"Saya Tak Menyesal.." Ini Komen Pelawak Mat Over, Dedah Punca Sebenar Lempang David Teo

"Saya Tak Menyesal.." Ini Komen Pelawak Mat Over, Dedah Punca Sebenar Lempang David Teo



Malam tadi telah berlaku satu kes di mana pelawak dan pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu, iaitu Mat Over telah melempang David Teo di satu majlis.

Majlis itu turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, PM Najib Razak.

Kejadian berlaku ketika sesi Dialog Transformasi Nasional TN50 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama Penggiat Seni di Seri Perdana, di Putrajaya.

Mat Over telah tampil dan terus menampar muka David Teo kerana tidak berpuas hati dengan cara David.

Mat Over berkata, dia sudah berfikir dahulu sebelum menampar David kerana menganggap cara penerbit filem dan drama itu menyuarakan pendapat amat kurang ajar.

Ini komen Mat Over:

"Saya tak rasa apa yang saya buat itu keterlaluan kerana tindakan berkenaan untuk mengajarnya cara beradab terutama di hadapan pemimpin yang menjadi tuan rumah pada acara ini.

"Saya juga tidak kesal dengan tindakan ini kerana sikap David tidak menghormati Perdana Menteri dan Rosyam selaku moderator. Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia perlu ada adab dan hormat-menghormati," 


Insiden bermula apabila David menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Rosyam sebagai moderator sesi dialog berkenaan.

Rosyam Nor dikatakan tidak memandang ke arah tempat duduknya, sebaliknya memberi fokus kepada penonton di barisan depan saja walhal pentas tersebut bulat.

David menyifatkan tindakan Rosyam itu tidak adil kerana langsung tidak memberi laluan kepada mereka di barisan belakang untuk bertanya soalan dan menyuarakan pandangan.

Ketika David dan Rosyam Nor sedang berinteraksi dengan agak tegang, Mat Over secara tiba-tiba meluru ke depan pentas.

Mat Over memberi amaran kepada David supaya tidak kurang ajar dan terus menampar muka pembikin filem itu.

Di sebalik kekecohan itu, Najib dan Rosyam tetap meneruskan dialog sehingga ke penghujung acara.

Kemudian, David Teo dan juga Mat Over dibawa masuk semula ke dalam dewan untuk bertemu PM Najib bagi menyelesaikan perkara itu secara baik.


Mereka berdua telah bersalam dan saling bermaafan. David dan juga Mat Over kemudian bersalam dengan PM Najib dan Rosyam Nor.

Video kejadian itu menjadi viral di laman media sosial.

0 comments:

Post a Comment