Ini Punca Mengapa Ezlynn Dan Suami Tidak Lagi...
Ramai yang tertanya-tanya mengapa Ezlynn secara tiba-tiba unfollow suaminya di laman Instagram.
Memang pelik apabila seorang isteri berbuat demikian terhadap suaminya.
Apabila ditanya soalan berkenaan, Ezlynn tampil memberi alasan tersendiri.
Rasa cemburu melihat aktiviti percutian suami, Adam Fahmy, membuatkan Ezlynn bertindak untuk tidak mengikuti Instagram lelaki terbabit.
Penyanyi itu berkata demikian ketika diminta mengulas tindakannya yang tidak lagi menjadi pengikut laman sosial bergambar Adam, yang juga pengurusnya, baru-baru ini.
Ini komennya:
"Oh, tak ada apalah. Saya cuma cemburu dengan aktiviti percutiannya di Melbourne, hujung tahun lalu. Jadi saya memilih untuk tidak melihatnya,"
"Kami masih bersama. Tiada cerita apa pun nak dikongsi membabitkan kami,"
Ezlynn telah menafikan khabar angin mengatakan rumah tangga yang dibina bersama Adam sejak November 2011 goyah.
Sebelum ini ada laporan mengatakan kedua-duanya dikatakan tidak lagi tinggal bersama.
0 comments:
Post a Comment