(7 FOTO) Nassier Wahab Dapat Anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang, Kini Bergelar Datuk

Penyanyi Nassier Wahab Dapat Anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang, Kini Bergelar Datuk 



Penyanyi Nassier Wahab yang pernah menyertai pertandingan Gegar Vaganza kini telah bergelar Datuk.

Terima Anugerah Dari Pemangku Raja Pahang

Nassier Wahab dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah memakaikan Darjah Kebesaran Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada penyanyi Nassier Wahab.

Ini bersempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Sempena Memuliakan Hari Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang.

Sikap Nassier Wahab Yang Ramai Tak Tahu

Walaupun telah mendapat gelaran Datuk, dia lebih senang bersikap 'low profile'.

Kata Nassier Wahab, dia hanya mahu dikenali dengan panggilan Nassier seperti sebelum ini.

tambahnya, pangkat tidak membawa seseorang itu kemana-mana.

Komen Dari Datuk Nassier Wahab

"Alhamdulillah, saya hanya mampu berkata syukur atas rezeki Allah yang tidak dijangka ini.


"Terima kasih atas semua ucapan tahniah yang dikirim yang mana ada kenalan mula mengusik dengan status panggilan saya selepas ini. 


"Tak payah susah-susah kerana pangkat tidak membawa kita ke mana-mana. Panggil sahaja saya Nassier kalau itu yang mendekatkan kita, saya tak kisah,"


Untuk pengetahuan ini adalah pencapaian tertinggi yang pernah diterima oleh Nassier Wahab setelah 30 tahun menajdi penghibur.

"Selain pengiktirafan ini, September tahun lalu saya pernah menerima anugerah Tokoh Seni Ma'al Hijrah dari Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang),” katanya.

Datuk Nassier Wahab merupakan antara 158 penerima darjah kebesaran dan pingat yang disempurnakan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Tahniah kepada Nassier Wahab, semoga sukses selalu.








0 comments:

Post a Comment