Perangai Buruk Didedah, Siti Elizad Tampil Buka Mulut, Beri Kenyataan Balas

Perangai Buruk Didedah, Ini Kenyataan Balas Siti Elizad



Seorang wanita yang pernah menjadi PA kepada pelakon Siti Elizad dilihat telah membuka pekung bosnya itu.

Bekas PA Siti Elizad itu mendedahkan perangai pelakon itu termasuk mendedahkan kisah peribadinya.

Antara yang mencuri perhatian ialah apabila wanita itu mendedahkan Siti Elizad pernah lari dari rumah, dan bergaduh dengan suaminya.

Setelah menjadi viral, Siti Elizad tampil memberi respon balas.

Ini komennya:

KISAH RUMAHTANGGA
 
Alhamdulillah, rumah tangga saya bahagia. Saya sendiri tidak tahu dari mana dia mendapat cerita rumah tangga kami bermasalah?

Saya bertuah kerana bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Mereka yang rapat dengan saya juga tahu suami saya seorang yang pendiam dan tidak banyak cakap. Jadi, kepada pihak yang dimaksudkan semoga berhentilah menyebarkan fitnah mengenai rumah tangga saya.


DAH LAMA SEBAR BERITA BURUK

Sebenarnya, sudah setahun pihak terbabit menyebarkan cerita buruk dan tidak betul mengenai saya. Namun, saya hanya bersabar dan berdoa semoga dia akan segera berubah.

Namun, nampaknya dia masih lagi menyebarkan cerita buruk yang sama. Saya berharap semoga dia muhasabah diri dan meneruskan kehidupannya. Saya juga tidak pernah berhenti berdoa semoga dia dilimpahkan rezeki oleh Allah.


Itulah kenyataan dari Siti Elizad.

0 comments:

Post a Comment