Ini Punca Mengapa Ezlynn Dan Suami Tidak Lagi...

Ini Punca Mengapa Ezlynn Dan Suami Tidak Lagi...


Ramai yang tertanya-tanya mengapa Ezlynn secara tiba-tiba unfollow suaminya di laman Instagram.

Memang pelik apabila seorang isteri berbuat demikian terhadap suaminya.

Apabila ditanya soalan berkenaan, Ezlynn tampil memberi alasan tersendiri.

Rasa cemburu melihat aktiviti percutian suami, Adam Fahmy, membuatkan Ezlynn bertindak untuk tidak mengikuti Instagram lelaki terbabit.

Penyanyi  itu berkata demikian ketika diminta mengulas tindakannya yang tidak lagi menjadi pengikut laman sosial bergambar Adam, yang juga pengurusnya, baru-baru ini.

Ini komennya:

"Oh, tak ada apalah. Saya cuma cemburu dengan aktiviti percutiannya di Melbourne, hujung tahun lalu. Jadi saya memilih untuk tidak melihatnya,"

"Kami masih bersama. Tiada cerita apa pun nak dikongsi membabitkan kami,"

Ezlynn telah menafikan khabar angin mengatakan rumah tangga yang dibina bersama Adam sejak November 2011 goyah.

Sebelum ini ada laporan mengatakan kedua-duanya dikatakan tidak lagi tinggal bersama. 

Ini Kenyataan Rasmi Jep Sepahtu Tentang Pertunangan Dengan Sari Yanti

Ini Kenyataan Rasmi Jep Sepahtu Tentang Isu Pertunangan Dengan Sari Yanti


Hari ini kecoh apabila ada cerita mengatakan pelawak popular Jep Sepahtu akan bertunang dengan pelakon jelita Sari Yanti.

Kisah ini menjadi topik bualan utama bagi peminat industri hiburan tanah air hari ini.

Ternyata ramai pihak dan para peminat yang suka dengan pasangan ini yang dikatakan amat secocok.

Setelah kisah pertunangan ini menjadi viral, akhirnya Jep Sepahtu memberi respon balas kepada orang ramai.

Menerusi portal Astro gempak ini jawapan dari Jep:

"Bertunang? tak ada lah, mana ada.

"Saya tak baca pun apa yang keluar dan tidak tahu apa-apa mengenainya.

"Kami memang tiada perancangan untuk bertunang,"


Nampaknya Jep sendiri menafikan hal pertunangan dengan Sari Yanti.

Jadi berita ini disahkan tidak benar sama sekali.

Apapun diharap hubungan Jep dan Sari segeralah mekar kerana mereka berdua amat sepadan bersama.

(3 FOTO BUKTI) Gadis Kontroversi Cakap Pelat, King Coco Kini Dah Hamil Anak Pertama

Gadis Kontroversi Cakap Pelat, King Coco Kini Dah Hamil Anak Pertama


Siapa yang tak kenal dengan King Coco. Gadis ini kini popular setelah videonya bercakap pelat seperti Mat Salleh tersebar meluas.

Kemudian dia mencuri perhatian kerana berkahwin dengan suami orang bernama Captain Azrin.

Kisahnya kemudian sering menjadi perhatian ramai.

Yang terbaru, Coco dikatakan sedang hamil anak pertama.

Ini ekoran dia memberi beberapa hint dengan menggunakan hash tag "rezeki anak".

Antaranya ialah:

"Jadual semakin padat..#rezekianak"

Malah hari ini (6/2/2017) merupakan hari lahir Coco yang ke 20 tahun.

Dan dia ada menulis caption ini:

"Happy 20th birthday king coco. All hail king coco . #dahtua #welcometotheclub #mayallahblessme #rezekianak"

Ini beberapa keping gambar dan #rezekianak yang membuatkan ramai membuat spekulasi bahawa Coco kini sedang hamil:

Ini gambarnya




Jika benar, tahniah diucapkan!!

Penonton Mula Meluat, Bosan Dengan Lawak Sepahtu Reunion Live, Terutama Lawak "Chia Chia"

Penonton Mula Meluat, Bosan Dengan Lawak Sepahtu Reunion, Terutama "Chia Chia"


Sepahtu merupakan kumpulan pelawak paling popular Di Malaysia ketika ini.

Rancangan Sepahtu Reunion telah masuk musim kedua dan yang menariknya ianya dibuat secara langsung di Astro.

Memang ramai yang menantikan rancangan ini setaip Jumaat kerana ternanti-nanti dengan lawak best dari bekas juara Maharaja Lawak Mega ini.

Boleh dikatakan ramai yang akan terpacak di depan tv untuk menonton rancangan ini namun sejak akhir-akhir ini penonton mula merasa bosan.

