Pelakon Aidil Aziz Akhirnya Luah Perasaan Di Penjara
Umum mengetahui pelakon Aidil Aziz telah dimasukkan ke penjara kerana kes bahan terlarang.
Aidil masuk penjara selama 2 bulan dan dibebaskan 7 bulan yang lalu.
Selepas 7 bulan dibebaskan, Aidil kini mahu memulakan hidup baharu.
Jelas Aidil, kehidupannya di dalam penjara selama dua bulan telah mengubah dirinya.
Pelakon ini akui kini telah insaf.
Ini komennya:
"Dua bulan saya di Penjara Sungai Buloh, hanya Allah sahaja yang tahu isi hati saya. Menangis pun sampai tak keluar air mata,"
"Apa yang terjadi ini mungkin hikmah atas khilaf yang salah lakukan sebelum ini.
"Macam-macam perkara yang saya pelajari, saya lebih menghargai keluar dan mendekatkan diri kepada Allah.
"Saya tahu mana intan mana permata, mana kaca dan mana duri. Untuk menjadi lebih matang saya perlu berhati-hati memilih kawan,"
"Berkali-kali menangis tetapi saya tidak bertemu jawapan. Saya menangis sebab rindukan keluarga dan saya menangis sebab saya tak tahu apa silap saya. Saya rasa teraniaya!
"Sampailah tiba-tiba saya dipertemukan dengan seorang hamba Allah yang datang tanpa saya tanya.
"Dia minta saya bertenang. Katanya nak jaga hati semua orang memang tidak mampu jadi kau jaga Allah dan jaga keluarga.
"Jika pandang dari luar memang itu tempat yang kita tidak sanggup masuk tetapi di situlah pintu muhasabah diri terbuka luas,"
Ketika dipenjarakan, Aidil tidak pernah sekali pun dia dianiaya oleh sesiapa.
Dalam perkembangan terkini, Aidil bakal ke set penggambaran sebuah drama bersiri 40 episod.
0 comments:
Post a Comment