"Memang Dahsyat.." Respon Dato Siti Nurhaliza Tentang Ernie, Anak Buah Ziana Zain..Apa Kes?

"Memang Dahsyat.." Respon Dato Siti Nurhaliza Tentang Ernie, Anak Buah Ziana Zain



Penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza telah memberi satu komen kepada anak buah Ziana dan juga Anuar Zain.


Menerusi laporan dari Utusan Malaysia, Siti Nurhaliza telah secara terbuka memuji bakat baru dalam dunia nyanyian iaitu Ernie Zakri.

Bagi Siti Nurhaliza, anak buah Ziana Zain ini dianggap mempunyai masa depan cerah dalam industri hiburan tanah air.

Ernie dipuji memiliki vokal yang mantap, malah Siti Nurhaliza suka dengan sikap merendah diri Ernie.

Sikap dan talent yang dimiliki boleh membuatkan dia mampu bertahan lama dan melangkah jauh dalam industri nyanyian.

Ini komen Siti Nurhaliza:

“Saya dan suami, Datuk Khalid adalah peminatnya. Kami sering kali juga menonton persembahannya. Dia mempunyai suara yang hebat ditambah pula dengan teknik vokal yang mantap.

“Saya tertarik dengan nyanyiannya sewaktu melihat di menyampaikan lagu Bust Your Window (nyanyian asal Jazmine Sulllivan) di laman sosial Instagramnya. Suaranya cukup unik.

“Dia juga seorang penyanyi yang kalau dia bagi apa sahaja lagu, dia boleh menyampaikannya dengan baik. Boleh dikatakan, bakat dia memang dahsyat,”


Ernie kini sedang popular menerusi lagu "Jangan Marah" yang  meletup-letup di corong-corong radio. Semoga Ernie berjaya di dalam industri seni tanah air.

0 comments:

Post a Comment