

Nama Ayda Jebat memang sudah popular di Malaysia. Namun penyanyi dan pelakon ini langsung tidak menang di Anugerah Bintang Popular minggu lepas.

Walaupun tewas, ini tidak mematahkan semangat Ayda Jebat dan katanya malam itu dia tiada rezeki.

Ini komennya:

"Sudah bukan rezeki saya untuk membawa pulang sebarang trofi di malam ABPBH. Saya menerima keputusan dengan berlapang dada dan mereka yang menerima trofi ABPBH layak menang.

"Terima kasih kepada pengundi dan peminat saya, AJScreamer yang tak berhenti menyokong kerjaya seni saya selama ini. Saya akan berusaha dengan lebih kuat lagi selepas ini dalam memberikan kualiti kerja yang lebih bagus untuk semua peminat,"


"Bila saya menang anugerah, ada yang mempertikaikan. Jika saya tidak membawa pulang sebarang trofi, ada juga yang mempersoalkan.

"Bagi saya, menang kalah adalah adat pertandingan. Saya tidak harus rasa ralat. Jika saya rasa begitu, saya seperti mempersoalkan ketentuan dan aturan Tuhan.

"Saya tidak patah semangat dan mahu berusaha dengan lebih kuat lagi,"


Itulah komen dari Ayda Jebat tentang kekalahannya. 


NEELOFA

Umum mengetahui, Neelofa merupakan Bintang Paling Popular pada tahun 2016.

Namun kali ini Neelofa tewas kepada Fattah Amin, lelaki yang sering dikaitkan dengan dirinya.

Di majlis itu Neelofa telah pulang lebih awal dan langsung tidak bertemu sesiapa.

Namun Neelofa telah  menepis dakwaan kononnya dia balik awal sebab kecewa gagal mempertahankan gelaran Bintang Paling Popular dimenanginya tahun lalu.

Namun, Neelofa membuat keputusan untuk tidak menunggu sehingga acara itu selesai kerana mahu mengelakkan 'drama' di acara berkenaan.

Ini komennya:

"Sebelum orang reka spekulasi yang bukan-bukan, sekali gus mencetuskan drama, lebih baik saya tidak ke depan. Kebetulan saya datang lewat selepas lebih sejam acara bermula, jadi saya pun berada di belakang pentas hinggalah tugas saya selesai. 

"Memang saya langsung tidak jumpa sesiapa yang berada di depan pentas,"

Pada majlis anjuran BH itu, Neelofa, yang juga calon Top 5 beberapa kategori dipertandingkan pada ABPBH kali ini, turut menaiki pentas sebagai penyampai anugerah.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci apakah 'drama' yang dimaksudkan.

0 comments:

Post a Comment