Mana Zed Zaidi Apabila Isu Tampar Berlaku? Akhirnya Zed Zaidi Tampil Beri Respon
Apabila pertelingkahan antara Mat Over dan David Teo berlaku, ramai yang tertanya-tanya di manakah Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi.
Ini kerana, selalunya Zed Zaidi antara selebriti yang lantang bersuara jika terdapat sesuatu isu dalam industri seni tanah air.
Akhirnya, Zed Zaidi tampil bercerita dan buat pendedahan yang ramai tak tahu.
Zed berkata dia telah melakukan 'kerjanya' pada malam itu apabila Mat Over menampar David Teo.
Semuanya diselesaikan on the spot dan Mat Over dan David Teo telah saling meminta maaf dan bersalaman di majlis tersebut.
Ini pendedahan Zed Zaidi:
"Semua sudah diselesaikan on the spot. Mereka sudah meminta maaf dan memaafkan antara satu sama lain. Semuanya happy ending. Orang yang tidak datang memanglah tidak nampak.
"Semasa kejadian itu saya duduk di belakang dan menenangkan Mat Over dan David Teo. Saya sejukkan hati Mat Over dengan beri dia minum air sirap banyak-banyak, lepas tu saya pergi jumpa David yang ketika itu di tandas dan minta dia bersabar.
"David memang cara dia bercakap begitu, namun orang luar yang tidak rapat dengannya tidak tahu cara dia,"
Selain itu Zed Zaidi telah menasihati rakan artis yang tidak hadir ke majlis berkenaan agar tidak menulis pandangan mereka tentang isu tampar tersebut.
Zed berkata ianya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.
Ini komennya:
"Saya minta artis yang tidak datang jangan komen sebab mereka tidak berada di tempat kejadian serta tidak tahu situasi sebenar yang berlaku.
"Perkara itu hanya mengeruhkan keadaan sahaja. Apa yang mereka tonton dalam video yang menjadi viral, mereka tidak tahu sepenuhnya yang terjadi pada malam itu,"
"Saya tahu buat kerja saya, orang tak nampak apa saya lakukan pada malam itu. Saya pelik juga bila saya bising orang marah, bila saya sudah selesaikan senyap-senyap ada pula yang mahu dengar saya bersuara,"
Bagi Zed Zaidi, diharapkan insiden itu dapat menjadi iktibar kepada semua penggiat seni pada masa akan datang.
0 comments:
Post a Comment