Malah menerusi ruang komen di Astro Gempak, para penonton mula meluahkan rasa bosan mereka dengan lawak Sepahtu.

Antara lawak yang dikatakan mula menjadi bosan adalah lawak pick up line, 'chia chia chia'.

Ada juga yang mula boring melihat Jep selalu bahan rakan-rakannya ketika mereka tiada idea dan ingin keluar dari set.

Beberapa penonton juga meluahkan rasa meluat melihat Rahim yang dikatakan selalu 'menggatal' ketika berlakon.

Ini antara luahan dari penonton:










Inilah Gambar Terkini Pelakon Kanak-Kanak Iklan Popular Ini Setelah 10 Tahun

Inilah Gambar Terkini Pelakon Kanak-Kanak Iklan Popular Ini Setelah 10 Tahun


Iklan popular ini sudah pasti diketahui ramai. Iklan dari Petronas ini dibuat khas sempena hari kemerdekaan Malaysia.

Ianya menunjukkan seorang kanak-kanak berbangsa Cina yang menyukai seorang kanak-kanak perempuan bangsa Melayu.

Iklan ini menjadi viral sekelip mata dan ramai yang menyukainya.

Kini setelah 10 tahun berlalu, mereka berdua telah bertemu kembali.

Kedua-dua mereka telahpun meningkat remaja.

Memang dah kacak dan cantik kedua-dua budak ini.

Jom layan gambar terkini mereka berdua:




Perkahwinan Diuji, Amir Raja Lawak Tampil Dedah Keadaan Terkini Rumah Tangganya

Perkahwinan Diuji, Amir Raja Lawak Tampil Dedah Keadaan Terkini Rumah Tangganya



Amir Raja Lawak dan isteri  Nur Intan Syafinaz masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah hampir 2 tahun bernikah.

Pasangan ini kini  masih tabah dan bersabar dengan ujian ini. Sudah tentu ramai yang sering bertanya soalan ini kepada Amir dan isteri.

Amir tidak berasa tertekan dengan perkara ini dan sentiasa tenang kerana rezeki mereka untuk menimang cahaya mata belum tiba.

Ini komen Amir:

"Kalau diikutkan memang saya mahu timang anak tetapi Allah belum beri rezeki lagi jadi saya letakkan perkara itu kepada rezeki.

"Seronok juga kalau ada anak di rumah tetapi saya tidak berasa tertekan apabila ditanya soal itu kerana saya anggap pertanyaan itu perkara biasa,"


Kerana masih belum ada anak, Amir mengatakan ianya mempunyai hikmah tersendiri.

Pelawak ini menyifatkan hubungan mereka masih dalam peringkat 'berbulan madu'. Mereka sering berkepit bersama.

Ini jelasnya:

"Allah belum beri rezeki anak tetapi dia beri rezeki untuk saya manfaatkan masa bersama isteri dan kalau sudah ada anak nanti mungkin kami tak boleh 'berkepit' macam sekarang.

"Alhamdulillah saya dikurniakan seorang isteri yang cukup baik dan dia sentiasa ada di sisi malah sering ikut ke mana sahaja saya pergi.

"Tak terasa pun sudah dua tahun berkahwin tetapi rasa macam masih berbulan madu,"


Untuk pengetahuan, Amir dan Intan berkahwin pada 14 Mac 2015.

Dikecam Buka Tudung, Ini Respon Selamba Zila Seeron

Dikecam Buka Tudung, Ini Respon Selamba Zila Seeron


Bekas isteri Along Cham, Zila Seeron telah teruk dikecam setelah muatnaik video dan gambar yang menunjukkan dia kini tidak lagi bertudung.

Malah rambutnya diwarnakan keperangan yang membuatkan ramai marah dan menghentamnya.

Baca kecaman orang ramai terhadap Zila Seeron DI SINI.

Setelah dikecam teruk, Zila Seeron dilihat membalas komen dari orang ramai di laman IG nya.

Antara respon Zila Seeron ialah:

"Biar Saya Seorang Yang Dipandang Pendosa.."

"Yang setannya si Zila tu sahaja, arwah abah (Seeron) tak ada kena mengena.."

"Tak payah difikirkan perkara dah lepas, manusia basa bukan malaikat.."

Setelah sekian lama, Zila Seeron makin teruk dihentam dan dikecam. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk delete video dan gambar tersebut.

Semoga Zila Seeron dapat hidayah dan kembali bertudung.



Setelah Lelaki Dari USA Umum Fazura Sebagai Teman Wanitanya, Ini Respon Balas Fazura

Setelah Lelaki Dari USA Umum Fazura Sebagai Teman Wanitanya, Ini Respon Balas Fazura


Baru-baru ini, seorang deejay dari Amerika Syarikat telah mengumumkan bahawa pelakon popular Fazura sebagai teman wanitanya.

