Respon Azrul Cham Apabila Dihentam Kerana Komen TMJ Dan Dato Vida

Respon Azrul Cham Apabila Dihentam Kerana Komen TMJ Dan Dato Vida


Peserta Maharaja Lawak Mega 2016, Azrul dari kumpulan Cham teruk dihentam orang ramai apabila memuatnaik status yang agak kontroversi.

Boleh baca status Azrul di Facebook itu DI SINI.

Setelah dikritik orang ramai, Azrul terus sahaja men delete status tersebut agar tidak mahu ianya terus menjadi lebih hangat.

Kini Azrul tampil memberi kenyataannya tentang hal tersebut.

Saya tiada niat apa-apapun. Sebagai pemerhati dan peminat bola sepak negara, saya teruja dengan kesungguhan TMJ dan DSV untuk memajukan sukan berkenaan. 

Jadi bagi yang tersalah anggap, saya mohon maaf dan harap jangan disimpan di dalam hati. Jujurnya apa yang saya tulis itu seperti apa yang bermain di dalam minda. 

Jadi saya asalnya beranggapan dan terlintas, apa yang dilakukan TMJ akan dilakukan juga DSV. Itu yang saya cuba perkatakan. 

Kalau ada yang anggap apa saya tulis itu tidak rasional, sama juga dengan kefahaman mereka yang membacanya. Ia bergantung kepada tafsiran masing-masing. Malah pada hujung status itu juga, saya tulis 'jangan marah, semua orang boleh pergi Spain'. 

Saya anggap juga medium laman sosial itu sebagai ruang peribadi dan kita boleh berkongsi apa yang difikirkan. Namun, disebabkan ada yang salah pemahaman, maka tercetuslah isu ini. Kalau baca dengan minda terbuka, mungkin semua ini tidak terjadi

Sumber: BH

0 comments:

Post a Comment