Ini Komen Fattah Amin Tentang Hubungan Neelofa Dengan Kerabat Diraja

Ini Komen Fattah Amin Tentang Hubungan Neelofa Dengan Kerabat Diraja 


Pelakon Fattah Amin menerima dengan baik berita persahabatan antara Neelofa dengan seorang kerabat diraja seperti disahkan aktres wanita itu.

Fattah sentiasa mendoakan yang terbaik terhadap apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Neelofa selain mahu melihat pelakon wanita itu menemui kebahagian dalam kehidupannya.

Ini komen Fattah:

"Sebagai kawan dan sahabat, saya mendoakan kebahagiaan dalam apa sahaja keputusan yang dilakukan. 

"Saya juga sentiasa memberi sokongan apa yang baik untuk kehidupan dan masa depan dia,"

"Saya tidak boleh komen kerana ia melibatkan banyak pihak dan saya tidak mahu kenyataan saya akan menimbulkan perkara yang buruk,"

Sebelum ini Neelofa ada akui sedang berkawan dengan seorang kerabat diraja.

Ini komennya:

"Saya tidak menafikan memang saya berkawan dengannya dan apa boleh saya katakan beliau ialah seorang kawan yang baik.

"Saya sebenarnya sudah bersedia dengan situasi ini kerana saya seorang selebriti dan beliau pula seorang kerabat diraja dan kami akan menjadi perhatian.

"Bagaimanapun saya tidak mahu mengulas lanjut tentang perkara ini atau apa juga gosip yang diperkatakan di luar sana,"

0 comments:

Post a Comment