Lelaki bernama Randy Seidman itu menceritakan bahawa Fazura seorang yang baik dan mengecam tindakan Presiden USA, Trump yang mahu mengahalang kemasukkan beberapa negara Islam ke USA.

Sebuah video di muatnaik di laman sosial Youtube dan video itu menjadi viral. Ramai yang terkejut mendengar Randy menggelar Fazura sebagai girlfriend nya.

Setelah perkara berkenaan tersebar, ramai yang mahu mendengar apa kata Fazura.

Ini respon dari Fazura tentang hal ini:

"Saya tak salahkan siapa yang buat pertikaian sebab di sini (Malaysia) ia bukan sesuatu yang normal apabila seorang lelaki sebut 'girlfriend' bagi rakan wanita mereka.

"Tetapi di Amerika ia perkara biasa dan Randy saya sudah anggap sebagai rakan baik dan kami pun sudah berkawan sejak lima tahun lalu,"

Sementara itu, Fazura telah melahirkan rasa terharu terhadap Randy yang mempertahankan agama Islam.

Ini komen Fazura lagi:

"Walaupun kami berlainan agama dan bangsa tetapi tindakannya itu adalah bukti sifat kemanusian melebihi segala-galanya.

"Randy mempertahankan Islam kerana isu agama memang sensitif di kalangan masyarakat Amerika dan saya bangga mempunyai rakan sepertinya,"

Itulah penjelasan dari Fazura

"Uqasha Senrose Ada Ciri, Sesuai Untuk Jadi Isteri.." - Hefny Sahad

Uqasha Senrose Ada Ciri Untuk Jadi Isteri - Hefny Sahad



Pengacara Hefny Sahad kini dikaitkan dengan pelakon penuh kontroversi, Uqasha Senrose.

Buat masa sekarang mereka berdua enggan mendedahkan status sebenar hubungan.

Bagi Hefny, Uqasha merupakan wanita paling rapat dengannya sekarang.

Malah Hefny melihat personaliti Uqasha mempunyai ciri-ciri yang boleh dijadikan isteri.

Ini komennya:

“Saya melihat dirinya sebagai seorang pelindung dan perbuatannya nampak ikhlas, seperti seorang ibu menjaga anak-anaknya. Saya juga ada ‘deria keenam’ yang mampu melihat Uqasha sebagai wanita dengan ciri-ciri yang boleh dijadikan sebagai isteri”

“Kami dalam fasa saling mengenali. Sekarang ini, Uqasha ialah wanita yang paling rapat dengan saya. Bagaimanapun, saya tak nak cakap lebih kerana menghormati beliau. Saya juga tidak mahu masyarakat menganggap kami cuma mencari publisiti,”


Semoga hubungan mereka berdua dapat bertahan.

Ini Jawapan Terbaru Dari Boy Iman Setelah Ramai Tak Percaya Dia Terima PhD

Ini Jawapan Terbaru Dari Boy Iman Setelah Ramai Tak Percaya Dia Terima PhD


Selebriti, Boy Iman telah menerima ijazah doktor falsafah (PhD) dari sebuah kolej swasta yang menjadi viral di laman media sosial Facebook.


Beberapa keping gambar dikongsi oleh Boy Iman dan terus menjadi bualan hangat dari orang ramai.

Majlis penganugerahan itu mengundang pertikaian ramai pihak ekoran majlis konvokesyen yang diadakan didakwa "tidak gah" seperti majlis konvo sesebuah Universiti.

Ramai juga tertanya-tanya apa kajian dan journal yang ditulis oleh Boy Iman sehingga berjaya mendapat PhD.

Dalam kenyataannya kepada Utusan Malaysia, Boy Iman akhirnya tampil menjelaskan dia menerima ijazah itu sebagai satu anugerah yang diberikan oleh kolej swasta berkenaan.

Ini komen terbaru dari Boy Iman:

“Ijazah diterima sebenarnya ijazah doktor kehormat dalam bidang sosial dan kemanusiaan yang sepatutnya diterima oleh penasihat syarikat saya.

“Namun atas alasan tertentu, saya bagi pihak penasihat syarikat diminta menerima anugerah tersebut sebagai tanda penghargaan kepada kolej berkenaan yang berbesar hati menganugerahkan ijazah doktor ‘kehormat’.

“Justeru, saya tidak mahu mempertikai kolej yang mempunyai jaringan pendidikan dengan sebuah universiti di Chennai, India itu. Tetapi saya hormat dan menghargai pengiktirafan mereka itu,”


Tambahnya lagi, dia telah memulakan pengajian secara jarak jauh (PJJ) sejak 2013 dan membuat kajian untuk ijazah tersebut.

