Salam Takziah Buat Keluarga Farah Lee, Bekas Isteri Ally Iskandar
Bekas isteri kepada Ally Iskandar, Farah Lee telah menerima perkhabaran sedih apabila bapanya telah meninggal dunia beberapa hari yang lalu.
Berita itu disampai oleh Farah Lee menerusi laman media sosial miliknya.
Farah Lee telah menulis beberapa kenyataan termasuk luahan hatinya yang sayu dengan pemergian ayah tersayang.
Ini komen-komen dari Farah Lee di laman media sosial.
PELUKAN TERAKHIR
Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. I still can feel the warmth of you final hug before I flew to Korea, Papa. Tak sangka itu akan jadi pelukan terakhir kita. Papa sakit pun Kakcik still in denial, apatah Papa pergi dengan terlalu segera begini.
.
Kalau difikir dalam, aku terkilan kerana tiada dekat di sisi di saat akhir nafas yang dipinjamkan itu diambil kembali. Tapi hasil didikan Papa, aku yakin, asbabnya aku bermusafir ini, manfaat tujuan aku di jauh ini, akan jadi saham untuk Papa kembali dekat di sisi Tuhan, mungkin mampu membina istana untuk Papa yang gagah di hadapan Tuhan.
.
Tunggu Kakcik Papa, suatu hari kita pasti berjumpa lagi. Sementara itu, semoga rindu yang bertamu, bertukar doa peneman Papa di situ. I love you, Wiraku. .
ROMLI BIN ISMAIL
060752-140517.
SURAT BUAT PAPA
Kalau ikut hati yang dungu,
mahu saja aku gali dan peluk Papa di dalam.
Tapi aku tahu, ia hanya jasad disitu,
Kembali kepada tanah dari tanah yang ia diciptakan.
.
Eventhough I was not there the whole proses, keluarga memaklumkan urusan jenazah Papa tersangat dipermudahkan. Proses memandikan dan mengafankan dilakukan di IJN oleh ahli keluarga dengan bantuan pihak pengurusan jenazah. Sangat lancar dan tenang. Kemudian disolatkan oleh keluarga terdekat dan jenazah dibawa ke rumah Kakak di Hulu Langat sementara menunggu untuk di solatkan dan disempurnakan di tanah perkuburan berhampiran. Subuhnya gerimis dan sepanjang hari cuacanya mendung, seakan memahami hati setiap kami.
.
Terima kasih kepada semua yang memudahkan urusan jenazah Papa. Maaf kerana kami tidak bawa balik ke Terengganu, kerana tahu, afdhalnya ia disempurnakan dengan cara yang paling cepat dan tidak menyusahkan. Terima kasih kepada yang datang, dan yang jauh mendoakan.
.
Kena dengan sifat Papa sepanjang hidupnya. Papa yang suka memudahkan urusan orang, walaupun menyusahkan dirinya. Yang selalu meraikan setiap undangan. Yang selalu tawarkan bantuan untuk menolong keluarga dan kenalan. Sepanjang seminggu di hospital juga, sakitnya dipura-pura sihat. Kerana tidak mahu menyusahkan kami. No wonder, perginya juga dipermudahkan urusan oleh Yang Menciptakan.
.
Papa, sifat itu, akan kami adik beradik sambungkan dalam diri kami. Supaya menjadi ganjaran Papa di sana, atas didikan kepada anak yang sempurna.
.
ROMLI BIN ISMAIL
060752-140517
LUAHAN HATI
Melihat omma menangis teresak-esak sambil mengganggang telefon sejurus mendapat berita Tokpa dah takde;
.
M: Omma kenapa omma.? (sambil gosok bahu omma). Omma sedih ke.? Kesian omma. Omma dah lah tu menangis (mungkin sebab Maream dah pujuk lama tapi tak makan)..
.
Maream, Tokpa sayang Maream sangat-sangat. Beberapa minit sebelum Tokpa tak sedarkan diri, Nekma sempat message nurse tanya keadaan Tokpa, nurse cakap takpe jangan risau, Tokpa ok je dan rancak bercerita tentang Maream sambil tunjuk video Maream di Korea yang omma kirimkan padanya. Mungkin disaat akhir nyawa Tokpa, walau jasad kita jauh, tapi kita dekat di hatinya.
.
Maream, Tokpa selalu risaukan Maream. Apa yang berlaku pada keluarga kita tempoh hari, Tokpa menangis hampir setiap hari. Katanya dia tak risau pasal omma sebab dia kenal omma pandai bawa diri, tapi dia tak mampu terima kenyataan yang Maream hidup tanpa kasih ayah di sisi.
.
Itulah Tokpa, Maream. Walau sibuk berkerja, tapi tak pernah kurang dalam memberi kasih sayang pada keluarga. Sentiasa diadakan masa untuk diluang untuk anak cucu bersama. Itulah Tokpa Maream, seorang yang tersangat sayangkan Maream.
Takziah diucapkan kepada keluarga Farah Lee. Mari doakan agar ayahnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
0 comments:
Post a Comment