"I was there, berlaku depan mata" - Azhar Sulaiman Tampil Cerita Kisah Sebenar Kes Mat Over & David Teo

"I was there, berlaku depan mata.." - Azhar Sulaiman Tampil Cerita Kisah Sebenar Kes Mat Over & David Teo


Semalam telah berlangsung majlis sesi dialog antara PM Najib dan juga para penggiat seni tanah air.

Memang tak sangka sesi dialog itu menjadi kontroversi apabila pelawak veteran Mat Over menampar muka David Teo.

Salah seorang yang hadir ke majlis sesi dialog itu ialah pelakon lama, Azhar Sulaiman.

Azhar Sulaiman telah tampil menceritakan apa yang berlaku ketika majlis berkenaan.

Pelakon ini yang sering menggunakan nama mesra 'mami' di laman facebook menceritakan detik ketika David Teo dan juga Mat Over bertelingkah.

Jom baca:

Salam Semua....
Mami was there dan berlaku depan mata.


1-Ini Majlis RASMI di Rumah Perdana Menteri Yang Ketat Kawalan Keselamatan dan Protokolnya.
2-Penggiat Seni Dijemput Kerumah PM Malaysia.
3-Semua berjalan lancar dan Harmoni hinggalah David Teo tiba tiba bangun bersuara tanpa Mic.
4-Tiba tiba suasana bertukar menjadi tegang bilamana David yang bangun tadi telah mula berjalan kedepan kearah main stage dalam keadaan agresif.
5-David komplen kenapa tak bagi peluang kepada hadirin disebelah tempat duduk beliau yang terdiri dari Dato Yusuf kat belakang dia dan orang2 "besar" yang lain.
6-Rosyam asked him to be cool and step back....tapi David tetap agressif dan berjalan kedepan kearah PM (3meter jarak)
7-Semua dalam dewan rasa tak best sebab ini majlis dengan PM so kecoh kecoh macam ni sangat memalukan Penggiat Seni yang lain.
8-David tidak menghormati Majlis dan Perdana Menteri.
9-Ini bukan sesi dialog dengan Pengarah FINAS atau Dengan Menteri.
10-David di"sepuk" oleh abang Mat Ober bukan sebab SOALAN Beliau tapi sebab sikap Agresif David yang tak mahu mengalah dan tetap degil nak mic untuk bercakap.
11-Tiba tiba Mat Ober melulu dari tempat duduk belakang dan Panggggg!!!!
12-Security leraikan dan tarik dua dua keluar dewan.
13-Diakhir program Mat Ober dan David muncul dan bersalam dengan PM tanda PEACE.
14-Sepatutnya esok cerita pasal positive outcome from this event now jadi cerita panas yang sungguh uncall for.
14-There's always time for everything......


Nota tambahan : David Teo bangun sebab hos Rosyam minta dengar dari seorang kaum Cina (sebab sebelum tu semua yang bercakap Melayu). David didnt saja jump up and start talking for no reason.

Itulah cerita dari Azhar Sulaiman tentang isu ini. Baca komen dari Mat Over (DI SINI)

Azhar Sulaiman merupakan pelakon hebat sekitar tahun 90an dan antara filem popular ialah Abang 92, Bisikan Cinta, Sayang Salmah dan Jimi Asmara.

0 comments:

Post a Comment