Gambar, Rakaman Video Dan Pasport Bukti Pernikahan Adira Dan Dato' Red
Siti Adira Suhaimi (Adira AF) dan suaminya Datuk Seri Adenan Abu (Dato Red) telah mengemukakan bukti-bukti perkahwinan mereka setelah dituntut pihak mahkamah.
Bukti-bukti tersebut terdiri daripada gambar-gambar, rakaman video dan juga pasport.
Perkara itu dibuat atas tuntutan Mahkamah yang sebelum ini memerintahkan suami kepada penyanyi itu perlu hadir ke perbicaraan untuk mengemukakan dokumen asal selain bukti.
Naib juara Akademi Fantasia 8, Adira dan Adenan bernikah pada 3 Disember 2015 di Majlis Agama Islam Songkhla dengan berwalikan hakim dan dua saksi warga Thailand.
Selain itu, Adira dikatakan menerima mas kahwin sejumlah RM1,000 tunai.
Menurut Adenan, apabila kes ini sudah selesai dia berharap untuk melangsungkan resepsi perkahwinan di kampung Adira, Kota Kinabalu, Sabah.
0 comments:
Post a Comment