Alif Satar Timang Anak Kedua, Ini Gambar Wajah Anaknya Yang Amat Comel

 Alif Satar Timang Anak Kedua



Ribuan tahniah diucapkan pada Alif Satar serta isteri yang baru sahaja menimang cahaya mata kedua mereka yang juga perempuan.

Bayi perempuan tersebut telah dilahirkan secara normal pada jam 6.45 pagi tadi di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar selepas isterinya dimasukkan ke hospital pada Selasa lalu.

Alif Satar meluahkan rasa lega berkata:

"Alhamdulillah, keadaan anak dan isteri baik saja. Anak saya dilahirkan sihat walafiat.

"Kami sepakat menamakannya Ariana Mecca. Ariana bermaksud penuh kehidupannya. Mecca pula kerana saya dan isteri menunaikan umrah sebelum ini dan terdetik nama Mecca (Makkah) bagi melengkapinya”

“Doktor Idora yang menyambutnya. Doktor yang turut menyambut kelahiran Aleesya sebelum ini sangat baik dan memberikan layanan terbaik buat kami,”

Alif sangat  teruja dengan kelahiran anak kedua mereka yang selamat dilahirkan. Alif juga turut memuat naik gambar beliau bersama bayi keduanya dilaman sosial untuk berkongsikan berita gembira itu bersama peminat.

Rata-rata peminat begitu teruja melihat wajah bayi comel tersebut sambil mengucapkan taniah.

(Menderita) Pelakon Dedah Disantau, Kini Terpaksa Berubat Di Pahang

Pelakon Disantau, Kini Terpaksa Berubat Di Pahang


Pelakon Emma Akma kini membuat pendedahan mengejutkan ramai. Dia telah menderita kerana perbuatan sihir santau.

Menerusi perkongsian di Facebook, Emma Akma baru berubat di Jengka, Pahang.


Katanya, dia menderita sakit-sakit bermula tahun 1995 lagi sehinggalah ke hari ini.

Keluar masuk hospital dan ramai tempat telah dia berubat namun masih belum berjaya sepenuhnya.   

Jom baca pendedahan pelakon ini:

"Ini kali pertama saya berubat cara bekam.  Keluar semuanya yang zahir seperti benang, rambut dan macam-macam lagi.  Masa benda tu keluar, memang terasa sakitnya.

"Alhamdulilah, ringan sikit dah badan ni selepas berubat.  Tapi itulah, kejap hilang, kejap datang balik.  Mungkin sebab 'ibu'nya tak buang habis.  Atau pelaku tak insaf dan nak saya mati tapi tak juga mati-mati,"


"Selama ini saya banyak berdiam diri.  Tak mahu bising-bising, tak mahu balas tapi sama juga.  Saya tetap diserang.  Saya pun tak tahu kenapa dia buat saya begitu.  


Nak kata job banyak, kadang-kadang 4-5 bulan sekali baru dapat job. Itu pun tersekat-sekat. 

"Bukak bisnes pula, asyik kena tipu, kena rompak.  Jadi duta produk pun sama. Tak tahu dah nak buat apa.  Tawakal je la nampaknya,"


Emma berharap dapat bersua muka dengan orang yang membuatnya untuk menyelesaikan dan mencari punca sebenar disantau.




(DIKECAM) Penampilan Mengejutkan Zila Seeron Yang Kini Buka Tudung, Warna Rambut Blonde

(DIKECAM TERUK) Penampilan Mengejutkan Zila Seeron Yang Kini Buka Tudung, Warna Rambut Blonde


Bekas isteri kepada Along Cham sekali lagi mencuri perhatian ramai.

Beberapa hari lalu, Zila Seeron telah memuat naik gambar terbarunya di Instagram.

Yang mengejutkan, Zila kini tampil tanpa tudung menyebabkan gambar tersebut telah menjadi perbualan orang ramai.

Ini antara komen dari orang ramai:

"Alahai. Sedihnya. Dah elok bertudung, dibuka pula tudungnya. Semoga mendapat hidayah. Amin.

"Aduhaii.... kenapa buka tudung tu, kan elok pakai tudung.


Ini pula antara kecaman yang diterimanya:

"Akak buka tudung mcm minah rempit lahhhh 

"Standard la guys dunia retis nih penuh dengan FAKERS tudung tu dah macam mainan dah pakai pas tu campak hakha hipokrit

"Sayang....kesilapan dulu tak merubah awak jadi lebih baik...tapi jadi lebih pelik

Selain itu, memang ramai yang menhentam dan juga mengecam tindakan bekas isteri Along ini setelah pernah keluar TV mengatakan sdang berusaha untuk berubah setelah ditangkap dengan suami orang.

Diharapkan Zila Seeron dapat hidayah satu hari nanti.

Ini gambar terkininya: