Kehidupan Terjejas, Dua Bulan Penyanyi Rap, Waris Tak Jumpa Anak
Nama Waris kini semakin kuat dan popular di dalam industri seni tanah air.
Keunikannya sebagai penyanyi rap dengan loghat Negeri Sembilan telah diterima dengan baik dan menjadi trending.
Selepas popular, Waris telahpun berkahwin dan mempunyai seorang anak.
Namun penyanyi ini mengakui kehidupannya terjejas apabila dua bulan berpisah dengan anak iaitu Muddassir Muzzammil yang kini berusia lapan bulan.
Waris berkata dia terpaksa berjauhan selama dua bulan kerana tuntutan kerja.
Penyanyi ini menjalani penggambaran sebuah program travelog di sepuluh buah negara Asia pada Februari lalu.
Jom baca pendedahan dari Waris sendiri: (Sumber: MStar)
"Memang rasa macam tak betul bila dua bulan saya tidak jumpa anak, saya bimbang dia tidak kenal saya pula kerana sebelum ini memang saya yang jaga dia setiap hari kerana isteri bekerja.
"Semua yang saya lakukan serba tidak kena kerana asyik memikirkan anak. Ia pertama kali kami berjauhan sejak dia lahir,"
"Kasih sayang ibu-bapa sangat penting untuk pembesaran anak, saya dulu dibesarkan dalam keluarga yang berpisah jadi saya tahu ia sukar.
"Jadi saya mahu anak saya dapat kasih sayang yang seimbang daripada ibu dan ayah,"
Sementara itu, Waris berkata, isterinya sudah mengambil keputusan berhenti kerja bagi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga terutama anknya yang sedang membesar.
Penyanyi rap ini akan tampil dengan album kedua berjudul, Waris Alumni akan dijual tak lama lagi.
0 comments:
Post a Comment